Penanam roselle intai kejayaan

ag_02.1

Abdul Kadir Abdul Halim menunjukkan cara-cara memetik buah roselle (kiri) dan anak pokok sebelum dipindahkan ke tapak penanaman (kanan) di ladangnya di Kundang, Selangor.


MUNGKIN terlalu awal untuk menjangka keputusannya untuk menceburkan diri dalam pertanian, khususnya penanaman roselle menjanjikan kejayaan.

Namun bagi anak muda berasal dari Kuala Perlis ini, sejumlah 2, 000 pokok roselle yang ditanam di kawasan seluas 0.8 hektar bagaikan menjanjikan harapan baru kepadanya.

Abdul Kadir Abdul Halim, 38, menerusi syarikatnya Impian Serasi mahu membuktikan bahawa tapak penanaman roselle di Kundang, Serendah, Selangor itu bakal sebagai titik tolak kepada usahanya mencebur bidang pertanian.

Menurut Abdul Kadir, Jabatan Pertanian pada mulanya memberikan dia pilihan sama ada mahu menanam roselle, bunga kantan, limau nipis atau ulam tetapi roselle dipilih.

Berbekalkan modal sebanyak RM30,000 dan tanah yang disewa itu, menuntut beliau memerah keringat dan memaksa tulang empat keratnya dikerah bagi membuktikan minatnya boleh membawa keuntungan berbaloi.

Abdul Kadir memilih kawasan tersebut kerana ia sesuai dengan tanaman roselle yang memerlukan tanah berpasir.

”Saya menjangka lapan tan buah roselle dapat dihasilkan daripada 2,000 pokok yang ditanam ini,” katanya semasa ditemui di ladangnya yang baru berusia setahun jagung itu.

Beliau menganggarkan satu pokok mampu menghasilkan empat kilogram (kg) buah roselle yang boleh dipetik selepas tiga bulan ditanam.

Empat pekerja membantunya melakukan kerja-kerja termasuk menyiram dan memetik hasil.

”Bagi roselle, air amat penting,” ujarnya sambil menambah kawasan di tepi tasik itu banyak membantunya.

Pokok roselle, katanya, mampu mengeluarkan hasil tanpa putus selama enam bulan selepas ditanam dan rosak selepas dua tahun.

Ketika ini, beliau mampu mengeluarkan 100 kilogram buah roselle yang dijual kepada Sabdariffa Enterprise, salah sebuah syarikat yang mengeluarkan banyak produk roselle.

Syarikat terbabit membeli antara 50 dan 100 kg buah telah diproses atau dibuang biji pada harga RM3.50.

Dengan sokongan kerajaan, Abdul Kadir bernasib baik kerana tanaman roselle disenaraikan dalam Kumpulan Produk baru dan Industri Masa Hadapan dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3).

8 thoughts on “Penanam roselle intai kejayaan

  1. saya adalah pengusaha baru dalam sektor IKS dan bercadang menghasilkan kordial roselle serta lain-lain produk berasaskan roselle. masalah yanng saya hadapai adalah bagaimana saya mahu memperoleh buah roselle di sekitar tempat saya iaitu di seberang perai utara, Pulau Pinang. diharap tuan dapat membantu saya. terima kasih

    • assalammualaikum….
      saya ingin bertanya kepada encik berapa banyak buah roselle yang diperlukan.saya seorang penanam roselle di perlis.

      • waalaikumsalam..
        sy memerlukan kira2 200-300 kg buah roselle. Masalah sy ini telah di atasi dgn mendapatkan bhn ini melalui fama di daerah sy. apapun sy megucapkn terima kasih atas maklum balas ecik.

  2. saya pelajar dari universiti industri selangor. saya dan beberape rakan dikehendaki membuat projek berdasarkn tanaman agro..kami memilih utk mengkaji tentang roselle..oleh itu, kami ingin ke ladang En. KADIR dan bertemu sendiri dgn En. Kadir utk bertanya kan beberape soalan berkenaan tanaman roselle ini…harap En. Kadir memberi respon ke emel saya (syu_ha92@yahoo.com) secepat yg mungkin..terima kasih.. 🙂

  3. sy ain, pelajar kolej, sy diberi satu tugasan, dan sy memilih tajuk kajian tentang roselle, jd bagaimana sy boleh hubungi encik?

  4. salam encik…saya iera tinggal kat shah alam…camner sy nk dapat kan bekalan roselle…sy nak dalam 5kg untuk wat research dan sgt urgent tuk guna roselle…harap encik bleh gtaw saya tmpat disekitar shah alam yg ble sya dapatkan roselle…teme kaseh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s