Peluang sertai kursus prosesan makanan

Antara kursus keusahawan makanan yang pernah dianjurkan Jabatan Pertanian.


KURSUS Keusahawanan Kemahiran Pemprosesan Makanan yang mula dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian bermula pada 2002 bertujuan melahirkan usahawan muda yang menceburkan diri secara serius dalam perniagaan asas tani seperti makanan sejuk beku, bakeri, produk-produk berasaskan buah-buahan dan makanan ringan.

Kursus berkenaan akan dijalankan secara hands-on untuk memastikan peserta benar-benar mahir dari segi teknikal pengeluaran produk yang bermutu, komersial dan menepati standard Amalan Pengilangan yang Baik (APB).

Di samping itu, peserta akan didedahkan dengan kaedah menjalankan perniagaan yang professional terutama dalam aspek keusahawanan, pengurusan kewangan, pengurusan pemasaran dan penyediaan rancangan perniagaan.

Peserta juga akan menjalani program sampingan di premis usahawan yang telah maju di bawah bimbingan Jabatan Pertanian.

Pengambilan peserta dilakukan setahun sekali dengan tempoh kursus selama enam bulan secara sepenuh masa dan peserta yang berjaya akan disediakan tempat tinggal sepanjang tempoh kursus.

Syarat-syarat permohonan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur antara 20 hingga 40 tahun
  • Berkelulusan sekurang-kurangnya SPM/SPMV
  • Tinggal di asrama sepanjang tempoh kursus
  • Sihat tubuh badan
  • Berminat untuk meneruskan projek selepas tamat kursus

Mereka yang berminat boleh mendapatkan borang di laman web Jabatan Pertanian www.doa.gov.my atau Jabatan Pertanian Negeri atau Pejabat Pertanian Daerah yang berhampiran atau datang ke Bahagian Pengembangan Pertanian dan Industri Asas Tani, Jabatan Pertanian, Wisma Tani, Aras 8, No 30, Persiaran Perdana, Presint 4, Putrajaya atau hubungi 03-88703553/3544/3539.

Kursus dijalankan di tujuh buah Pusat Bimbingan Usahawan (PBU) iaitu :

  • Serdang (Selangor) – sejuk beku
  • Ayer Hitam (Johor)- bakeri
  • Manong (Perak) – bakeri dan sejuk beku (asas kelapa).
  • Teluk Chengai (Kedah)- bakeri dan sejuk beku
  • Ajil (Terengganu)- hasilan buah-buahan.
  • Pagoh (Johor) – hasilan buah-buahan
  • Melor (Kelantan) – makanan ringan.

8 thoughts on “Peluang sertai kursus prosesan makanan

  1. saya azlina memang berminat n teruja untuk menyertai kursus bakeri…kemasukkan untuk tahun 2010 nie masih di bukakn lagi tak..adakah saya berpeluang untuk menyertainya.

  2. saya berumur 52 tahun. tinggal di Ipoh Perak berminat dlm kursus prosesan makanan/sejuk beku. Adakah sy layak dan bagaimaca caranya

  3. Salam sejahtera, saya ingin bertanya,bolehkah mereka yang tiada apa-apa kelulusan akademi mengikuti kursus ini. Sekian,Terima Kasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s