Golongan wanita aktif hasilkan tauhu

wj_03.1

GOLONGAN wanita Gerakan Persatuan Wanita Felda Maokil 1, Segamat, menjalankan aktiviti membuat tauhu sebagai punca pendapatan sampingan.


SEGAMAT 11 Sept. – Jika golongan lelaki sibuk di ladang mengerjakan tanaman kelapa sawit atau getah, kaum ibu di Felda Maokil 1 turut mempunyai aktiviti sampingan untuk meningkatkan pendapatan keluarga.

Bernaung di bawah Gerakan Persatuan Wanita Felda Maokil 1, seramai lima orang kaum ibu di tanah rancangan itu kini aktif mengusahakan perusahaan membuat tauhu.

Menurut salah seorang pengusahanya, Janariah Kimun, 47, perusahaan itu baru sahaja dimulakan pada akhir tahun lalu dan ia merupakan salah satu program ekonomi kepada masyarakat Felda.

”Idea untuk memulakan perusahaan ini memang sudah lama difikirkan kerana memang ada keperluan bagi masyarakat untuk mendapatkan tauhu yang diyakini halal.

”Untuk itu, kami telah menyertai kursus membuat tauhu yang dianjurkan di Felda Pemanis dan dari situ kami mula belajar dan membeli dapur serta peralatan,” katanya.

Pada masa ini, mereka mampu memproses sebanyak 30 kilogram kacang soya untuk menghasilkan sebanyak 500 keping tauhu, katanya.

”Alhamdulillah, permintaan untuk hasil keluaran kami ini mendapat sambutan yang menggalakkan.

”Kami berhasrat untuk turut memasarkan produk tauhu ini keluar dari gugusan Felda Maokil,” katanya.

Selain itu, Janariah turut berterima kasih kepada pihak pengurusan Felda dan Jabatan Pertanian kerana telah banyak membantu dalam memberi galakan dan ilmu kepada pihaknya dalam menjayakan perusahaan itu.

One thought on “Golongan wanita aktif hasilkan tauhu

  1. ibu saya berminat untuk mnjalankan perusahaan tauhu ini tetapi sukar untuk mendapatkan kursus dan peralatan di tempat saya ini iaitu Pekan,Pahang. Jadi, saya amat berharap jika pihak tuan dapat membantu kami dari segi memberi tunjuk ajar untuk memulakan niat kami ini.
    untuk makluman, kami tlh brjya mncuba mmbuat tauhu mngikut resepi y kami dapati di internet tp x dapt mncari peralatan u mencetak tauhu tersebut mngikut ukuran dan bntk psaran.
    harap pihak tuan dpt mmbantu…

    bleh hubungi saya di no: 017-6199236

    terima kasih. kami amt mghrpkan bntuan phk tuan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s