![]() |
sebahagian usahawan bimbingan MARDI melihat kisah kejayaan mereka yang telah didokumentasikan.
|
Buat pertama kalinya Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) melalui Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologinya mendokumentasikan kejayaan usahawan di bawah bimbingannya.
Buku berkenaan yang menonjolkan 50 usahawan berjaya berdasarkan pencapaian mereka dalam perniagaan.
Pengarahnya, Datuk Masri Muhamad berkata, buku berkenaan dihasilkan bagi mengiktiraf tradisi keilmuan MARDI yang patut dikongsi bersama-sama usahawan.
“Penghasilan buku ini juga adalah sebagai merakamkan penghargaan kepada komitmen pegawai MARDI dalam usaha membangunkan usahawan berasaskan teknologi.
“Ini memandangkan di masa akan datang persaingan bertambah sengit dan perlu bersaing di peringkat domestik dan antarabangsa,” katanya semasa ditemui selepas majlis penyampaian Buku 50 Usahawan bimbingan MARDI Siri 1: Usahawan Makanan di Serdang baru-baru ini.
Masri menambah, ini juga bagi memberikan aspirasi dan inspirasi kepada barisan pelapis MARDI.
Mengenai pemilihan 50 usahawan, beliau berkata, ini berdasarkan kepada keuntungan yang tinggi, 100 peratus menggunakan teknologi MARDI dan berjaya meningkatkan taraf produk.
“Usahawan berkenaan juga amat yakin dengan teknologi MARDI dan mengambil peluang melabur bagi membesarkan usaha mereka,” katanya.
Tapi apakah beza usahawan bimbingan MARDI dengan agensi lain?
Masri berkata, pihaknya membimbing usahawan secara berterusan dan ingin berkembang berasaskan teknologi dalam pemprosesan, penghasilan produk, pertanian dan penternakan.
“Pihak kami tidak membantu dari segi kewangan tetapi memindahkan teknologi sambil memberikan khidmat nasihat dan memastikan usahawan berkenaan mencapai kejayaan,” katanya.
Usahawan bimbingan MARDI di bawah tiga aktiviti iaitu:
1. khidmat nasihat teknikal kepada semua usahawan menerusi surat, telefon, emel atau faks secara ringkas.
2. usahawan bimbingan untuk pasaran di pasar raya besar
3. usahawan bimbingan untuk pasaran eksport
Masri berkata, selepas ini pihaknya akan terus menerbitkan buku mengenai kejayaan usahawan bimbingan MARDI bagi memberikan motivasi bukan hanya kepada kakitangan tetapi juga bakal usahawan.
pihak berkenan boleh tak berikan saya tarikh krusus2 yang berkaitan degan peyediaan makanan seperti roti,biskut,pau kukus,kek dan bakeri.
tolong email terus kepada saya risan_nasir67@yahoo.com.my
terima kasih pada pihak yang terlibat.
zan saini.
saya sekarang masih membuat perniagaan kecilan2x dalam bidang pemakanan dengan isteri di rumah secara part time. kami mmg berminat dalam perniagaan tersebut.tp kami masih mmerlukan bibingan dari pada pihak yg lebih baik separti pihak mardi.boleh kah pihak mardi membinbing kamia?KAMI MEMERLUKAN BIMBINGAN DAN KERUSUS DALAM BIDANG PERMAKANAN DAN MEMINTA BANTUAN DARI PADA PIHAK MARDI.