S. Farzin usahawan cendawan tiram kelabu

S.Farzin Jafar sedang melihat bongkah cendawan di dalam bangsal yang diusahakannya di Kampung Sri Bukit Panjang, Pontian, baru-baru ini.


PONTIAN 11 Mac – Walaupun bermula sebagai kontraktor binaan dan kerja-kerja besi, namun S. Farzin Jafar, 33, kini mampu bergelar usahawan tanaman cendawan tiram kelabu yang berjaya.

Walaupun bidang pertanian pada awalnya adalah sesuatu yang asing, namun beliau membuktikan minat mampu mengatasi segalanya.

Bagi S. Farzin dari Kampung Sri Bukit Panjang, di sini, usaha beliau bermula di dalam bilik di rumahnya dengan menyediakan 500 bongkah cendawan.

Beliau juga mengakui tidak mempunyai asas serta pengetahuan mengenai tanaman tersebut tetapi telah mempelajari tekniknya daripada seorang pengusaha cendawan yang berjaya di Kampung Parit Betak, Benut.

Menurutnya, daripada 500 bongkah awalnya, beliau kini mempunyai 18,000 ribu bongkah cendawan di dalam empat bangsal yang dibina dengan perbelanjaannya sendiri.

“Sebanyak RM30,000 telah dibelanjakan bagi membina bangsal atau rumah cendawan, membeli mesin pembancuh habuk, alat pengukusan, habuk kayu dan sebagainya,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini baru-baru ini.

Tambah beliau, terdapat lebih kurang 30,000 jenis cendawan di seluruh dunia dengan 5,000 daripadanya boleh dimakan.

Katanya, bagaimanapun di Malaysia, daripada 5,000 spesies yang ada, hanya 17 jenis sahaja yang boleh dimakan.

Jelas S. Farzin, melalui pembelajaran yang diikuti, beliau membuat sendiri bongkah cendawan yang diisi dengan habuk kayu getah serta dicampurkan dengan dedak gandum serta sedikit habuk kapur.

“Benih cendawan yang diperoleh daripada pembekal akan diletakkan selepas bongkah cendawan atau beg media dikukus selama lapan jam,” ujarnya.

Katanya, cendawan tiram kelabu yang diusahakan itu biasanya mengeluarkan hasil selepas 60 atau 70 hari ditanam dan akan tumbuh semula selepas dua atau tiga hari hasilnya dituai.

“Bagi sesuatu bangsal atau rumah cendawan, ia mampu menempatkan sebanyak 5,000 bongkah cendawan atau beg media yang disusun di atas rak,” ujarnya.

Mengenai pasaran cendawannya, beliau memberitahu, selain dipasarkan di daerah Pontian, beliau juga menghantarnya ke sebuah syarikat biotek di Kulai yang akan memasarkannya ke Kuala Lumpur.

Tambah beliau, matlamatnya ketika ini ialah untuk memperoleh kira-kira 100 kilogram cendawan tiram kelabu sehari dengan menambah dua lagi bangsal pada tahun ini.

Selain mengusahakan tanaman cendawan, S. Farzin juga kini bertindak sebagai mentor’ kepada mereka yang berminat untuk melibatkan diri dengan kegiatan yang menguntungkan itu.

“Saya kini mempunyai dua orang pengusaha cendawan yang terdiri daripada golongan orang kurang upaya (OKU),” ujarnya.

Di samping itu, beliau turut menganjurkan kursus asas penanaman cendawan tiram kelabu.

4 thoughts on “S. Farzin usahawan cendawan tiram kelabu

  1. salam En. Fazrin

    Saya adalah seorang perunding bagi OKU untuk mengembangkan perniagaan. Tiada sebarang bayaran dikenakan atas nasihat dan khidmat bagi OKU-OKU yang berhasrat untuk tujuan tersebut. Pihak saya akan menguruskan segala bentuk bantuan yang diperuntukan oleh kerajaan untuk membesarkan perniagaan mereka.

    Sekiranya ada OKU-OKU yang berminat untuk tujuan tersebut sila hubungi kami:

    email : yuusofenglan@yahoo.co.uk
    Tel. 0162170059

  2. salam En. Fazrin

    saya sgt berminat mnjalankan projek penanaman cendawan.tp saya x tau ape2 lgsng mngenainye.jd saya berharap sgt dpt mminta ilmu yg encik ade bg mmbantu sya mncburkan dri dalam projek ini.

    saya berharap sgt mndapat sdkit bntuan dripada encik.

    tel:0177916726

  3. salam en.fazrin

    saya menjalankan penanaman cendawan tiram kelabu, dengan kebolehan mengeluarkan hasil dalam 10-20kg sehari. tapi saya x berapa tahu bagaimana nak memasarkan cendawan ini,kerana x punyai banyak pengalaman lagi. jika x keberatan, boleh en.fazrin bantu?memandangkan kejayaan en.fazrin,saya amat hargai bantuan en.fazrin,insyaallah kita dapat muafakat dan rezeki sama2.jika x keberatan,minta tolong en.fazrin hubungi saya boleh?
    terima kasih byk.

    khairi
    0125009295

  4. saya dari benut penniagaan goring pisang . cendawan. dan sebagai lagi
    tetapi kini saya amat sukar untuk mendapatkan bekalan cendawan
    dapat kiranya en fazrin membantu saya mendapatkan bekalan cendawan daripada en fazrin sendiri atau dari pembekal lain yang en fazrin tahu
    alamat saya isamasri no3 kuartas masjid temenggung daing abdul rahman benut tel no 019 7114782 tk

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s