![]() |
Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Datuk Sohaimi Shahadan memberikan makanan kepada ikan keli semasa majlis perasmianThe Rights Bio Keli Industries Berhad di Hulu Langat, Selangor, baru-baru ini.
|
RAMAI penternak keli telah menyedari kehadiran dan mengenali secara umumnya satu produk atau rumusan pemakanan istimewa yang dibangunkan berteraskan bioteknologi keluaran Perintis Agrotech Centre (PAC), sebuah syarikat 100 peratus milik bumiputera yang menjalankan aktiviti pembangunan bioteknologi dalam sektor perikanan, pertanian dan penternakan.
PAC yang ditubuhkan pada 2006 ini, mengorak langkah lebih jauh dalam bidang pertanian, bukan semata-mata terlibat dalam aktiviti huluan tetapi dalam usia yang masih muda tampil dengan teknik ternakan keli kaedah Pro-Asli iaitu satu kaedah pemakanan alternatif yang menggabungkan sumber semulajadi dan bioteknologi yang berupaya mengurangkan pergantungan ikan kepada pelet dan dapat mengurangkan kekerapan pemberian makanan.
Teknik tersebut sejajar dengan dua matlamat utama Pro-Asli iaitu mengurangkan kos makanan ikan dan meningkatkan keuntungan penternak.
Kaedah ini menawarkan tiga bahan utama iaitu Bio-Mineral (membentuk makanan semulajadi), Bio-Vita (membantu tumbesaran dan serapan protin tinggi) dan Bio-Aqua (merawat air dan mengekalkan sumber makanan asli di dalam air).
Bio Mineral berfungsi untuk menggalakkan pertumbuhan makanan asli seperti zooplankton, fitoplankton, protein dan alga kepada ikan sekali gus mengurangkan kadar pemberian makanan sokongan yang lain.
Bio Mineral perlu diaktifkan di dalam kolam ternakan lima hari sebelum benih keli dimasukkan ke dalam kolam manakala Bio Vita perlu dicampur dengan pelet berprotein tinggi berfungsi untuk membantu mempercepatkan tumbesaran ikan dengan memperbaiki mikro-flora ikan, memperkuatkan antibodi bagi mengurangkan kematian akibat penyakit dan meningkatkan kualiti ikan.
Ia juga sesuai digunakan pada ternakan ikan air tawar yang lain seperti patin, tilapia, puyu dan sebagainya. Pelet yang telah dicampur dengan Bio Vita hanya diberi makan kepada ikan empat kali seminggu sahaja.
Bio Aqua berfungsi untuk merawat air dari berbau, menukarkan najis ikan kepada lumut, mengurangkan kadar ammonia dan kekerapan penukaran air ternakan serta rawatan penyakit bagi ikan. Kaedah rawatan Bio Aqua ini perlu diulangi setiap dua minggu sehingga tuaian.
Kos keseluruhan makanan (ProAsli dan pelet) bagi satu kg ikan masih rendah iaitu RM1.20 – RM1.50 berbanding RM4 hingga RM4.50 bagi penggunaan 100 peratus pelet dan tempoh tumbesaran antara tiga dan empat bulan bergantung kepada kualiti benih yang dimasukkan.
Satu set Pro Asli sesuai untuk 3,000 ekor ternakan dan hanya menggunakan empat beg pelet berprotein tinggi sehingga tuaian.
Apa yang menariknya, kesemua produk yang dihasilkan oleh PAC ini menggunakan ekstrak cacing dan mikrob hidup sebagai bahan asas utama dalam pembuatan dan melalui proses fermentasi yang masih mengekalkan protein yang tinggi dalam adunan tersebut.
Perintis juga menawarkan pakej ternakan keli kaedah Pro Asli kepada para penternak dengan jaminan belian balik selama tiga tahun.
Pakej berharga RM5,000 itu menawarkan tiga set kolam kanvas, 9,000 ekor anak benih, pelet berprotein tinggi dan tiga set Pro Asli untuk penggunaan sehingga waktu tuaian.
Pakej Jaminan Belian Balik ini hanya terbuka kepada mereka yang berada di Perak, Lembah Klang dan Selangor sahaja. Bagi mereka yang berada di luar kawasan tersebut, hasil tuaian perlulah dihantar sendiri ke pusat pengumpulan keli milik Perintis di Chemor, Perak atau di Rawang, Selangor.
Ikan-ikan tersebut akan digunakan dalam penghasilan Jus Keli Omega 3 yang akan dikeluarkan oleh Perintis secara komersial pada penghujung September ini dan penghasilan keli berempah melalui anak syarikat PAC, Perintis Food Industries di Bandar Sungai Buaya, Selangor.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kaedah ini, satu bengkel ternakan keli Pro Asli akan diadakan di Ipoh, Perak pada 12 September dan di Kuala Lumpur pada 10 Oktober. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM50 sahaja.
Bengkel tersebut juga akan mengenengahkan wakil dari Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perak yang akan membentangkan kertas kerja “Pengendalian dan Pemasaran Ikan Keli.”
Seorang penternak ikan keli yang berjaya, Mohd. Edzrie Tajuddin turut berkongsi ilmu dengan para peserta tentang rahsia kejayaan beliau dalam bidang penternakan ini.
Beliau merupakan pembekal ikan keli segar kepada FAMA Negeri Perak.
Bengkel tersebut diharap dapat membuka peluang dan ruang kepada penternak ikan keli untuk meneruskan semula ternakan mereka dan memberikan garis panduan kepada para penternak tentang pemasaran ikan segar ke saluran yang lebih tepat.
