Kursus buat makanan sejuk beku

SEREMBAN 14 Mei – Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Sembilan (PPWNS) akan mengadakan kursus percuma membuat makanan sejuk beku di Kompleks Pertanian, Rembau bagi suri rumah berpendapatan rendah hujung bulan ini.

Pengarah PPWNS, Norhafiza Halim Faisal berkata, ia bertujuan memberi kemahiran kepada mereka mengenai penghasilan produk tersebut sekali gus membuka ruang untuk meningkatkan sumber pendapatan keluarga.

“Mereka diberi latihan tentang teknik membuat makanan sejuk beku seperti kuih-muih. Mereka juga dibekalkan mesin khas agar dapat mengusahakan perniagaan tersebut di rumah.

“Bukan itu saja dengan bantuan Jabatan Pertanian, kita juga akan memasarkan produk tersebut,” katanya di sini hari ini.

Beliau menambah, pelbagai program lain turut dirancang dalam usaha membantu golongan tersebut meningkatkan pendapatan keluarga terutama ketika menghadapi ekonomi yang merudum hari ini.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenainya boleh menghubungi PPWNS di talian, 06-7632859.

10 thoughts on “Kursus buat makanan sejuk beku

  1. jika boleh peerkembangkan maklumat kursus melalui masjid-masjid, kerana ramai yang tidak tahu, dan juga orang-orang kampong ramai yang tidak mempunyai internet. tk.

  2. Baru hari ini saya terbaca berita ini, saya sangat berminat untuk mengikuti kursus penyediaan makanan sejuk beku ini dan sedang mencari peluang untuk mendapatkan tunjuk ajar bagi persiapan semasa pencen nanti. Boleh tak beri maklumat dimana dan bila latihan berikutnya akan dibuat. Dan saya tertarik dengan bekalana mesin tertentu untuk menghasikan produk tersebut. Terima kasih.

  3. salam..saya baru terbaca tentang iklan ini yang saya rasa sudah terlewat.saya baru berumur 25tahun dan cukup berminat untuk menceburi bidang frozen food ini.saya ingin sekali mengikuti kursus ini.bilakah lagi pihak tuan akan menganjurkan lagi kursus ini?

    • Salam.
      Saya ingin memperkenalkan diri saya sebagai pengeluar yang membekalkan product forzen (dengan label anda sendiri)
      Jika berminat boleh hubungi 017-3727913 @ 019-6686302
      Harga borong Rm 2.50/pek max 30 paket (boleh campur)
      Berminat untuk mencuba??

  4. Saya berminat untuk mengikuti kursus pengendalian sejuk beku dan ingin mengetahu tarikh terdekat dalam bulan oct ini. Saya telah menjalankan perniagaan secara kecil2lan dan kini dalam proses untuk mencari kedai di mana salah 1 syarat yang perlu ada ialah memiliki sijil kursus pengendalian makanan. Dengan ini saya berharap mendapat maklumbalas secepatnya.
    Saya juga boleh dihubungi terus melalui 017-3727913 @ 03-87788903 @ 06-7994513.

    Terima kasih.
    Ita

  5. saya ingin bertanya adakah ppw negeri lain juga turut mengadakan kursus sebegini dan adakah ppwns menerima peserta dari negeri lain…jika ppw negeri johor ada mengadakan kursus bilakah ianya diadakan…memandangkan saya seorang surirumah saya amat berminat untuk mengetahuinya…jika ada tolong email keterangan lanjut kepada saya di ima_rahman@ymail.com…mungkin ianya dapat dimanfaatkan bagi surirumah yang lain juga..tq

  6. Saya memiliki kedai utk perniagaan bakery tapi saya kekurangan michine untuk pengeluaran.Boleh tak saya mohon bantuan dan mengikuti beberapa kursus yang berkaitan dengan bakery?

    Terima Kasih.

  7. Saya pengeluar brgan frozen menawarkan product kepada yg berminat dgn harga rm2.50/pek. Hantaran siap label @ tanpa label bg yg memerlukan dlm kuantiti yg byk.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s