Bunga 'labah-labah putih'

mainpix1
Spider lily memerlukan cahaya matahari untuk tumbuh subur.

Bakung atau spider lily sering hiasi taman air, selain dijadikan herba merawat luka

BUNGANYA cantik berwarna putih dengan lima kelopak, tidak ubah seperti labah-labah putih hinggap di celah dahan pepohon. Tidak hairanlah, kehadirannya pasti menarik tumpuan mata tetamu yang berkunjung di laman kediaman.

Inilah tarikan bunga Bakung atau lebih dikenali sebagai ‘spider lily’ atau nama saintifiknya Hymenocallis littoralis daripada keluarga Amaryllidaceae.
Pokok ini banyak dijumpai di kawasan tropika dan sub tropika, termasuk di Malaysia dan ada kira-kira 50 spesies pokok ini di dunia.

Pokok bebawang yang menjadi herba sejak berkurun lamanya ini mempunyai bunga unik kerana ada lingkaran di tengah-tengah (corona) yang jarang ditemui pada spesies sama.

Hymenocallis bermaksud ‘membran cantik’ dalam bahasa Greek, merujuk kepada lingkaran di tengah bunga berkenaan yang bersambung dengan tangkai bunga yang mengeluarkan debunga yang dikategorikan sebagai tanaman menakjubkan.

mainpix2

Spider lily atau bakung lebih sesuai untuk menghiasi taman air atau tumbuhan hiasan dalam pasu. Walaupun dikenali sebagai lily labah-labah, amun bunga ini lebih kepada tumbuhan dafodil berbanding tumbuhan lili.

Pokok ini mudah di tanah tetapi memerlukan cuaca yang panas dan tanah sedikit lembap tetapi bukannya terendam di dalam air. Daunnya kekal berwarna hijau walaupun selepas bunganya gugur.

Menariknya, tumbuhan mudah hidup ini sukakan suhu bilik, lembap dan panas dan memerlukan masa tiga bulan untuk tidak berbunga yang dikenali sebagai tempoh berehat.

Oleh kerana tumbuhan ini sukakan keadaan yang lembap, ia memerlukan air yang banyak jika anda menyiramnya. Juga, jangan biarkan tanah di sekelilingnya kering kerana ini boleh menyebabkannya mati.

Bunga ini lazimnya mudah dikesan jika ia tidak subur kerana daunnya akan menjadi kering seakan terbakar. Bagaimanapun, ia lebih dikenali sebagai tumbuhan tahan lasak kerana bakung tidak mengalami masalah jangkitan penyakit atau serangan serangga.

Namun, siput, ulat bulu dan hama putih sering hinggap di pepohon ini tetapi tidak merosakkan tanaman. Satu lagi ciri menarik pada pokok ini kerana tidak perlu dipangkas seperti pepohon lain untuk menggalakkan pertumbuhan daun. Ringkasnya, bunga bakung ini tidak perlukan penyelenggaraan seperti tumbuhan laman lain yang perlu selalu dibersihkan.

Hymenocallis boleh membesar sehingga tiga kaki (0.91 meter) dan biasanya perlu dibaja sebulan sekali dengan baja seimbang dan biasanya tumbuhan ini dipilih sebagai tanaman pemisah sempadan atau ditanam berbaris di kiri kanan jalan masuk ke laman.

Dalam perubatan tradisional, tumbuhan ini dikatakan menjadi herba merawat luka tetapi ia tidak boleh dimakan kerana dikatakan beracun.

Bunga ‘labah-labah putih’

Kembang Tiga Bulan

mainpix
Bunga Tiga Bulan tumbuhan sederhana dan begitu diminati oleh pencinta hias laman.

Bunga Siti Zubaidah biarpun cantik, wangi tetapi beracun

POKOK Bunga Tiga Bulan ialah spesies Hydrangea dipercayai berasal dari Jepun, namun ia ditanam secara meluas pada kebanyakan negara di dunia termasuk yang mempunyai empat musim.

