Pelajar wanita Politeknik Kota Bharu cipta budu bentuk kiub

Sekumpulan pelajar Politeknik Kota Bharu berjaya mengharumkan nama pusat pengajian itu apabila mencipta sebuah produk iaitu budu yang dibuat dalam bentuk kiub.

Sekumpulan pelajar terbabit yang masing-masing berumur 21 tahun iaitu Norlee Mohd. Nawi, Siti Nabilah Mohd. Yusof, Nurnadzirah Abdul Hadi dan Norhafiza Hussin, mencipta produk perencah makanan itu dalam bentuk baharu selepas membuat kajian selama setahun.

Ketua projek, Norlee Mohd. Nawi berkata, mereka telah berusaha memodenkan penghasilan budu memandangkan makanan tradisi rakyat Kelantan itu menjadi bahan keperluan bagi setiap keluarga di rumah.

“Idea menghasilkan budu bentuk kiub ini terjadi apabila kami melihat botol budu senang pecah apabila terlalu lama berada di dalam beg akibat perjalanan yang jauh.

“Jadi kami memikirkan untuk memudahkan bahan itu dibawa ke mana-mana, disesuaikan dengan keperluan setiap pengguna, tanpa bimbang botolnya pecah dan menerbitkan bau yang mungkin tidak menyenangkan,” katanya di sini baru-baru ini.

Menurutnya, budu dalam bentuk kiub segitiga itu hanya perlu dicampur sedikit air suam dimana langsung tidak mengubah rasa asalnya.

Katanya, mereka menamakan produk itu sebagai ‘Dulis’ dan me­rupakan produk 100 peratus halal.

“Bagi memudahkan usaha penghasilan budu kiub ini, mereka be­kerjasama dengan pengeluar Budu Cap Ketereh dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

“Dalam proses pembuatan, kami mendapatkan sos budu daripada pemilik Budu Cap Ketereh. Kemudian sos itu akan dimasak sehingga menjadi pekat untuk diuli dalam bentuk kiub dan dikeringkan di dalam ketuhar pengeringan tahap tinggi selama 17 jam,” katanya.

Menurut Norlee, projek mereka telah memenangi Inovasi Terbaik Jabatan Perdagangan dalam Majlis Innotex 2015 yang diadakan di Politeknik Kota Bharu di sini baru-baru ini.

“Projek kami juga pernah mendapat tempat ketiga dalam Anugerah Inovasi Terbaik di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS),” jelasnya.

Katanya, dia berharap produk yang dihasilkan ini akan dapat dipasar di peringkat antarabangsa nanti.

Sumbert: http://www.utusan.com.my

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: