Projek perintis Aquapolitan dilulus

KUALA TERENGGANU 15 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah meluluskan permohonan kerajaan Terengganu bagi membangunkan projek perintis Aquapolitan di Kampung Seberang Pok Abu dekat sini yang bakal dilengkapi pelbagai prasarana dan berkonsepkan Felda moden.

Ahmad Razif Abdul Rahman

Projek yang akan dilaksanakan tidak lama lagi itu lebih menjurus kepada usaha kerajaan dalam melahirkan golongan nelayan moden di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman (gambar) berkata, sebaik direalisasikan kelak, ia bakal mengubah landskap kehidupan nelayan di kawasan terlibat termasuk pembinaan rumah kediaman lebih selesa selain kemudahan jeti bagi memenuhi keperluan nelayan.

 Beliau memberitahu, untuk permulaan, seramai 200 nelayan di Kampung Seberang Pok Abu akan dipilih menyertai projek berkenaan dan sekiranya berjaya, ia akan diperluaskan di seluruh negeri ini.

“Kerajaan negeri dengan kerjasama ECER (Wilayah Ekonomi Pantai Timur) akan membangunkan Kampung Seberang Pok Abu di sini dengan projek Aquapolitan bagi melahirkan nelayan moden berkonsepkan Felda moden.

“Ini merupakan projek perintis, dijangka seramai 200 nelayan akan terpilih untuk menyertainya dan PM (Perdana Menteri) sudah meluluskan permohonan ini (projek Aquapolitan),” katanya.

Beliau menyatakan perkara itu sewaktu berucap dalam majlis Penyerahan Bantuan Banjir Gelombang Kedua dan Penyampaian Kunci Rumah Mampu Milik di Dataran Permata, Seberang Takir dekat sini kelmarin.

Ahmad Razif seterusnya berkata, usaha itu juga dilaksanakan bagi memenuhi hasrat kerajaan dalam merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri dari sumber perikanan.

Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata, kerajaan negeri juga akan memperkasakan industri pelancongan di Terengganu termasuk menaik taraf golongan nelayan menerusi pelbagai bantuan kerajaan.

“Kerajaan akan bantu golongan ini (nelayan) termasuk membaiki serta mencantikkan lagi bot-bot mereka sekali gus menjadi daya tarikan pelancong ke negeri ini,” ujarnya.

Selain itu, katanya, Pengerusi Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd. Jidin Shafee diberi tanggungjawab membuat penilaian kos yang diperlukan bagi membaiki bot-bot penambang dan beca di negeri ini agar lebih menyerlah dan menarik seperti mana dilaksanakan di Melaka.

Sumber : http://www.utusan.com.my

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: