KUALA LIPIS 22 Nov. – Daerah Lipis akan menjadi pengeluar pisang berangan utama di Pahang apabila seluas 20 hektar tanah terbiar dimajukan dengan tanaman itu.
Ahli Parlimen Lipis, Datuk Dr. Mohamed Shahrom Osman berkata, projek yang bermula sejak Februari lalu itu melibatkan 30 petani yang dikendalikan Jabatan Pertanian Lipis.
Beliau berkata, projek perintis tanaman komersial itu dilaksanakan di kawasan seluas 16 hektar di Kampung Seberang Jelai manakala selebihnya di Kampung Budu dan Kampung Chat, Benta.
”Tanah terbiar berdekatan Sungai Jelai memang subur dan berpotensi dimajukan untuk pertanian terutama pisang berangan kerana permintaan cukup tinggi di pasaran tempatan serta luar negara seperti Asia, Eropah dan Timur Tengah.
”Justeru, kita mendapatkan bantuan Jabatan Pertanian Lipis untuk memperoleh benih manakala Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dari segi pengurusan pasaran dan pembungkusan,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas melawat projek itu di Kampung Seberang Jelai di sini hari ini.
Hadir sama, Ketua Kampung Seberang Jelai, Kamaruzaman Awang Long.
Menurut Mohamed Shahrom, pihaknya menjangkakan hasil tanaman tersebut boleh dituai pada pertengahan bulan depan.
Katanya, pisang berangan baka baru itu yang mengambil masa lapan bulan untuk dituai dan ia mampu mengeluarkan buah yang banyak serta berkualiti selain kurang dijangkiti penyakit.
Beliau menambah, tiga negara yang menunjukkan minat untuk mengimport buah pisang berangan itu ialah China, Korea dan Jepun.
Mohamed Shahrom memberitahu, semasa lawatannya ke Eropah baru-baru ini, pemborong di benua itu juga menunjukkan minat untuk membeli pisang memandangkan bekalan tanaman di kawasan tersebut tidak mencukupi terutama semasa menghadapi musim sejuk.
Sementara itu, Kamaruzaman berkata, sebanyak 13,600 batang pokok pisang berangan telah ditanam di kawasan berkenaan sejak Februari lalu.
Benih pisang berkenaan, menurutnya, diperoleh daripada Jabatan Pertanian Lipis manakala Pejabat Parlimen Lipis menyumbang sebanyak RM8,000 untuk menyediakan peralatan, baja dan racun.
Seorang peserta projek, Nazeri Ibrahim, 48, berkata, sejak projek itu bermula, telah ada pemborong dari Bandar Kuala Lipis dan Lembah Klang datang untuk membeli pisang berangan tersebut.
”Pisang ini dijual secara borong dengan harga RM1.50 sekilogram dan setiap tandan pisang berkenaan kita jangkakan seberat antara 15 hingga 20 kilogram,” katanya.
Tambah Nazeri, wang hasil jualan itu akan dijadikan modal untuk memajukan lebih banyak tanah terbiar di Seberang Jelai bagi tanaman pisang dan projek pertanian komersial lain.
Kami merupakan sebuah lab tissue culture yang terletak di Bandar Puteri,Klang.Menyediakan pelbagai varieti pokok pisang..Harga anak benih kami sgt rendah..untuk maklumat lanjut email ke norisha.abgafur786@gmail.com atau 0176339705
brp harga benih kultur tuk pisang berangan?kalo boleh ada tak foto benih tuk sy tengok?
mencari pisang berangan utk pasaran ipoh
keperluan 1.5 tan-2 tan sehari
buah kualiti,
size ABC
harga boleh runding
boleh supply utk 3 bln dan keatas
102-2878410 fadli
1- Sila cadangkan jenis baja (NPK, jenama) dan jadual pembajakan .
2- Apakah punca utk kulit hijauan selepas harvest & tanah kapai digunakan ?
3- Apakan bezanya tisu culture VS anak sulur utk penyakit, berat, kualiti isi & kulit ?
Salam..
Nursery kami menjual bibi pisang hasil dari kultur jaringan :
1. Bibit Pisang Cavendish
2. bibit Pisang Kepok
3. Bibit Pisang Raja Bulu, Raja Sereh
4. Bibit Pisang tanduk
5. bibit Pisang Barangan
6. Bibit Pisang Ambon Lumut
Untuk pemesanan hubungi :
Wahyuni +62856-770-7171
Jakarta – Indonesia
Salam
salam…
saya mencari anak benih pokok pisang nangka n pisang berangan..
nak supply ke ipoh.
please advice…urgent
Thank u
ina
nrzlina@yahoo.com
seronok tengok bila hasil tanaman pisang kita menjadi……..nak buat projek besar tak boleh tanah tak ada……..