Diskaun 50 peratus beli jentera, alat tani

wu_03.1

Sabry Ahmad (kanan) melihat jentera pembajak yang diterima oleh petani pada majlis Matching Grant di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Beseri Padang Besar, Perlis, semalam.


 

PADANG BESAR 29 Okt. – Suami isteri yang terdiri daripada petani layak mendapat diskaun 50 peratus untuk membeli jentera dan peralatan pertanian berharga RM20,000 secara serentak di bawah program ‘matching grant’ atau geran sepadan.

Bagaimanapun, pasangan tersebut mesti menjadi ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan potongan separuh harga itu hanya layak diperoleh setiap lima tahun sahaja.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Koperasi Perlis, Sabry Ahmad berkata, di bawah bantuan itu setiap individu hanya boleh membeli barangan berkenaan yang maksimum harganya RM10,000.

Katanya, kemudahan itu disediakan oleh Kerajaan Persekutuan menerusi peruntukan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam usaha melonjakkan keluaran hasil pertanian tempatan ke arah mengurangkan import.

Menerusi potongan harga 50 peratus itu, katanya, petani terlibat boleh mendapatkan mesin rumput, jentera membajak dua roda, pam air ke sawah dan mesin penyembur racun atau penyembur benih padi.

“Jika suami mahu membeli jentera membajak dua roda yang berharga RM10,000 untuk kegunaan di sawahnya, mereka cuma perlu membayar RM5,000 kerana separuh harga lagi dilunaskan oleh kementerian.

“Bagi mendapatkan mesin penyembur racun atau penyembur benih padi juga dengan separuh harga, ia boleh dibuat atas nama isterinya pula,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Jentera dan Peralatan Kecil di Bawah Program Matching Grant di PPK Beseri di sini hari ini.

Pada majlis itu, 34 petani menerima jentera dan peralatan kecil pertanian iaitu mesin rumput, jentera membajak dua roda, mesin penyembur racun atau penyembur benih dan pam air ke sawah berharga RM155,000 yang separuh daripada harganya telah dibayar oleh kerajaan.

Menyentuh faedah yang diraih oleh ahli PPK Beseri menerusi geran itu, Sabry menyatakan, sehingga kini bayaran separuh harga bagi jentera dan peralatan pertanian itu sudah dimanfaatkan oleh 120 ahli PPK berkenaan.

“Sejak bantuan geran sepadan ini bermula 2008, ahli PPK Beseri yang memanfaatkan bantuan ini ialah 120 orang. Harga sebenar barangan itu RM688,450. Disebabkan separuh harga dilunaskan kerajaan, petani cuma membayar RM343,225.

“Pembelian bagi 2009 itu pula hanya di peringkat kedua buat ahli PPK Beseri. Masih ada lagi ahli PPK ini akan membeli barangan berkaitan juga dengan separuh akhir untuk peringkat ketiga nanti,” jelasnya.

One thought on “Diskaun 50 peratus beli jentera, alat tani

  1. Tuan,

    saya memerlukan jentera harvester untuk kelapa sawit. saya memerlukan quotation bagi satu jentera dan saya memerlukan ribuan jentera harvester bagi negara nigeria. saya harap tuan/puan dapat menghubungi saya di email mayahusni@yahoo.com. atau hubungi saya di talian 0193577952 dan saya kan lampirkan surat akuan dari negara nigeria.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s