Petunia gurun atau nama saintifiknya Ruellia simplex juga dikenali sebagai Mexican Petunia, Florida Bluebells, Mexican Blue Bells. Berasal daripada negara Mexico, Carribean, Brazil dan Argentina.
Apa yang menarik mengenai bunga ini, warnanya yang sangat terang menaikkan seri laman pemiliknya. Petunia gurun ini juga sangat mudah ditanam. Cucuk sahaja keratan batang pada semua jenis tanah, insyaallah hidup! senang kan.
Petunia gurun juga akan berbunga setiap hari sepanjang tahun kerana bunganya hanya bertahan selama sehari. Dedahkan pokok ini pada cahaya matahari maka semakin banyak ia akan berbunga, semakin ceria laman anda! Pokok ini juga sangat digemari oleh rama-rama dan lebah.
Secara jujur pokok petunia bagi saya sangat senang dijaga. Saya gunakan baja tahi ayam kadang-kadang dua minggu sekali atau sebulan sekali untuk menyuburkannya. Haiwan perosak pun tidak begitu banyak. Oleh kerana laman saya kecil, jadi saya menanannya di dalam pasu. Biasanya saya akan siram sekali sehari. Jomlah tanam!!
![DSC00769[1]](https://harizamrry.files.wordpress.com/2016/06/dsc007691.jpg?w=800)
Cantikkan warnanya!
![DSC00768[1]](https://harizamrry.files.wordpress.com/2016/06/dsc007681.jpg?w=800)
![DSC00766[1]](https://harizamrry.files.wordpress.com/2016/06/dsc007661.jpg?w=800)
Pokok bunga petunia gurun yang saya tanam di dalam pasu
![DSC00765[1]](https://harizamrry.files.wordpress.com/2016/06/dsc007651.jpg?w=800)