Ada pelbagai nama bagi pokok ini seperti Bigleaf Hydrangea, French Hydrangea, Lacecap Hydrangea, Mophead Hydrangea, Penny Mac dan Hortensia. Di Malaysia, pokok ini juga dikenali sebagai Pokok Bunga Siti Zubaidah.
Dikenali sebagai pokok hiasan taman kerana ada lebih 600 jenis pokok yang mempunyai bunga berbeza warna, pokok Bunga Tiga Bulan mempunyai batang yang lembut dan tumbuh tegak serta mencapai ketinggian satu hingga tiga meter. Namun, ia masih dikategorikan sebagai tanaman renek pada musim daun luruh.

Pokok ini berbunga dalam bentuk jambangan, manakala daunnya tebal, licin, berwarna hijau dan berbentuk bujur dengan ukuran panjang 8 hingga 12 sentimeter (sm). Bunganya berkumpul di hujung batang dan berwarna di antara putih, biru, ungu dan merah muda bergantung kepada pH tanah.

Dalam tanah yang lebih berasid bunganya akan berwarna biru, manakala tanah beralkali akan menghasilkan bunga merah muda. Jika bunganya putih ia tidak bertukar warna.

mainpix2
Bunga Tiga Bulan berasal dari Jepun.

Bagi peminat bunga ini mereka sering mengawal warna bunga dengan menambah kapur atau aluminium sulfat bagi mengubah tahap keasidan di sekitar tumbuhan.

Bunga ini juga boleh memiliki warna pelangi sekiranya bahan kimia seperti Na2CO3 ditambah dengan berhati-hati di tanahnya.

Oleh kerana sifat bunganya mudah kering udara dan boleh bertahan lama, Bunga Tiga Bulan sering menjadi pilihan untuk jambangan bunga.

Tumbuhan ini mempunyai lebih 70 hingga 75 spesies dan asalnya dikenali sebagai tumbuhan di kawasan pedalaman Timur dan Selatan Asia seperti China, Korea, Jepun, kawasan sekitar Himalaya dan Indonesia. Ia juga banyak ditemui di benua Amerika Selatan dan Utara.

mainpix3
Hydrangea ‘bavaria’ bunga hidrib warna pelangi.

Menariknya, pokok ini mendapat namanya kerana sifat bunganya yang mampu hidup selama tiga bulan sebelum gugur. Bagi negara empat musim, bunga ini akan berkembang pada awal musim bunga sehingga lewat musim luruh.

Bagi menggalakkan pertumbuhan pucuk dan bunga, selepas saja bunganya gugur ia perlu dipangkas. Jika tidak dipangkas dikhuatiri jambangan bunga yang dihasilkan pada musim ia berbunga akan menjadi lebih kecil.

Bunga ini mengandungi racun dalam kadar sederhana tetapi jika dimakan pada kadar yang banyak boleh membawa maut. Dipercayai masyarakat orang Asli menggunakan akar pokok ini sebagai salah satu ubat perancang keluarga.

Di Korea, Hydrangea serrata digunakan membuat teh herba dikenali sebagai sugukcha atau ilsulcha, manakala Hydrangea paniculata digunakan sebagai bahan yang memabukkan dan ada yang menggunakan pohon ini sebagai racun yang boleh menyebabkan kematian.

Tumbuhan ini boleh menyebabkan rasa loya, sakit perut, muntah-muntah, cirit birit, lemah otot, sawan dan koma. Tumbuhan ini juga boleh menyebabkan keradangan pada kulit.

Di Jepun, kelopak bunga dijadikan campuran untuk teh Hydrangea, yang dikenali dengan ama-cha. Minuman ini bagaimanapun tidak memabukkan.

Jika berminat menanam pokok ini, pastikan tanahnya gembur, sedikit lembap dan mempunyai sistem pengairan yang baik. Pokok ini memerlukan cahaya matahari yang sederhana dan kadar air untuk penyiraman juga sederhana.

Pokok ini dikategorikan sebagai tahan lasak, manakala cara pembiakan secara keratan. Kebiasaannya, pokok ini jarang dijangkiti penyakit atau kena serangan serangga.

Bagi Bigleaf hydrangea serangga seperti kulapuk putih sering menyerang, manakala Oakleaf Hydrangeas pula sering mengalami masalah serangan penyakit pada akarnya jadi pokok ini perlu bebas kelembapan melampau.

