Pekasam keli untung berganda

wu_0111

PEKERJA mengisi ikan keli pekasam ke dalam bungkusan sebelum dipasarkan. – UTUSAN/FAIZAL ABU HASSAN


ARAU 23 Feb. – ‘Bakti disemai, bukti dituai’. Pepatah ini elok benar dipadankan dengan Pertubuhan Peladang Kawasan A1 (PPK A1), Guar Sanji, di sini.

Apa tidaknya, bakti yang ditabur oleh PPK itu kepada seluruh ahlinya menerusi projek ikan pekasam ternyata telah membuahkan hasil.

Mulai tahun 2006, PPK A1 melancarkan projek pekasam ikan talapia dan mulai Januari lalu pula maju setapak lagi dengan projek terkini sempena azam baru tahun 2009.

Kali ini, pekasam ikan keli pula yang dijuruskan setelah mendapati projek perintisnya iaitu pekasam talapia ternyata membawa pulangan berganda.

Projek ini terbukti bukan sahaja memberi ‘wang saku’ atau pendapatan sampingan kepada keluarga PPK, tetapi membuka satu lagi industri hiliran berasaskan bahan mentah tempatan di kawasan itu sendiri.

Pegawai Pertanian Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Hasfa Azian Zakaria memberitahu, projek pekasam ikan keli itu bertujuan membantu ahli PPK A1 menokok pendapatan bulanan.

Projek itu katanya, dibuat selaras dengan matlamat PPK A1 yang memberi tumpuan kepada industri asas tani yang menjadikan ikan sebagai bahan mentah utama.

Di bawah projek tersebut, beliau menyatakan, sehingga kini pihaknya memproses kira-kira 100 hingga 200 kilogram ikan keli seminggu untuk pekasam.

”Bekalan ikan dibeli daripada tiga penternak yang terdiri daripada ahli PPK ini sendiri,” ujarnya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau memberi contoh, “Kami membelanjakan RM900 untuk menghasilkan 60 kilogram pekasam ikan keli yang dijual RM20 sekilogram.”

Hasfa Azian memberitahu lagi, setelah ditolak perbelanjaan berkaitan, PPK A1 mencatat keuntungan RM300 bagi setiap 100 kilogram ikan keli mentah.

Kata beliau lagi, selain pekasam ikan keli, pihaknya juga menghasilkan serunding ikan yang sama dan meraih keuntungan RM300 bagi setiap 100 kilogram ikan.

Beliau menyatakan, projek industri hiliran itu benar-benar berjaya kerana keuntungan diterima secara terus oleh keluarga PPK itu sendiri.

”Ini kerana, bekalan ikan kami peroleh daripada penternak yang terdiri daripada ahli PPK A1. Kerja-kerja menghasilkan pekasam dan serunding itu pula dibuat oleh isteri dan anak ahli PPK ini sendiri,” ujarnya.

Pendek kata, bermula dari bahan mentah, kemudian ke peringkat memproses dan memasarkannya, ia dilaksanakan tanpa khidmat orang tengah.

Wartawan dan jurugambar Utusan Malaysia turut dihidangkan dengan juadah pekasam ikan keli semasa membuat liputan berita ini.

Hidangan yang disajikan berupa pulut yang dimakan bersama kelapa parut dan ikan keli pekasam goreng.

Rasanya selazat makanan yang cukup popular di Kelantan iaitu ‘pulut ikan kering’ (PIK).

Apabila Hasfa Azian ditanya berhubung resipi pekasam ikan keli itu pula, beliau secara berseloroh mengaitkannya dengan lagu Siti Nurhaliza iaitu Biarlah Rahsia.

3 thoughts on “Pekasam keli untung berganda

  1. saya jg teurut mahu menperkenalkan pekasam ikan keli.. tapi yg jd mslh org di sini tidak berapa reti mkn pekasam keli… Jd blh tak sekiranye PPK A1 membantu saya untuk penjualan pekasam keli ini…

  2. Salam,

    Saya berminat nak beli ikan keli pekasam dengan jumlah yang banyak untuk di jual kepada pelanggan di temapt saya. Kalau boleh saya nak tau berapa harga kalau siap 1 bungkus(500gm@1kg@mengikut timbangan yang ditetapkan) atau kalau beli cara bungkus besar saya bungkus sendiri. Harap dapat kerjasama. Terima Kasih…

    Hafiz…

  3. saya berhasrat ingin memulakan perniagaan perkasam ikan keli.kecil -kecilan bermula bari rumah..insyallah saya amat berbesar hati jika pihak tuan dapat nemberikan serba -sedikit tips tentang pembungkusan & market sasaran..jangka hayat produk itu sendiri…adakah ianya di tempatkan di tempat sejukbeku…?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s