PUGM lahirkan usahawan

wj_011

Kiri: muzamir melihat buah mata naga yang ditanam di ladang milik PUGM di Ayer Hitam, Kluang.


BATU PAHAT 20 April – Setelah berjaya melahirkan graduan tani, Persatuan Usahawan Graduan Malaysia (PUGM) terus mendidik golongan siswazah di bawah bimbingannya untuk berjaya dalam bidang perniagaan.

Bagi menyahut seruan kerajaan menjadikan sektor pertanian sebagai enjin pertumbuhan ekonomi ketiga negara, PUGM menyahut cabaran itu tiga tahun lalu dengan mengusahakan tanah seluas 28 hektar yang diberikan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menerusi Projek Pertanian Moden, Ayer Hitam, Kluang.

Pengerusi PUGM, Muzamir Mustafa berkata, tanah tersebut telah diusahakan dengan tanaman buah mata naga dan rock melon dengan seramai 17 siswazah dipilih menyertainya.

”Pada 2007, tanaman tersebut telah pun mengeluarkan hasil dan sebuah syarikat di bawah bimbingan PUGM, Pittagon Sdn. Bhd., ditubuhkan untuk tujuan penyelidikan dan kajian khusus bagi buah mata naga,” katanya.

Menurutnya, kejayaan Pittagon dalam menghasilkan produk daripada buah mata naga itu amat dibanggakan, malah hasil kajian mendapati buah-buahan itu mempunyai khasiat yang tinggi termasuk daripada batang dan bunganya.

Muzamir berkata, satu strategi berkonsepkan perniagaan teras buah mata naga telah diwujudkan bagi memastikan satu bentuk perniagaan komersial dengan matlamat melahirkan usahawan tercapai.

”Dengan keazaman daripada golongan siswazah muda ini saya percaya ia mampu menunjukkan haluan pasaran pada masa kini dan beberapa produk seperti teh dan kopi telah berada di pasaran sejak lebih enam bulan lalu,” katanya.

Katanya, produk yang baik dan penuh dengan khasiat semula jadi itu adalah jaminan daripada Pittagon kepada pengguna.

‘Khasiat Tiada Tandingan’ adalah moto produk keluaran Pittagon yang menyasarkan golongan lelaki dan wanita berkerjaya agar menjadikan ia sebagai minuman untuk kesihatan dan kecantikan.

Beliau menambah, kesemua siswazah yang mendaftar dengan PUGM akan diberi peluang untuk mendalami bidang pertanian seterusnya perniagaan agar mereka dapat memanfaatkan apa yang diperoleh di PUGM apabila ingin membuka syarikat sendiri.

Katanya, setakat ini, mereka menunjukkan minat serta komitmen yang jitu dalam menentukan hala tuju masa hadapan dan gigih berusaha dengan semangat yang berkobar-kobar untuk berjaya.

16 thoughts on “PUGM lahirkan usahawan

  1. Assalamualaikum…

    Pengerusi PUGM (Muzammir) yang bergambar dengan buah naga kat dalam akhbar dalam web ni makan duit graduan tani yang dah join persatuan ni…dia dah sapu separuh dari duit pinjaman diorang…penipu besar…muka jer nampak baik….patut tembak n bagi makan anjing jer…KAYA MAKAN DUIT HARAM!!!!
    Pengkhianat bangsa sendiri…jangan ada lagi yang bakal jadi mangsa dia…Dia dah buang bendahari dia sebab bendahari PUGM tu tau dia pecah amanah….patut org mcm ni kita rejam ramai2…jangan mengaku ISLAM la woi…

  2. Kepada Hamba Allah,

    U ni ahli keluarga En muzamir ke? yang u tahu yang dia :MAKAN DUIT HARAM’?

    AWAK YANG PATUT KENA TEMBAK SEBAB BUAT FITNAH….TIADA BUKTI JANGAN CAKAP SEBARANGAN….. NAMA JE ISLAM….LU FIKIR LAH SENDIRI

    NAMA AJE HAMBA ALLAH …KALO HAMBA ALLAH TAK CAKAP MACAM NI.

    KALO CAKAP MUZAMIR MAKAN DUIT HARAM KENAPA HIDUP DIA TAK SUSAH!

