UPM anjur kursus cendawan

PERUSAHAAN cendawan kini semakin mendapat sambutan yang menggalakkan dan di tanam secara meluas di seluruh negara.

Banyak faktor yang mendorong ramai pengusaha menceburi bidang ini seperti keuntungan yang tinggi dalam masa yang singkat, kos pengeluaran yang rendah, potensi pemasaran yang baik serta kandungan nutrien pemakanan yang tinggi.

Penerimaan yang baik itu telah mendorong Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Kursus Asas Pengeluaran Cendawan Tiram Kelabu bermula 28 hingga 29 April ini.

Ia akan diadakan di Rumah Cendawan, Unit Hortikultur Seksyen Tanaman, Taman Pertanian Universiti, UPM.

Kursus tanaman cendawan tiram kelabu atau nama saintifiknya Pleurotus sajor-caju itu bermatlamat mendedahkan peserta dengan teknik pengeluaran asas supaya mereka dapat melaksanakan penanaman sendiri sebaik sahaja kursus tamat.

Ia terbuka kepada orang ramai yang berminat dengan yuran penyertaan RM400 seorang untuk fail, nota kursus, nota catatan, alat tulis, sijil penyertaan dan makanan tetapi tidak termasuk penginapan.

Penyuntikan

Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti taklimat penyediaan media tanaman, penyuntikan benih, memetik hasil, penyelenggaraan, kaedah pembungkusan hasil, penerangan kemudahan pinjaman bank serta rancangan perniagaan.

Demonstrasi ringkas mengenai penyediaan benih juga akan dilakukan bagi memberi gambaran yang lebih kepada peserta.

Tenaga pengajarnya pula terdiri daripada pegawai dan kakitangan yang berpengalaman dari Unit Tanaman Cendawan, Seksyen Penyelidikan Agroteknologi, Taman Pertanian Universiti, UPM.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Helmi Azro Mohd. Hassan di talian 03-89471266 atau Abdull Ghaffar Othman di talian 03-89467429.

Untuk mendapatkan maklumat cadangan penginapan pula, peserta boleh menghubungi Rumah Tetamu UPM di 03-89467967.

2 thoughts on “UPM anjur kursus cendawan

  1. Assalamualaikum, saya amat berminat untuk memulakan perusahaan tanaman cendawan. Saya baru sahaja dapat sebidang tanah yang tersedia dengan mata air dan berkedudukan di kaki bukit seluas 1 ekar. Sebelum saya memulakan perusahaan ini, saya ingin mengikuti kursus tanaman dan pengendalian tanaman cendawan. Saya ingin tahu dalam masa terdekat ini adakah mana-mana pihak kerajaan atau swasta yang menganjurkan kursus tersebut di kawasan lembah klang dan bagaimana caranya untuk saya mendaftar dan mengikuti kursus itu. Sekian, terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s