Snek biji rambutan

Siapa sangka biji rambutan boleh dijadikan snek. Ia dibuktikan pensyarah Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang Mohamad Azli Razali, 38, yang menghasilkan snek dipanggil Rambuseed Florentine.

Beliau berkata, snek menggunakan 40 peratus biji rambutan yang dikeringkan sebagai bahan utama itu adalah sejenis manisan berasal dari Itali.

BIJI rambutan

Katanya, selepas biji rambutan dikeringkan, ia disimpan dalam bekas kedap udara. Apabila ingin digunakan, biji itu dicencang sebelum dicampur dengan bahan lain mengikut resipi Rambuseed Florentine.

“Idea menjalankan kajian terhadap biji rambutan ini sebenarnya rentetan daripada kajian terhadap biji durian sebelum ini yang pernah dijadikan tepung untuk digunakan dalam makanan.

“Potensi menjadikan biji rambutan sebagai snek memang ada. Florentine adalah snek bersira yang menggunakan pelbagai kacang import seperti badam dan walnut.

“Dengan menggunakan biji rambutan, ia dapat mengurangkan penggunaan kacang badam dalam resipi asli snek ini.

“Penggunaan biji rambutan juga dapat menjimatkan kos kerana harga kacang badam agak mahal di pasaran,” katanya.

Mohamad Azli berkata, objektif kajian itu untuk mengurangkan penggunaan kacang import dengan meng­gantikannya dengan bahan tempatan.

“Masih ramai tak tahu khasiat biji rambutan yang mempunyai lemak polifenol tinggi. Polifenol adalah antioksidan yang dapat melindungi tubuh manusia daripada kerosakan sel akibat radikal bebas.

“Ia memberi manfaat seperti antipenuaan, antiinflamasi, antibarah dan antipatogen. Selain itu, biji rambutan dapat membantu merawat penyakit kencing manis.

“Kajian dilakukan pakar pemakanan Pram Pramono mendapati ekstrak metanol pada biji rambutan mengandungi flavonoid dan fenolik,” katanya.

Menurutnya, ada pesakit menggunakan biji rambutan sebagai perubatan alternatif untuk merawat kencing manis.

“Biji rambutan juga dipercayai mampu merawat sakit pinggang. Asid oleic dan asid stearic dalam biji rambutan juga mampu mencegah penyakit berkaitan jantung.

“Kajian mendapati biji rambutan mengandungi nutrisi seperti protein (7.8 peratus), karbohidrat (46 peratus), serat (11.6 peratus) selain asid lemak seperti oleic (40.3 peratus), arachidic (6.1 peratus), palmitic (7.1 peratus) dan stearic (6.3 peratus),” katanya.

Mohamad Azli berkata, snek biji rambutan mendapat maklum balas positif kerana rangup, lemak manis dan sedap.

“Saya yakin produk ini mendapat sambutan jika dipasarkan kerana setakat ini belum ada pihak menghasil­kan snek biji rambutan.

“Produk ini memasuki pertandingan reka cipta dan memenangi pingat gangsa di Pertandingan Inventions, Innovations and Design (IID) peringkat UiTM,” katanya.

Beliau yang juga juara pertandi­ngan realiti memasak ‘Maggi Mencari Bintang’ mengadaptasi makanan Itali mengikut selera tempatan.

MOHAMAD Azli menunjukkan proses menghasilkan snek daripada biji rambutan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s