Perisian khas urus ladang kambing

ag_04.1

Othman mohammad menunjukkan pangkalan data yang diusahakan untuk kemudahan penternak kambing dan biri-biri seluruh negara.


 

MENTERNAK 10, 20 atau 30 ekor kambing mungkin mudah untuk dikendalikan oleh penternak secara kecil-kecilan.

Tetapi bagaimana pula jika ternakan anda mencecah ratusan atau ribuan ekor seperti yang terdapat di sebuah ladang ternakan seperti Agropolitan di Pekan, Pahang.

Mengendalikan haiwan ternakan yang banyak memerlukan satu sistem pengurusan data yang mudah diuruskan apabila diperlukan.

Bagi mengurangkan masalah pengurusan ternakan kambing, Othman Mohammad membina pangkalan data khusus untuk pengurusan kambing.

Berbekalkan pengalaman menternak kambing, Othman dengan bantuan anak-anaknya yang bekerja dalam bidang pengkomputeran membina pangkalan data bagi ternakan kambing.

“Bukan mudah membina satu pangkalan data yang lengkap dengan pelbagai maklumat mengenai kandang, setiap individu kambing dengan sejarah perubatan dan nenek moyangnya.

“Semuanya saya usahakan di sini dalam satu pangkalan data yang lengkap,” katanya semasa ditemui di ibu pejabat Major Transglobal Sdn Bhd (MTG) di Kajang, Selangor, baru-baru ini.

Othman berkata, idea menghasilkan pangkalan data kambing wujud selepas menghadiri lebih lapan kursus ternakan kambing di seluruh negara.

Walaupun banyak kursus yang dihadiri, tiada satu kursus yang memberi penekanan kepada penyimpanan data secara sistematik dan mudah digunakan.

“Selama ini saya melihat penternak menggunakan perisian Excel untuk menyimpan data ternakan mereka,” katanya.

Buat masa ini perisian berkenaan digunakan di Projek Ternakan Dorper di Pekan, Pahang di bawah seliaan Mohd Sufian Mohd Mustafa.

“Menggunakan perisian berkenaan, tugas menguruskan ternakan di sebuah projek besar seperti di Pekan amat mudah dan teratur,” kata Mohd Sufian.

Sementara itu perisian berkenaan, jelas Othman, amat mudah digunakan bermula dengan pengambilan data apabila kumpulan pertama tiba.

Setiap biri-biri akan diberikan nombor pengenalan sebelum diletakkan di dalam kandang dan setiap petak yang disediakan.

“Setiap ekor ternakan akan direkodkan nombor pengenalan, kandang dan petak selain jantina, warna, tarikh lahir, berat badan dan harga.

“Selain itu terdapat juga pengenalan induk jika biri-biri berkenaan adalah baka tulen selain gambar,” katanya.

Bagi memudahkan penternak, perisian berkenaan juga dilengkapkan dengan bunyi amaran apabila ternakan perlu diberikan ubatan secara berkala.

Apa yang lebih menarik lagi setiap sejarah individu ternakan boleh diambil dengan mudah dengan hanya satu klik.

Othman berkata, jika haiwan ternakan dipindahkan dari kandang ke kandang lain, pergerakan ternakan tadi dapat dipantau dengan mudah.

“Dalam perisian ini juga tercatat segala sejarah haiwan ternakan yang dipelihara dari mula sampai ke ladang sehingga disembelih, dijual atau mati.

“Perisian ini juga dapat menganalisis data yang dikumpulkan bagi tujuan Indeks Prestasi Utama (KPI),” jelas Othman.

Ini membolehkan pihak terbabit seperti agensi kewangan atau agensi kerajaan melihat prestasi sesebuah ladang.

Apa yang jelas, semuanya boleh dilihat dengan mudah menggunakan perisian hasil buah tangan Othman.

Bertanya mengenai perancangan masa depan Othman merancang untuk membina perisian untuk kambing serta lembu.

“Bukan mudah untuk membina perisian untuk ternakan lain seperti lembu kerana ini memerlukan pengalaman dari segi biologi ternakan.

“Pembangun perisian juga perlu ‘dekat’ dengan haiwan ternakan bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan oleh haiwan terpilih,” katanya.

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perisian berkenaan boleh menghubungi Othman di 017 3790543 atau Mohd Sufian Mohd Mustafa di 017- 8725716.

One thought on “Perisian khas urus ladang kambing

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s