Tauge adalah sejenis makanan daripada percambahan kekacang sama ada kacang hijau atau kacang hitam. Tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat.
Proses Pengeluaran Tauge
Menyediakan persekitaran dan lokasi
|
Mendapatkan bahan mentah (kacang hijau / kacang hitam)
|
Mengasingkan benih (benda asing, kacang rosak, batu dan sampah)
|
Membasuh (hingga kacang benar-benar bersih)
|
Merendam
|
Mengetos
|
Mencambah (4-6 hari dalam bilik yang gelap dan suhu rendah serta tong bersesuaian)
|
Menyiram (2-4 jam sekali)
|
Mengasingkan kulit
|
Membungkus
|
Menjual
Keperluan ialah:
1. Persekitaran
- Sebuah bangunan berbumbung dan dinding saja.
2. Kacang hijau
- Pemilihan kacang hijau hendaklah berwarna hijau dan pilih kacang yang berminyak untuk menghasilkan taugeh yang berwarna kuning muda.
- Pemilihan kacang yang berkulit hitam, pemilihan kulitnya hendaklah berwarna hitam.
3. Tong penanaman
- Tong plastik berwarna hitam untuk percambahan tauge.
- Lubangkan pada bahagian lantai secara merata dengan saiz 2 hingga 3 milimiter (mm).
- Kacang yang telah direndam dan setelah ditoskan hendaklah dimasukkan ke dalam tong yang disediakan iaitu berdiameter tinggi tidak melebihi 1/3 dari ketinggian tong tersebut dan ini bermakna isipadu akan bertambah apabila kacang mula bercambah.
4. Guni jut/kain kasa
- Dinyahkan bakteria terlebih dahulu dengan merebus guni atau kain tersebut.
5. Peralatan menyiram
- Air jernih dan tidak mempunyai sebarang kimia (termasuk klorin).
- Air paip perlu disimpan dahulu @ ditakung 7 hari sebelum digunakan.
- Air perigi sesuai untuk menghasilkan tauge berkualiti.
Kaedah operasi:
1. Pembersihan kacang
- Kacang perlu dibersihkan bagi memastikan kadar percambahan yang tinggi.
- Kacang direndam untuk mengasingkan biji yang elok. Kacang terapung diasingkan.
- Kacang yang elok direndam dalam air dicampur bahan klorin @ air panas:air sejuk (1:1) selama 1-2 jam.
2. Memasukkan kacang (benih)
- Masukkan kacang yang telah ditos ke dalam tong penanaman.
- Ratakan kacang dalam tong bagi memperbaiki kadar percambahan.
- Tutup guna guni jut/kain kasa.
- Alas tong dengan batu-bata untuk memudahkan pengaliran dan pengudaraan.
3. Menyiram
- Gunakan air perigi dan pam.
- Air paip perlu disimpan dahulu @ ditakung 7 hari sebelum digunakan.
- Empat jam untuk enam hari atau 36 kali dalam tempoh hayat tauge.
4. Penjagaan
- Baja diberi untuk menambah berat dan nutrien.
- Bagi mengesan agar bahang dalam bekas tidak panas, letakkan tapak tangan pada permukaan di dalam tong.
- Elakkan air bertakung dalam tong.
5. Memungut hasil
- Tempoh proses penanaman taugeh adalah selama 68 hingga 72jam pada musim hujan atau musim panas.
- Proses penanaman mengambil tempoh selama 96 jam pada musim sejuk.
- Saiznya kira-kira 6 hingga 8 sm panjang.
- Sebelum melakukan aktiviti pemasaran, taugeh hendaklah disiram dengan menggunakan cuka untuk mengasingkan kulit.
salam.. dimanakah saya boleh dapat dan beli benih tauge secara banyak dengan harga borong? terima kasih ya
Salam..sukar mendapat bahan perusaan taugeh..saya ada membekal sontoso hormon..saiko..kacang dgn harga murah sekitar seluruh malaysia..cod johor..hubungi#wussup 01158316935..zain
Assalam…sy berminat nak Mencuburi bidang tangan tauge…dImana boleh sy BELAJAR secara live..
Harap boleh membantu sy…01111218794 aizad
saya boleh sila wsp 0196014993
saya berminat utk tanaman tauge boleh kirim info dlm WhatsApp no tel 0128660070.t
Saya berminat untuk belajar memproses pembuat tanaman Tauge………mohon dapatkan maklumat 0135103223