PANDUAN TANAMAN ANGGUR

Image result for anggur malaysia

Anggur (Vitis spp) ialah tumbuhan beriklim sederhana dari keluarga Vitaceae yang digunakan sebagai buah segar dan diproses untuk dibuat minuman, kismis, jus, wain dan sebagainya. Penanaman anggur banyak di negara beriklim sub-tropika atau sederhana sejuk dan kini telah ada varieti yang telah sesuai diadaptasikan dengan iklim tropika. Terdapat banyak spesis tanaman anggur di dunia dan telah dikhususkan untuk kegunaan penanaman.

Tanaman anggur di Malaysia masih baru dan dalam peringkat pembangunan lagi. Thailand dan Indonesia telah maju dalam industri penanaman anggur berbanding dengan Malaysia. Penanaman anggur di Malaysia cuma dimulakan sekitar tahun 1980’an. Berikut adalah panduan menanam anggur yang boleh dipraktikkan di rumah:

Cara mengguna tapak:

  •  Tanah yang berpasir sesuai bagi tanaman anggur.
  • Gemburkan tanah dan korek lubang sedalam 3.5 meter – 0.60 meter (11.2 kaki, lebar 2 kaki). Adalah lagi baik bagi tanah berbukit yang tidak air bertakung didalamnya. Masukkan tanah yang telus air dicampurkan dengan sedikit baja ke dalam lubang yang disediakan.
  • Bagi tanah rata atau berpaya tanaman berbatas amat digalakkan bagi mengelakkan akar pokok daripada terendam air.
  • Sekurang-kurangnya 0.3 meter – 0.45 meter (1 kaki tinggi dan 1 1/2 kaki lebar) batas diperlukan.
  • Saluran air amat penting supaya air tidak bertakung di sekitar pokok.
  • Hindarkan menanam di tanah yang mengandungi garam (masin), tanah gersang atau tanah yang kurang penyerapan airnya.
  • Tanam secara pasu digalakkan bagi kawasan perumahan.
  • Sinaran matahari amat perlu bagi penanaman anggur, sekurang-kurang 80% ke 100% sinaran matahari diperlukan.
  • Kawasan berbumbung yang telus sinaran matahari digalakkan supaya mendapat tanaman yang sihat dan senang diawasi dari serangan penyakit.
  • Tanaman secara pasu pula, pasu yang berukuran 40.6 -45.7 cm (16-18 inci) luas dan 35.6 cm- 45.7 cm (14-18 inci) dalam sudah mencukupi bagi setiap pohon anggur yang sihat dan menghasilkan buah bermutu.

Pemangkasan dan latihan

  •  Permotongan hendaklah dibuat apabila pokok setinggi 1.52 meter (5 kaki). Buang semua daun, ranting yang kurang sihat dan potong pucuknya.
  • Pastikan cabang merayap ikut arah yang dikehendaki .

Pemangkasan untuk pembuahan

  • Tabur baja penggalak bunga 20 hari sebelum pemangkasan dibuat.
  • Buang semua daun dan potong cabang yang tidak dikehendaki.
  • Potong semua ranting yang kurang sihat dan potong ranting yang sihat sekadar 4 atau 5 mata tumbuh dari cabang.
  • Potong pucuk kira – kira 1.21 meter ke 1.52 meter (4 atau 5 kaki) dari cabang.
  • Uruskan kerja dengan baik dan teratur .
  • Bersihkan di kawasan pokok dan buangkan daun-daun yang gugur di sekitarnya .

Kadar pembajaan pohon anggur:

  •  Baja organik amat sesuai bagi pokok muda.
  • Sebaiknya gunakan baja NPK yang sama pada pokok muda.
  • Tabur baja 1 kaki dari pangkal pokok, jikalau ditanam diatas tanah dan sedikit jauh dari batang jikalau didalam pasu.
  • Jarak yang terbaik sesuatu pembajaan ialah 7 – 10 hari.
  • Kurangkan anggaran yang dicadangkan oleh pengeluar baja, gunakan 50% – 60% dari angaran yang sebenarnya.

Kaedah siraman:

  •  Penyiraman boleh dibuat apabila didapati tanah disekeliling pokok itu kering.
  • Penyiraman memerlukan air yang banyak, AWAS ! jangan bertakung.
  • Sebaik-baiknya penyiraman dibuat pada sebelah petang atau awal pagi.
  • Siram cara berhati-hati dengan siraman air yang perlahan.
  • Buat siraman pada pangkal pokok, daun tidak memerlukan air.
  • Kurangkan siraman semasa buah sedang masak atau 20 hari sebelum dipetik buahnya.

Sumber: http://www2.bharian.com.my

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s