Baharin Bin Hudori,
No. 39, Jalan Cengkih 1,
Taman Makmur,
86000 KLUANG, JOHOR.
Tel : 019 – 7020086
05 hb. September, 2009.
Encik Haris Fadzlah Mat Ali,
Presiden / Pengerusi,
The RIGHTS Group of Compenies,
Koperasi The RIGHTS Malaysia Berhad,
B – 02 – 09 Persiaran Selatan Serdang Perdana,
43000 SERI KEMBANGAN , SELANGOR.
Encik Mohd Amri Salleh Hudin,
Ketua Pegawai Eksekutif,
The RIGHTS Bio Keli Industries Berhad,
Batu 23 Sungai Gabai,
(Sungai Gemie Sungai Lui)
HULU LANGAT, SELANGOR.
Assalamualaikum Tuan,
Per : Ingin Bantu Penternak Keli
Merujuk kepada tajuk akhbar Utusan Malaysia Keluaran Mega Jumaat 4hb. September, 2009 saya sangat berbesar hati diatas kesudian pihak tuan untuk membantu penternak keli yang menghadapi masalah memasarkan produk keli mereka.
2. Bagi saya bukan sahaja masaalah memasarkan produk tetapi juga masaalah modal pusingan untuk mengusahakan ternakan keli dan juga ikan air tawar yang lain.
3. Saya adalah seorang Persara Kakitangan Kerajaan yang mengusahakan ternakan ikan keli dan talapia diatas sebidang tanah yang disewa pajak daripada Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) seluas 20 ekar. Pajakan tanah selama 30 tahun bermula tahun 1986 dan akan berakhir pada tahun 2016 dimana saya membuat kolam-kolam tanah berbagai saiz sebanyak 43 buah dikawasan seluas 12 ekar. Masih terdapat tanah kosong seluas 8 ekar lagi dan boleh dibangunkan untuk kolam-kolam simen atau kolam kembes.
4. Buat masa kini masaalah yang pertama ialah harga makanan keli terlalu mahal sebagai contoh makanan keli keluaran syarikar Chargil ditempat saya ialah RM 58.00 satu bag 20 kg. Sebelum ini saya mengusahakan ternakan ikan ini secara usahasama dengan beberapa rakan-rakan berbangsa cina sebelum saya mengusahakan sepenuh masa setelah bersara dari perkhidmatan kerajaan mulai 01.01.2009 yang lalu..
5. Untuk Pengetahuan pihak tuan kawasan ternakan keli saya ialah di Blok 23, Projek Tanaman Campuran, Pengeli Kecil KEJORA, Bandar Tenggara, Kota Tinggi Johor. Dimana masaalah air tidak timbul kerana sungai yang mengalir dikawasan saya menjadi sumber tadahan air Syarikat Air JohorSdn Bhd.
Saya boleh dihubungi dialamat diatas atau dikawasan Projek dan nombor talipon saya ialah 0197020086. Atau emel baharin_hudori@yahoo.com.my.
Semuga mendapat perhatian dan pertimangan daripada pihak tuan didalam perkara ini.
Sekian Terima Kasih.
Yang benar,
( BAHARIN BIN HUDORI )
Aslmkm en Baharin. Rasanya masih belum trlambat utk sya mngucapkan tahniah kpd org Johor yg dpt mnghasilkan trnakan keli seluas ini. Harap2, segala kesulitan yg dtg dpt diatasi dgn bijaksana. Sya mohon jasa baik dr en Baharin utk emailkan gambar kolam ternakan yg ada kpd sya, agar dpt berkongsi maklumat & pndapat utk mnyelesaikan masalah makanan serta ternakan. Sya pn org johor, Pontian Kecil lgi. Jika en Baharin tidak kberatan, bolehlah….
Tel : 012-9309748 (Awien)
email : awien_kn@yahoo.com
website : http://awienkn.webs.com
Asalamualaikum kpd semua.
RAHSIA Sebenar Teknik Pembenihan Keli TANPA MENGGUNAKAN Sistem Aruhan.
1. Tidak perlu Suntikan & Membelah induk
2. Sangat Menjimatkan Kos & Masa
3. Induk Terjamin
4. Peroleh Benih Jenis F6(sama dr Indonesia)
yg sgt tinggi Daya Tahan & kualitinya
(diakui oleh pegawai jabatan perikanan)
5. Kos Produk Rangsangan Induk yg sgt murah.
**Pelbgai lg klebihan yg akan disertakn…**
Untuk maklumat Rahsia Teknik Pembelajaran, sila hubungi/sms : 012-9309748 (Awien)
email : awien_kn@yahoo.com
website : http://awienkn.webs.com
Assalamualaikum kpd semua.
1. Membekal benih keli jenis biasa & F6
(Harga pasaran yang boleh diperolehi).
2. Mmerlukn Khidmat Nasihat, Juru Runding
Pelan Kolam Simen & Anggaran Modal.
3. Produk Tambhn “Extra Magic Grow-A”(EMG-A)
untuk semua ternakan air tawar.
– Menjimatkan kos pelet sehingga 40%,
– Vitamin, antibodi-daya tahan penyakit,
keaktifan, tumbesarn cepat, penghadaman
tratur, ternakn/air tidak hanyir & busuk
sila hubungi : 012-9309748 (Awien)
email : awien_kn@yahoo.som
website : http://awienkn.webs.com