PANDUAN MENANAM STRAWBERRY DARI BIJI BENIH

Buah strawberry terkenal dengan kelazatannya, khasiatnya dan warnanya yang menarik. Stawberry biasanya ditanam di kawasan bertanah tinggi seperti di Cameron Highlands. Tetapi sebenarnya tanaman ini juga sesuai ditanam di kawasan bertanah rendah seperti di Lembah Kelang ni. Tetapi perlukan kesabaran dan tidak mudah putus asa. Berikut adalah langkah-langkah untuk menanam strawberry daripada biji benih. Selamat mencuba!

Langkah-langkah penyediaan biji benih:

1) Ambil biji benih daripada buah strawberry. Antara caranya:

  • cungkil daripada permukaan buah

  • Biar buah lembik sedikit dan lenyekkan buah tersebut dalam tapis halus.

2) Rendam biji benih dalam air lebih kurang 15 minit. Boleh juga merendam biji di dalam air hangat selama 12-24 jam. Letak atas wet tisu.

3) Simpan tisu yang mengadungi benih tadi dalam plastik berseal. Simpan dalam peti sejuk 2-4 minggu.

Langkah-langkah untuk menyemai anak benih:

1) Apabila masa  telah mencukupi keluarkan biji dari peti sejuk dan semai dengan kedalaman 1/2″ dalam “peat moss”/Spagnum moss” atau  “Peat  Pellet” . Ini bertujuan untuk mengurangkan kadar kematian semasa mengalih anak pokok akibat gangguan pada akar pokok.

  • Peat moss adalah bahan reput atau bahan mati daripada gabungan beberapa komponen di dalamnya seperti lumut, pokok renek, rumput dan lain-lain. Namun komponen utamanya ialah lumut sphagum.

Rupa lumut Sphagum yang masih hidup

Sphagum yang telah menjadi kompos/reput

Peat  Pellet

2) Siram secukupnya. Pastikan cahaya matahari mencukupi tetapi  ELAKKAN terkena secara lansung.

3) Percambahan pokok adalah berbeza-beza. Tetapi biasanya dalam tempoh 2 minggu.

Langkah-langkah untuk penanaman anak benih:

1) Apabila pokok strawberry semakin besar (sekurang-kurang sudah mempunyai 3 helai daun), boleh dipindahkah ke pasu yang lebih besar.

2) Letak di tempat redup tapi cukup mendapat cahaya matahari.

3) Siram dengan banyak di bahagian akar. Tapi JANGAN bertakung.

4) Baja 2 minggu sekali. (jangan terlampau banyak). JANGAN baja pokok sebelum umur 2 bulan.

5) Apabila pokok berbunga untuk pertama kali SAHAJA, buang bunga tersebut. Ini bertujuan untuk mengekalkan kestabilan pokok.

Sumber: http://mylestarygarden.blogspot.com,      http://mckelsohpunyerbelog.blogspot.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s