INFO: Memangkas Pokok Bunga Tiga Bulan

  • Memangkas pokok secara berkala akan menggalakkan lagi pertumbuhan daun dan bunga pokok.
  • Buang satu atau tiga batang besar pokok akan menyegar dan menyihatkan pokok. Bagi negara empat musim, pemangkasan seeloknya di lakukan pada musim sejuk kerana kebanyakan daunnya gugur.
  • Pemangkasan bukan hanya mengawal ketinggian pokok tetapi termasuk kerja membuang daun layu dan kesan jambangan bunga yang gugur.
  • Pemangkasan bergantung kepada spesies pokok. Dapatkan maklumat daripada pakar atau nurseri mengenainya.Antara Hydrangea yang popular ditanam termasuk:
  • ‘Beaute Vendomoise’ (gergasi lacecap)
  • ‘Big Smile’ – hibrid macrophylla x serrata (lacecap)
  • ‘Blue Bonnet’
  • ‘Blue Wave’
  • ‘Bluebird’
  • ‘Endless Summer’
  • ‘Forever Pink’
  • ‘Lilicana’
  • ‘Nikko Blue’ (l)
  • ‘Pia’ (kerdil)
  • ‘Red Star’ (biru atau merah gelap bergantung pada pH)
  • ‘Sister Theresa’
  • ‘Taube’ ( hasil kacukan Swiss yang bernilai tinggi)
  • ‘Veitchii’
  • Siswazah ternak lintah

    ws_01.1

    BANGSAL panjang yang menempatkan kolam ternakan lintah yang diusahakan oleh Muhammad Shahrul Ikmar Mustapha dan rakannya, Sulaiman Syah Ab. Rahman di Padang Temu, Melaka.

    MELAKA 10 Mei – Bidang pertanian bukanlah satu kerjaya yang glamor namun ia tetap menjadi pilihan dua mahasiswa yang melihatnya sebagai satu cabang pendapatan lumayan sekiranya dikomersialkan.

    Bagi mereka, bidang ternakan lintah yang dianggap baru di Malaysia dilihat mempunyai prospek yang cukup besar sebagai satu rawatan alternatif yang mula mendapat permintaan ramai.

    Atas kesedaran peluang itu, dua sahabat lulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Multimedia, Bukit Beruang di sini, Sulaiman Shah Ab. Rahman, 25, dan Muhammad Shahrul Ikmar Mustapha, 24, mula menceburi bidang itu sejak awal tahun lalu.

    Sulaiman yang memegang ijazah Kejuruteraan Komputer dan Shahrul, ijazah Pengurusan Teknologi Maklumat, kelulusan yang digenggam itu bukanlah bermakna mereka harus melupakan terus bidang pertanian.

    Dengan sedikit pengetahuan dan pengalaman yang dimiliki, dua sahabat ini nekad membuat pelaburan sebanyak RM80,000 menubuhkan syarikat MNS Marketing and Management pada awal tahun lalu.

    Sulaiman yang merupakan Ketua Eksekutif syarikat tersebut berkata, mereka memilih untuk menceburkan diri dalam penternakan lintah kerana melihat bidang itu masih baru di negara dan berpotensi untuk pergi lebih jauh.

    ”Alhamdulillah, setelah kira-kira empat bulan menjalankan perniagaan ini, kami mempunyai 23 kolam lintah yang diusahakan di Taman Padang Temu Indah, Padang Temu, Melaka.

    ”Hasilnya, kami mampu memperoleh pendapatan bersih kira-kira RM5,000 hingga RM6,000 sebulan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Tambahnya, hasil kerja kerasnya itu juga, mereka telah berjaya membuka sebuah pusat rawatan kesihatan yang dikenali D’Winz Healthcare di Taman Senggarang, Batu Pahat, Johor.

    Jelasnya lagi, syarikat juga telah berjaya membekalkan produk-produk berasaskan lintah keluarannya ke seluruh pasaran tempatan termasuk Brunei.

    ”Kami juga membekalkan lintah untuk tujuan rawatan bekam termasuk menganjurkan kursus lintah seperti ternakan, produk lintah dan juga rawatan bekam,” katanya.

