![]() |
salah seorang kakitang Jabatan Pertanian, menunjukkan buah mempelam harumanis di Pusat Pertanian Bukit Bintang di Perlis, semalam.
|
KANGAR 20 April – Musim buah mangga harumanis di utara tanah air dicemari dengan kegiatan segelintir peniaga yang menjual mangga sala pada harga yang tidak masuk akal.
Malah, peniaga terbabit mendakwa mangga sala yang dijual adalah jenis harumanis dengan nilai kira-kira 10 kali ganda lebih tinggi berbanding harga pasaran.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Koperasi Perlis, Sabry Ahmad ketika mendedahkan perkara itu berkata, mangga harumanis palsu itu dijual pada harga RM12 sekilogram.
Katanya, mangga sala sepatutnya dijual pada harga RM1.40 sekilogram mengikut pasaran semasa.
Berbeza dengan mangga harumanis yang dijual RM8 sekilogram bagi gred A (450- 650 gram sebiji), RM7 bagi gred B (350-450 gram) dan RM6 bagi gred C (bawah 350 gram).
Menurutnya, kebanyakan penipuan dilakukan oleh peniaga buah-buahan tepi jalan di hadapan Pusat Pertanian Bukit Bintang.
”Ada orang luar datang ke Perlis mahu membeli harumanis kerana ia terkenal sebagai produk negeri. Apabila pergi ke gerai tepi jalan, mereka yang tidak mengenali buah mangga itu membayar RM12 sekilogram.
”Sebaliknya buah yang dibeli itu bukan harumanis, tetapi mangga sala. Peniaga mahu mengaut keuntungan segera kerana pembeli tidak mengenali buah yang sebenar,” ujarnya katanya ketika merasmikan Jualan Mangga Harumanis 2009 di Pusat Pertanian Bukit Bintang hari ini.
Sabry memberitahu lagi, mangsa cukup yakin dengan dakwaan penjual tersebut kerana peniaga terlibat mendakwa buah yang dijualnya itu adalah dari pusat pertanian di belakang gerai mereka.
Katanya, rungutan mangsa disampaikan kepada beberapa pihak berkuasa pertanian di negeri masing-masing setelah mengetahui ditipu.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan peniaga supaya menjaga etika perniagaan dan tidak mengulangi tindakan tersebut dan mencemarkan imej peniaga harumanis di negeri ini.
Salam…
Saya sekarang mengandung 3 bln..
sy teringin sgt nk mkn mgga harumanis ni..
sy tinggal di kerteh, terengganu…
mcm mna sy nk dptkan mgga ni di terengganu?
kalau nak juga terpaksa diposkan dari Perlis ke Terengganu
Saya ingat diterengganu pun ada mempelam harumanis
Pokok mangga harumanis saya baru pertama kali berbunga dan agak banyak,tetapi mengapa tidak lekat buahnya,baru sebesar kelingking,malangnya gugur…sy ingin tahu kaedah bagaimana nak merasa buah pertama ,tq.Saya tanam di hadapan rumah daerah Taiping,Perak,adakah faktor cuaca di Taiping kurang sesuai?tq