Serai wangi tambah pendapatan

wu_0111

SEBAHAGIAN peserta saling bekerjasama menanam serai di Kampung Kubang Perun, Arau, Perlis.


ARAU 19 April – Dalam usaha membantu golongan asnaf fakir dan miskin, pelbagai usaha dilakukan kerajaan dan badan bertanggungjawab bagi mengeluarkan golongan tersebut daripada kepompong kemiskinan.

Usaha membasmi kemiskinan tegar penting dalam merealisasikan hasrat negara bebas daripada miskin tegar dan melahirkan modal insan yang berkualiti untuk pembangunan negara.

Masalah kemiskinan yang berlaku bukan sahaja boleh memberi masalah kepada golongan tua tetapi ia boleh menyebabkan anak-anak mereka yang sepatutnya belajar terabai.

Peredaran masa memerlukan pendekatan baru diambil bagi menyelesaikan masalah itu untuk melahirkan lebih ramai modal insan berkualiti.

Menyedari masalah itu, Baitulmal Perlis mengambil pendekatan baru untuk membantu golongan tersebut keluar daripada kepompong kemiskinan.

Bantuan bulanan masih diberikan oleh Baitulmal negeri kepada golongan itu tetapi ia dilihat tidak lagi efisien.

Sebaliknya golongan asnaf fakir dan miskin perlu diberikan ‘pancing’ bagi membolehkan mereka keluar daripada kemiskinan tegar.

Pengerusi Baitulmal Perlis, Datuk Abu Bakar Ahmad berkata, pendekatan baru itu ialah dengan memberikan golongan tersebut bantuan berupa bantuan modal dan bimbingan secara berkelompok untuk mereka menjalankan sesuatu perniagaan atau pertanian.

Katanya, salah satu sektor pertanian yang diceburi oleh Baitulmal Perlis ialah bidang penanaman serai wangi paha ayam atau nama saintifiknya Cymbopogon citratus di kawasan seluas 7.5 hektar di Kubang Perun, di sini.

“Serai wangi ini merupakan produk penting untuk menghasilkan bahan untuk membuat kosmetik dan mempunyai nilai perubatan.

“Projek ini disertai 25 penduduk miskin sekitar kampung Kubang Perun di atas tanah yang disewa oleh Baitulmal seluas kira-kira tujuh hektar,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Abu Bakar berkata, modal sebanyak RM230,000 diperuntukkan untuk projek itu yang mengambil masa kira-kira enam bulan untuk matang dan sesuai dituai.

“Secara kasar melalui projek ini setiap peserta bakal memperoleh RM7,000 setiap seorang selepas enam bulan ditanam.

“Hasil tuaian pertama dijangka dapat dibuat pada Jun ini apabila serai yang ditanam tumbuh subur,” jelasnya.

Menurutnya, projek itu merupakan ilham Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Yang Dipertua Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis.

“Baginda Tuanku Raja Muda mahu Baitulmal melaksanakan projek ini bagi membantu meningkatkan pendapat golongan miskin yang menyertainya selain mereka boleh mendapat pendapatan daripada kerja-kerja lain yang diusahakan.

“Tuanku Raja Muda Perlis amat prihatin dalam usaha membantu golongan miskin untuk mengeluarkan diri mereka daripada belenggu kemiskinan dan membantu kerajaan negeri mencapai sasaran miskin tegar 2015,” katanya.

Projek itu dijalankan dengan sebuah syarikat swasta, ByNet Marketing Sdn. Bhd. yang bersedia membeli hasil tuaian serai itu melalui kontrak perladangan yang dimeterai.

Melalui projek itu peserta diberi gaji bulanan sebanyak RM20 sehari dan hasil kira-kira RM7,000 seorang akan dipotong daripada jualan tersebut.

Abu bakar memberitahu, selain tanaman serai, Baitulmal Perlis juga menjalankan projek melibatkan asnaf fakir dan miskin termasuk peliharaan ayam kampung dan pertanian lain.

“Kita juga dalam proses untuk membantu golongan ini melalui projek ternakan cacing baja kompos yang mana kita lihat ia sangat berpotensi.

“Projek ini masih dalam proses perancangan dan jika tiada masalah ia akan dilaksanakan secepat mungkin,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan ByNet Marketing, Ahmad Fauzi Osman berkata, serai jenis tersebut mendapat permintaan tinggi di negara ini dan negara jiran.

“Syarikat ByNet Marketing kini membeli serai yang dikeluarkan di Perlis dan Kedah untuk dijadikan benih, minyak dan serbuk.

“Ladang di sini merupakan ladang serai yang terbaik di antara beberapa ladang kerana penjagaan yang dilakukan amat baik sekali,” jelasnya.

11 thoughts on “Serai wangi tambah pendapatan

    • Kami ada bekalan serai wangi sedia untuk dijual. Anggaran 2 tan sedia untuk dituai. Mesin peracik sedia jika mahu bekalan diracik. hubungi 0197774993

  1. saya ada benih serai wangi kalau sapa nak contact saya di Alamat SMKA Maahad Hamidiah, Kajang. 0173858440. saya juga ada benih jarak(jatropha curcas) utk biodiesl , pokok gelenggang dan temulawak

  2. saya nak tanya satu perkara kepada cikgu rohayati ye? tempat jualan serai wangi itu di mana? adakah cikgu rohayati sendiri beli produk nyE???

  3. saya ingin mencari pembeli yang serius kepada serai wangi dalam jumlah yang banyak. saya tinggal di Indonesia (riau) dan siap menanam serai wangi dalam jumlah yang banyak bila ada kecocokan harga dan jaminan penerimaan. (tahun pertama 50 hektar dan tahun ketiga bila ada kecocokan bisa ditingkatkan menjadi 500 hektar)

  4. Saya ada serai wangi.. Tanam suka2 dpn rumah. Dlm 15 rumpun.
    Siapa nk buat benih bleh tel/sms 0127961345. Lokasi pasir gudang johor

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s