Pemilik 10 pokok dibantu lonjak hasil

KANGAR 3 Julai – Rakyat Perlis yang memiliki sekurang-kurangnya 10 batang pokok Perlisunshine atau mempelam sala akan dibantu secara berjadual untuk memastikan mereka memperoleh hasil tuaian di tahap maksimum.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Koperasi negeri, Sabry Ahmad menyatakan, langkah itu selaras dengan slogan pertanian adalah satu perniagaan.

“Mereka yang mempunyai 10 batang pokok sala yang lazimnya ditanam di sekeliling rumah akan dibantu. Biasanya, pokok itu dikategorikan sebagai sumber cukup makan keluarga sahaja.

“Kerajaan mahu mengubah tradisi berkenaan.

Kita mahu hasil daripada pokok yang sama dipasarkan sama ada dalam bentuk segar atau diproses menjadi kordial serta makanan lain,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Berdasarkan pasaran runcit semasa, buah itu dijual antara RM2.50 hingga RM3.50 sekilogram.

Sementara itu, jualan borong dari ladang yang lazimnya dibeli dalam jumlah tan, sala muda berharga RM1.20 sekilogram manakala sala tua RM1.40 sekilogram.

Setiap tahun, mempelam sala mengeluarkan hasil sepanjang Mac hingga Mei manakala luar musim pula antara Ogos hingga Oktober.

Sabry memberitahu, langkah membantu setiap pemilik 10 pokok itu bertujuan melonjakkan pengeluaran dan pasaran buah berkenaan termasuk ke Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia.

Katanya, sehingga kini sekurang-kurangnya 500 tan Perlisunshine yang bernilai lebih RM700,000 akan dikeluarkan dari negeri ini sepanjang 2009.

Menurut beliau, jangkaan itu berdasarkan kemampuan pengeluaran yang ditunjukkan oleh seluruh ladang berkenaan di Perlis.

“Kemampuan pengeluaran hasil ladang itu direkodkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang membeli hasil tuaian secara terus daripada peladang sendiri,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s