
Eh macam-macam ada dalam AgroBazaar ni rupanya
Anda pernah dengar tak AgroBazaar Online? Rugi tau kalau anda sebagai penternak atau petani diluar sana tak pernah guna atau lebih malang lagi tak pernah tahu pasal benda ni.
AgroBazaar ni diperkenalkan pada Disember 2014 oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
Program di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang diakses melalui agrobazaar.com.my itu menyediakan pasaran baru untuk produk pertanian dengan mewujudkan komuniti agromakanan secara dalam talian.
Agrobazaar.com.my merangkumi maklumat, latihan, perkhidmatan sokongan, komuniti dan nilai rantaian online dan offline.
Yang bestnya AgroBazaar Online turut memaparkan maklumat seperti harga sayur dan buah terkini selain maklumat senarai pasar tani, lokasi dan kalendar buah bermusim. Program itu dilihat masih baru apabila jumlah peniaga berdaftar (dalam talian) baru mencecah 1,131 pekedai manakala jumlah pelawat sebanyak 15,467 orang.
Banyak betul kebaikan portal ni sebab usahawan dalam talian menjimatkan kos operasi, berdikari selain memiliki pasaran luas tanpa orang tengah.
Insyaallah ada produk nanti saya nak daftar.Percuma pulak tu.Rugi tak daftar sekarang tau kawan-kawan.

Banyaknya pilihan..best betul
Diubahsuai dari Harian Metro
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Biji Benih Betik Sekaki
HARGA RM10 (1 paket =100 biji)
Untuk urusan pembelian sila whatsapp ke no 0135363752(faisal)