    LU FIKIR LAH BANYAK² KALI….BERTAUBATLAH….JANGAN MENABUR FITNAH….TAK CIUM SYURGA

  3. aih mawar berduri
    yang hang nak marah2 sangat kenapa
    muzamir tu laki hang ka?
    kalau dia tak buat salah
    hang tak da la melenting tak tentu pasai
    patutnya hang cool ja
    lagi pun, ramai dah yang tau
    ‘kebusukan’ pugm
    hang tak yah nak dok kaber lah
    pasai dok cium bau syurga ke tak tu
    Tuhan ja tau
    hang pun tak payah nak buat buat pandai
    okey?
    ada otak guna otak la mawar berduri
    ntah ntah mawar layu kot hang ni

  4. Siapa tak kenal Muzammir PUGM,terkenal dgn tkar kereta baharu..Projek Di Gua Tempurung MOA TKPM “HANCOR” dikerjakan..peserta fedup dok asyik menunggu “KEHADIRAN BANTUAN “dari PRESIDEN YANG TIDAK BERILMU…”Bila call tanya masalah dok kata “nanti i tanya ur mentor di S…..” sampai mentor t tukor no hp..GreenHouse sampai LUNYAI.. Patut disiasat SPRM siapa Muzammir ni yang senang2 dapat projek MOA.Peserta susah2 bayor duit pinjaman “MAMAT ni sedap2 dapat komisen dari pinjaman yang diambil oleh peserta. PUGM & PGTM SAMA ADIK BERADIK “MELAYU MAKAN MELAYU DAN HANCORKAN MELAYU”

  5. mmg betul mamat ni kaki belit dan kelepet duit….melayu macam ni la bunuh bangsa sendiri….kawan baik aku sendiri ada projek kat ayer hitam ngan mamat kedaung ni habis semua peserta dia halau keluar alasan tak bagi komitmen tapi sebenarnya nak ambik semua tapak projek peserta….dah la ambik duit peserta buat projek tapi hancur dan tak sempurna,barang pun tak bagi habis untuk jalankan projek…bila peserta bosan kata la takde komitmen dan jadikan alasan tu halau semua peserta keluar dari tapak…skrg isu ni dah dibawa ke MARA untuk siasatan lanjut dan jika tak berkesan mungkin akan dibawa ke polis,sprm dll……dengar kabar skrg mamat ni dah pakai kereta TOYOTA ALPHARD….tapi melayu macam ni la yang boleh naik kat malaysia ni tak tau apa nak jadi……kabel dia besar kot?
    kpd sesiapa nak join mamat ni hentikan la..mmg muka nampak baik innocent je tapi hati BUSUKK….

  6. i heard the same thing 2..
    kwn sye ngan membe2 len ikut pudm nak wat projek la,loan byk la duit..tapi duit dpt kat owg y xbleh nmpak byk duit..hancur sume projek..kesian..
    kene halau pun ade..xbek wat camtu kat bangse sndri..sape mkan cili rase pdasnye ye cik………..

  7. sy harap pihak pugm especially presiden,jgnlah mempergunakan lg ank2 melayu yg bersungguh meningkatkn diri..cukuplah dgn kami yg dah lebur duit pinjaman&hancur bkecai harapan mase dpn..peringatan kpd graduan yg bakal menceburi bidang usahawan,jgnlah terlalu ghairah,terburu2&tlalu mudah percaya..rujuk jabatan@pertubuhan yg di iktiraf betul oleh kerajaan..kpd PUGM,pertubuhan pugm adalh 1 platform yg bagus TETAPI jgnlah disalahguna utk mgambil kesempatan terhadap bakal2 usahawan yg masih mentah..kami masih igt pertama kali bertemu dgn tuan presiden PUGM..salam berbalas salam..budi dibalas budi..harap dendam tidak dibawa smpai ke mati..mati tak boleh dituntut rugi..

  8. ingatlah Allah president dan isteri..jgn sbb nak duniawi..tak peduli akhirat…sbb nak penuh nafsu..mata banyak yang memandang dan lebih cerdik dari president dan isteri..PRSM memerhatikan saja dan tunggu orang buat report aje…

  9. aik haritu i ade komen kat sini pasal skendel muzamir ngn janda kat pertanian moden kluang tu….dah ade yg delete eh??? kesian jugak kat pmpuan tu makan duit si muzamir ni tipu..tp ape boleh buat kan.dinasihat pun pompuan ni tggu jgk muzamir.banyak dapat duit lah tu sampai dah tau mana halal haram

    • die mmg sedara saya. ..kaki penipu….kaki pompuan..gunakan duit perempuan untuk menunjuk kekayaan….saya benci die…sbb die semua keluarga saya berpecah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s