PENGENALAN
Halia dikategorikan sebagai sayuran umbisi .Ia juga merupakan tanaman herba atau rempah.Tanaman halia dikatakan berasal dari Asia Tenggara telah lama di kenali di Asia dan kini di seluruh dunia.Halia digunakan sebagai bahan perasa dalam pelbagai masakan.Halia boleh di proses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak oleoresin.Minyak halia boleh di jadikan bahan perasa minuman buah-buahan,confectionary kosmetik dan ubatan. Oleoresin pula boleh digunakan untuk bahan perasa minuman tetapi lebih untuk ubatan. Ubat-ubatan dari halia boleh mengawal penyakit antaranya demam,batuk,sesak dada,pleurisy,cramps,migrane, sengugut,sakit kepala,sakit gigi,sakit tulang,sakit perut dan sakit gastrointestinal. Halia ditanaman dikawasan tropika meliputi tanah ketinggian 1500 meter dari aras laut dan boleh hidup dalam berbagai keadan cuaca dan jenis tanah.
ANALISA SITUASI
2.1 Analisa Produk
2.1.1 Jenis Dan Varieti
Halia atau nama botaninya, Zingiber officinale Roscoe dari famili Zingiberaceae digunakan sebagai rempah perasa dan ubatan. Ciri-ciri rizom halia seperti kandungan serabut, hasil dan pungency (pedas) berbeza dari varieti ke varieti.
Terdapat dua jenis di Malaysia, iaitu :
– Jenis Bentong rizom besar dan (Halia Bkt. Tinggi) berwarna pucat keputihan
– Jenis Tanjung Sepat rizomnya berbentuk (Halia Indonesia) panjang dan berwarna kekuningan muda
2.1.2 Benih
Halia ditanam daripada keratan rizom berumur 9 bulan. Pada masa kini benih hanya boleh diperolehi daripada pengusahapengusaha halia di mana sebahagian daripada halia yang dituai disimpan untuk dijadikan benih. Benih/rizom halia pada masa kini dijual pada harga RM4.00/kg. Sebanyak 1,800 kg rizom segar adalah diperlukan untuk seluas 1 hektar.
2.1.3 Zon Pengeluaran
Di Malaysia, negeri-negeri pengeluar utama halia ialah Sabah, Sarawak, Pahang, Selangor dan Johor. Di Negeri Pahang, kawasan utama pengeluaran halia ialah di Bentong. Di Negeri Sabah, kawasannya ialah di Keningau dan Tambunan. Keluasan tanaman di semua negeri adalah seperti tercatat di bawah :
Jadual 1 : Keluasan tanaman halia mengikut negeri (1996 – 2000)
NEGERI |
KELUASAN (HEKTAR) MENGIKUT TAHUN |
||||
1996 |
1997 |
1998 |
1999 |
2000 |
|
Johor |
27.0 |
53.0 |
88.0 |
71.0 |
55.2 |
Kedah |
0.4 |
– |
– |
– |
– |
Kelantan |
20.0 |
13.0 |
17.0 |
21.0 |
15.7 |
Melaka |
– |
– |
– |
– |
– |
N.Sembilan |
1.0 |
2.0 |
2.0 |
1.0 |
0.3 |
Pahang |
47.0 |
80.0 |
115.0 |
117.0 |
91.8 |
P.Pinang |
– |
– |
– |
– |
0.6 |
Perak |
– |
1.0 |
– |
– |
6.0 |
Perlis |
– |
– |
– |
1.0 |
– |
Selangor |
448.0 |
337.0 |
94.0 |
72.0 |
72.0 |
Terengganu |
– |
– |
– |
– |
2.0 |
Sumber : Jabatan Pertanian
• Tiada Maklumat
Pada tahun 2000, jumlah pengeluaran halia dari kawasan yangmengeluarkan hasil (225.7 hektar) di Semenanjung Malaysia dilaporkan sebanyak 1,859.3 metrik tan.
2.1.4 Keperluan Tanah Dan Cuaca
Halia memerlukan taburan hujan sebanyak 200 – 260 cm setahun dan cuaca yang panas. Halia sesuai ditanam dipelbagai jenis tanah yang mempunyai saliran baik, kaya dengan bahan organik serta gembur dan peroi, dan tidak menyekat tumbesaran rizom. Halia hidup subur dalam keadaan pH 5.0 – 6.5. Tanah yang paling sesuai ialah yang bertekstur lom dari segi membekal nutrien, air dan udara kepada akar tanaman. Ia juga boleh ditanam di tanah gambut setelah ianya diperbaiki dengan sistem pengaliran yang efisien, pengapuran sehingga pH tanah melebehi 5.0, dan pemberian baja makro dan mikro yang mencukupi. Halia juga sesuai di tanam dikawasan rendah di mana suhunya 22-34°C dan mempunyai purata taburan hujan sebanyak 2,000-2,500 mm/tahun.Masa yang paling sesuai untuk menanam ialah pada bulan Februari hingga Mac, iaitu pada musim permulaan hujan.
