FRIM komersialkan bahan api bio

Pokok akasia mempunyai nilai tinggi dan boleh dimanfaatkan sebagai bahan api bio.


Menyedari potensi bahan api bio dikomersialkan, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) mengambil inisiatif melaksanakan perjanjian perlesenan teknologi untuk menghasilkan bahan tersebut.

FRIM telah memilih Che Dzuyauddin Ishak Sdn. Bhd. (CDI) untuk memiliki hak eksklusif untuk mengkomersialkan bahan tersebut.

Menurut Ketua Pengarah FRIM, Datuk Dr. Abd. Latif Mohmod, bahan tersebut dikenali sebagai Torrified Acacia Wood (TRAW) dan diperbuat daripada kayu dari pokok akasia (Acasia mangium).

“Selama ini kayu akasia hanya digunakan dalam pembuatan cip kayu, namun para penyelidik FRIM dalam usaha menambah baik nilai kayu tersebut telah menemui kaedah yang boleh dimanfaatkan sebagai bahan api bio.

“Melalui penyesuaian beberapa proses dalam industri seramik, FRIM telah berjaya menghasilkan TRAW sebagai bahan api bio yang efisien,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani perjanjian tersebut di FRIM, Kepong baru-baru ini.

Ketika ditanya mengapakah FRIM memilih pokok akasia, Abdul Latif menjelaskan, pokok tersebut memiliki kadar tumbesaran yang amat baik selain memiliki taburan yang meluas di seluruh negara.

Jelas Abd. Latif lagi, menerusi penyelidikan yang telah dijalankan, FRIM mendapati spesies akasia ( A. mangium, A. auriculiformis, A. crassicarpa dan A. aulacocarpa) amat sesuai digunakan dalam menghasilkan TRAW.

Keseluruhan pokok tersebut boleh digunakan dalam proses yang dikenali sebagai ‘torrefaction’ untuk menghasilkan TRAW kerana ia memiliki nilai klorofil yang tinggi (18-20 MJ/tan).

Malah, ujian pembakaran mendapati abu yang dihasilkan mana-mana bahagian pokok ini terbakar hanya pada kadar satu peratus sahaja.

Selain itu, pokok akasia juga mudah membiak dan ditanam kerana ia mempunyai keperluan yang minimum serta mampu bertahan di kawasan terbuka tanpa menghadapi sebarang masalah.

Tambahan pula, pokok akasia juga pernah dilabelkan sebagai spesies pengacau berikutan keupayaannya membiak dengan cepat dan hidup dalam apa jua keadaan tanah mampu meminggirkan tumbuhan tempatan yang lain.

Pokok akasia juga bukan tumbuhan asal (exotic species) tetapi ia telah diperkenalkan di negara ini bagi menampung keperluan perkayuan pada ketika itu.

Keupayaan tersebut juga menjadikan pokok akasia memiliki daya kelangsungan hidup yang tinggi menyebabkan ia mampu meminggirkan tumbuhan semula jadi di negara ini.

Justeru penuaian terhadap spesies tersebut juga mampu mengawal taburan pokok ini yang kian meluas di seluruh negara.

Sementara itu, sebagai pemegang lesen eksklusif, CDI berfungsi sebagai sebuah badan mempromosi serta mengkomersialkan TRAW yang akan dihasilkan secara efisien dengan menggunakan teknologi airless.

CDI pada asalnya merupakan sebuah syarikat kontrak dan kejuruteraan yang menyediakan penyelesaian terhadap teknologi pembaharuan tenaga secara berkesan, jimat serta mesra alam.

Menurut Pengerusi CDI, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Pawanteh, perkembangan terhadap teknologi pembaharuan tenaga ini akan mempelbagaikan bekalan tenaga negara.

“Selain itu ia juga dapat mempertingkatkan keselamatan negara, mempromosi penggunaan sumber tempatan, membantu menstabilkan harga bahan api dan memperkukuhkan sistem keupayaan sistem elektrik.

“Teknologi ini juga bakal menyumbang kepada usaha pengawalan pencemaran, memberi rangsangan ekonomi serta menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat,” jelasnya.

Sebagai permulaan, CDI menyasarkan kegunaan bahan api bio tersebut kepada industri penjanaan kuasa yang terdapat di seluruh dunia berikutan ia masih belum mendapat permintaan di negara ini.

Namun, jika kesedaran serta permintaan terhadap bahan tersebut semakin baik maka tidak mustahil ia akan digunakan sepenuhnya di Malaysia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s