    Sulaiman berkata, masa depan ternakan lintah amat cerah kerana ia sering dijadikan bahan untuk produk perubatan dan kesihatan kecantikan.

    ”Lintah mendapat permintaan yang tinggi kerana ia boleh merawat penyakit kronik seperi sakit jantung melalui enzim yang dinamakan hirudin yang dikeluarkan oleh haiwan ini,” katanya.

    Tambahnya, di pasaran tempatan, lintah menerima permintaan yang tinggi dengan harganya dikatakan antara RM1.50 hingga RM3 seekor.

    ”Berbanding di luar negara seperti di United Kingdom contohnya, harga seekor lintah mencapai sehingga RM53.

    ”Ia mungkin kerana permintaannya yang tinggi untuk kegunaan dalam bidang perubatan mereka,” katanya.

    Atas kesedaran nilai pasaran yang tinggi itu, menurut Sulaiman, syarikatnya juga telah mengadakan usahasama dengan sebuah syarikat lain untuk mengembangkan lagi perniagaanya.

    Melalui usahasama itu, syarikatnya juga merupakan pemilik bersama 210 lagi kolam lintah di seluruh negara termasuk 50 buah kolam di Pontian, Johor, Batu Pahat (50) Seremban (30), Bukit Merah, Perak (40) dan Terengganu sebanyak 40 buah kolam.

    ”Jika dikira secara keseluruhannya, kami mempunyai stok lintah melebihi 100 juta ekor di 233 kolam ternakan lintah,” katanya.

    Menurut Sulaiman, dengan keupayaan yang ada, mereka merancang untuk mengeksport lintah ke luar negara memandangkan pasarannya yang lebih tinggi di sana.

    Orang ramai yang berminat dan ingin mendapatkan keterangan lanjut, boleh hubungi mereka di nombor 019-7775242 (Sulaiman) dan 013-2060057(Shahrul). katanya.

    Rebut peluang ceburi bidang ternakan

    MELAKA 10 Mei – Masyarakat terutamanya golongan belia yang masih menganggur disaran menceburi bidang pertanian dan penternakan yang dapat memberi pulangan yang lumayan.

    Selain itu, mereka yang telah mengusahakan bidang itu secara sara diri juga boleh beralih kepada komersial untuk menambah pendapatan keluarga.

    Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembanguan Desa dan Pertanian negeri, Amirudin Yusof berkata, orang ramai perlu merebut pelbagai peluang yang disediakan kerajaan hari ini untuk menceburi dan meningkatkan penghasilan produk pertanian dan ternakan negara.

    Katanya, tanpa mengira latar belakang pelajaran, semua golongan masyarakat mampu menyumbang kepada bidang pertanian.

    ”Bidang pertanian ini mampu diceburi sesiapa sahaja sama ada yang berpelajaran tinggi atau sebaliknya tetapi perlulah mempunyai semangat yang tinggi.

    ”Mereka yang telah menceburinya pula jangan hanya melihatnya sebagai penanaman sayur-sayuran atau padi untuk kegunaan sara diri semata-mata,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Sebaliknya, kata beliau, mereka harus berusaha meningkatkan hasil untuk dijual bagi mendapat pulangan yang lebih baik.

    ”Penternakan juga termasuk dalam bidang pertanian seperti ternakan lintah yang semakin mendapat permintaan dengan pendapatan yang lumayan,” katanya.

    Beliau berkata, selain ternakan ayam, itik, puyuh, ikan keli dan haruan, penternakan lintah juga semakin popular dan mendapat permintaan tinggi dalam pasaran pada masa ini.

    ”Saya lihat ternakan lintah, burung walit atau layang-layang dan cacing umpamanya, telah berjaya menjangkau ke pasaran luar negara,” katanya.

    Sehubungan itu, beliau menyeru agar golongan beliau terutamanya supaya tidak terlalu memilih pekerjaan dalam suasana ekonomi yang tidak begitu baik ketika ini.

    ”Kalau ada tanah di kampung, baliklah dan manfaatkan setiap ruang tanah yang ada dengan tanaman dan ternakan sesuai daripada terus menganggur tanpa sebarang pendapatan,” katanya.