2.1.5 Amalan Kultur
Tanah perlu dibajak dan digembur sebelum menyediakan batas berukuran 70 cm lebar dan 25 – 30 cm tinggi. Bagi tanah yang berasid, kapur (GML) sebanyak 2.5 tan/ha ditabur semasa tanah dibajak. Bagi tanah mineral, baja organan sebanyak 4 tan/ha digaulkan dengan tanah di atas batas sebelum menanam.
Halia ditanam daripada keratan rizom berumur 9 bulan. Rizom disimpan di tempat redup selama 2 minggu untuk menggalakkan percambahan tunas. Selepas itu, rizom dikerat 5 cm panjang (sekurang-kurannya 2 mata tunas). Sebayak 25 – 30 keratan boleh didapati daripada 1 kg rizom. Sebanyak 1800 kg rizom segar adalah diperlukan untuk seluas 1 hektar.
Keratan-keratan rizom perlu direndam dalam larutan racun kulat seperti Benomyl, dan dibiarkan kering sebelum ditanam. Selepas ditanam, naungan perlu disediakan untuk pucuk-pucuk baru yang muncul dalam masa 2 –4 minggu selepas menanam. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 45 cm di anatara baris dan 30 cm di antara pokok. Kepadatan pokok 45,000 sehektar.
Baja kapur sebanyak 2.5 tan/ha ditabur semasa membajak tanah, sekiranya pH kurang dari 5.Kadar pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :
Jadual 2 : Jadual pembajaan tanaman halia
PUSINGAN |
MASA |
JENIS BAJA |
KADAR/HA |
1 |
Sebelum menanam |
Baja Organan |
4 tan |
2 |
4 minggu |
NPK 12:12:17:2 |
300 kg |
3 |
8 minggu |
NPK 12:12:17:2 |
300 kg |
4 |
12 minggu |
NPK 12:12:17:2 |
300 kg |
5 |
16 minggu |
NPK 12:12:17:2 |
300 kg |
6 |
20 minggu |
NPK 12:12:17:2 |
300 kg |
Sumber : Jabatan Pertanian.
Untuk mengelakkan pertumbuhan rumpai, racun herba pracambah seperti Alachlor atau Atrazine disembur pada kadar 4 lit/ha ke atas batas, sebaik sahaja keratan-keratan halia ditanam. Selepas itu,dua pusingan merumput secara manual di atas batas diperlukan. Rumpai di sekeliling batas boleh dikawal dengan penyemburan racun herba seperti Glufosinate ammonium. Penimbunan tanah di pangkal pokok perlu dilakukan semasa merumput, supaya rizomrizom tidak terdedah Serangga dan penyakit utama yang menyerang tanaman halia ialah :
Jadual 3 : Pengurusan serangga dan penyakit
JENIS SERANGGA/PENYAKIT |
KAWALAN |
1. Ulat Pengorek (Udaspes folus) |
Sembur racun Permethrin |
2. Layu Bakteria (Pseudomonas solanacearum |
Musnahkan pokok yang berpenyakit Gunakan benih yang sihat Tentukan saliran yang baik |
3. Bintik Daun (Phyllosticta zaingibera) |
Sembur racun kulat Benomyl |
Sumber : Jabatan Pertanian
Pada masa sekarang, pengeluaran halia masih dihasilkan secara konvensional oleh pengusaha-pengusaha. Walau bagaimanapun, pengeluaran sayur-sayuran termasuk halia adalah digalakkan supaya diusahakan secara organik dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan.
Untuk mendapatkan journal penuh, sila download disini:
Boleh dapatkan maklumat harga pasaran halia?
Berapa harga sekilo halia muda?
Berapa harga sekila halia keirng?
terima kasih..
ada halia untuk dijual tak?brapa sekilo?kalau kena dng harga, saya nak bekalan 5 tan sebulan.jika ada yang berminat boleh call saya secepat mungkin-0135309161.
saya ada bekalan sebanyak 2tan halia buat masa sekarang.. harga dapat runding kalau encik berminat..
Kamu kt area mana?
Salam..kami adalah pembekal halia dari sabah.boleh menyediakan 5tan atau lebih dalam sebulan.harga adalah mengikut gred halia dan bergantung pada harga pasaran semasa.
Gred A = Rm8/sekilo
Gred B = Rm7/sekilo
Gred C = Rm6/sekilo
Jika sesiapa berminat untuk memborong,boleh call/wsapp 0198090331
boleh tolong dapatkan maklumat pasaran halia, tempat? dan harga?
terima kasih.
saya ada 2tan bekalan halia tua buat masa sekarang..harga boleh dirunding kalau encik berminat.
Assalam cik farhanim blh email atau wassap sy berkenaan stock halia bentong tq
saya nak tahu bagaimana penjagaan tanamn halia yang baik dan keistimewaan tanaman herba ini
nak tny, kalau sy nk tanam halia ni lam polybag boleh? cam ner cara nyer?
siapa2 yang ada bekalan halia?
Daerah tambunan sabah adalah salah satu pengeluar / kaw penanaman halia.bekalan halia boleh diperolehi dari sini. Berminat: tel 087 774105 (pejabat )
salam.. ada sesiapa boleh bantu sy tuk dapatkan benih halia bentong x?.. please email sy tazmania_japan@yahoo.com
Salam. Boleh email di mna sy nak dapatkn benih halia? Yang berdekatan dgn area kudat sabah.tq