Vermikompos: baja daripada proses perkumuhan cacing terhadap bahan-bahan organik seperti sayur -sayuran, dedaun, habuk kayu, serbuk sabut kelapa malah sehingga kertas pejabat sekali pun berpotensi tinggi untuk dijadikan baja yang terbaik. bahan seperti lebihan sayur-sayuran, habuk kayu mahupun cebisan kertas perlu digaul sekata dan diletakkan bersama cacing tersebut.
- Fakta
Pengutipan hasil
- Vermikompos boleh dituai selepas dua atau empat bulan.
- Vermikompos yang terhasil diasingkan dengan mengumpulkannya dalam satu bahagian dan bahan sisa tanaman baru ditempatkan di sebelahnya.
- Cacing-cacing akan berpindah dengan sendirinya ke bahan sisa tanaman baru.
- Vermikompos yang telah diasingkan ditapis sebelum dibungkus dan dijual atau digunakan.
Kebaikan vermikompos
- Memperbaiki struktur tanah.
- Memperbaiki kandungan biologi tanah dengan penambahbaikan mikrorganisma, hormon dan juga enzim.
- Membekalkan unsur-unsur yang diperlukan untuk pertumbuhan pokok.
- Mengandungi humus yang berguna untuk meningkatkan kesuburan tanah.
Sumber: http://www.utusan.com.my
kat mana boleh dapatkan bekalan baja vermikompos area rawang..saya memerlukan..
Cuba hubungi:
03-55184872 – AgriKembara Sdn Bhd (Shah Alam)
03-87687848 – Biodynamic FertilizerSdn Bhd (dengkil)