Sebuah syarikat tempatan, Setia Brothers Sdn. Bhd. berjaya memanfaatkan khasiat susu kuda liar untuk membunuh dan mengekang penularan sel kanser melalui produk Niemans Feramilch Capsule.
Produk dalam bentuk kapsul itu mengandungi serbuk susu kuda liar tulen yang diperoleh daripada lebih 10,000 ekor kuda yang diternak di sebuah ladang di Irian Jaya, Indonesia.
Pengarah Urusan Setia Brothers, Norhayati A. Rahim berkata, kapsul susu kuda liar itu dikelaskan sebagai makanan tambahan yang boleh menjadi alternatif perubatan moden.
Katanya, produk itu telah diuji secara saintifik di makmal oleh penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) dan hasilnya menunjukkan sel kanser yang dititiskan susu kuda liar berkurangan kira-kira 60 peratus.
“Sejak kita memperkenalkan susu kuda liar asli dalam bentuk cecair kira-kira 12 tahun lalu, ia telah banyak membantu para pesakit kanser.
“Sejak itu kita sentiasa membuat penambahbaikan seperti menjadikannya dalam bentuk kapsul dan yang terbaru ialah pembungkusan yang lebih menarik dan penggunaan jenama Niemans Feramilch Capsule,” katanya kepada Utusan Malaysia pada MAHA 2008 di sini hari ini.
Norhayati berkata, selain sesuai digunakan penghidap kanser, kapsul berkenaan juga boleh digunakan antaranya untuk pesakit lelah, darah tinggi, denggi dan sakit sendi.
Katanya, ia juga boleh dijadikan makanan tambahan untuk semua peringkat umur dan boleh diambil satu kapsul sehari atau selang dua hari.
“Untuk bayi, kita sarankan ia diberikan kepada yang berusia enam bulan ke atas sahaja manakala bagi pesakit kanak-kanak dan dewasa ia bergantung kepada tahap keseriusan penyakit namun ia tidak boleh melebihi empat kapsul sehari,” katanya.
Sebotol Niemans Feramilch Capsule yang mengandungi 60 kapsul dijual pada harga RM198 manakala untuk pek yang mengandungi 20 kapsul dijual dengan harga RM96.40.
Setia Brothers Sdn. Bhd.
![]() |
No. 52-1,Jalan 2A/27A , Seksyen 1 |
Wangsa Maju ,Setapak |
Kuala Lumpur |
Malaysia |
53300 |
![]() |
03 4143 8750 |
![]() |
03 4143 8749 |
Bagaimana untuk dapatkan kapsul kuda liar ini di Negeri Kelantan? Di Farmasi mana?
Ibu saya adalah penghidap cervical kanser thap 4. Adakah beliau boleh mengamalkan pil susu kuda ini. Jika, ya saya ingin mendapatkan pek 60biji. Tolong maklumkan cara mendapatkannya.
mak sy menghidapi kanser payudara tahap 4. adakah mak sy boleh mengamalkan pil susu kuda? bagaimana cara sy untuk mendapat kan pil kuda? dan berapakah harga nya?
Bagaimana mau oder pil dan cara penghantarannya serta pembayaran.
Adakah susu kuda liar dapat merawat hepatitis b?