KOTA KINABALU 28 Mei – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) negeri Sabah hari ini melancarkan perkhidmatan sokongan terbaru bagi membantu usahawan industri kecil dan sederhana memulakan perniagaan dalam bidang masing-masing.
Perkhidmatan sokongan dikenali sebagai Test Bed itu membolehkan usahawan dilatih di dalam sebuah makmal yang dilengkapi mesin, peralatan dan kemudahan pengeluaran berskala kecil bagi jenis produk makanan terpilih.
Majlis pelancaran perkhidmatan sokongan tersebut disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin.
Pengarah Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi MARDI, Datuk Dr. Masri Muhamad berkata, di bawah program Test Bed itu, usahawan akan dilatih secara terus dalam aspek pembangunan produk, sistem pengeluaran, susun atur kilang dan teknologi pemprosesan.
”Selain itu soal kebersihan dan sanitasi serta peningkatan kualiti produk dan kapasiti pengeluaran juga akan ditunjukkan sepanjang tempoh latihan,” katanya di sini.
Beliau menambah, melalui Test Bed, usahawan berpeluang menggunakan mesin dan kemudahan pengeluaran lain sehingga dapat menghasilkan produk yang telah dikenal pasti, sebelum diteruskan dengan melakukan ujian pasaran.
Katanya, keputusan ujian pasaran itu akan membantu usahawan membuat keputusan sama ada hendak meneruskan pelaburan dalam pengilangan produk tersebut ataupun sebaliknya.
Menurut beliau lagi, di peringkat awal kemudahan Test Bed di sini hanya untuk pengeluaran produk berasaskan ikan seperti surimi dan keropok.
Saya ialah seorang ibu kepada 3 orang anak . Baru baru ini (04.05.09) saya telah meletak jawatan sebagai Site Administrator dengan sebuah syarikat pembinaan SinKong Construction Sdn Bhd. Dan suami saya telah membeli sebidang tanah (2 ekar) di Tuaran. Jadi saya berminat untuk menceburi bidang pertanian Herba untuk mengisi masa saya ini. Saya betul-betul berharap pihak Tuan dapat membantu dan menasihat saya mengenai pertanian Herba ini. Terima kasih.
Juanita Solungkod.
04.05.09