Pak Din usahawan Pegaga

wu_011

LADANG pokok pegaga nyonya milik Din Saman hidup subur di Kampung Kok Klang, Padang Besar, Perlis.


PADANG BESAR 20 Feb. – Ulam terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu di kampung-kampung sebagai makanan pembuka selera, terutama ketika dinikmati bersama nasi.

Kini hidangan ulam-ulaman semakin digemari warga kota termasuk masyarakat bukan Melayu kerana pelbagai khasiat yang terbukti melalui kajian saintifik.

Perkembangan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang perubatan juga menyebabkan ulam-ulaman semakin digemari apabila beberapa jenis ulam terkenal didapati boleh dijadikan sebagai bahan dalam produk kecantikan dan bahan utama untuk awet muda.

Salah satu ulam yang mendapat tempat kini ialah pegaga yang telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba yang boleh menjana kecerdasan berfikir kanak-kanak dan dikatakan dapat membantu peredaran darah serta meningkatkan kesihatan kulit.

Menyedari khasiat yang ada dalam pegaga, salah seorang pekebun getah di Kampung Kok Klang, di sini mengambil peluang untuk menanamnya dengan bantuan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) untuk menjana hasil pendapatan sampingan.

Din Saman, 66, membuktikan tanaman pegaga jenis nyonya secara komersial dapat meningkatkan pendapatan penoreh getah apabila pegaga yang ditanam di atas tapak tanah tanam semula getah seluas satu hektar dapat menjana pendapatan kira-kira RM30,000 setahun atau puratanya RM2,000 sebulan.

Dia yang senang dengan panggilan Pak Din berkata, tanaman pegaga diusahakannya sejak tahun 1999 secara kecil-kecilan sekitar rumahnya untuk dimakan sebagai ulam.

Katanya, pada tahun 2004 dia mula memberanikan diri untuk mengusahakannya secara komersial apabila pokok getahnya terpaksa ditebang kerana telah tua dan perlu ditanam semula.

”Apabila melihat tanaman pegaga di sekitar rumah hidup subur, saya dengan bantuan rakan-rakan memohon kepada RISDA untuk menanamnya secara komersial.

wu_012

DIN Saman memetik pegaga yang sudah matang untuk dijual di Kampung Kok Klang, semalam.


”RISDA yang menjaga kebajikan penoreh getah terus meluluskan bantuan sebanyak RM20,000 melalui Projek Integrasi Tanaman Getah (PITG) bagi membantu mendapatkan hasil sampingan sementara menunggu hasil kebun getah yang baru ditanam,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pak Din berkata, RISDA juga memberikan pelbagai kursus sebelum pegaga ditanam secara kormersial bagi memastikan tanaman dibuat mengikut cara yang betul.

”Pada mulanya saya dibantu oleh dua pekerja untuk mengusahakan tanaman ini tetapi sekarang sudah mempunyai lapan pekerja yang terdiri daripada ahli keluarga sendiri.

”Dalam tempoh setahun pegaga akan ditanam dalam tiga pusingan dan ia dijual kepada sebuah syarikat minuman herba terkenal,” ujarnya.

Apa yang menarik pegaga yang ditanam oleh Pak Din dalam tanah seluas satu hektar itu tidak menggunakan racun sebaliknya ia seratus peratus menggunakan kaedah organik.

Baja tahi ayam digunakan sebagai baja dan proses merumput dengan tangan digunakan bagi membuang rumput yang tumbuh.

Pegaga akan membiak dengan cepat dan dalam tempoh tiga bulan hasilnya boleh dituai. Bagi sekali pusingan tanaman kira-kira RM10,000 boleh diperolehi.

Pak Din juga pernah dinobatkan sebagai Peserta Terbaik PITG 2007 apabila projek tanaman pegaganya telah membuktikan dia dapat memberikan pendapatan sampingan bukan sahaja kepada dirinya tetapi ahli keluarganya yang lain.

Menurutnya, pegaga dijual dengan harga RM3 sekilogram kepada sebuah syarikat yang mengambil dalam jumlah yang banyak sehingga ratusan kilogram.

”Pegaga juga dijual kepada orang kampung yang gemar memakannya sebagai ulam atau dijadikan kerabu.

”Saya turut menjual benih pegaga bagi mereka yang mahu mengusahakan tanaman ini,” jelasnya.

Katanya, penjagaan pegaga tidak terlalu rumit dan juga tidak terlalu senang kerana ia bergantung kepada kesungguhan seseorang itu.

”Disebabkan pegaga yang ditanam menggunakan kaedah organik penjagaannya perlukan tumpuan yang lebih.

”Pegaga juga perlu disiram mengikut jumlah yang betul terutama ketika baru ditanam atau semasa musim kemarau,” katanya.

Tambahnya, dalam pertanian dia berpegang kepada prinsip jika seseorang itu berbudi kepada tanah hasilnya tetap akan diperolehi bergantung kepada tahap kesungguhan seseorang itu.

Pada masa yang sama, Pak Din tetap percaya kepada pepatah Melayu iaitu ‘bakti disemai bukti dituai’.

Advertisements

17 thoughts on “Pak Din usahawan Pegaga

  1. assalammualaikum..
    saya ingin membeli ekstrak pegaga dgn jumlah banyak,
    bolehkah saya mendapatkannya.
    adnan shafeeq 019-6650606

  2. Pak Din,

    Boleh saya dapatkan no tel dan alamat utk berbincang harga-harga pegaga, saya beli utk berniaga.

    Saya Lulee- 012-430 7996

    Saya sangat URGENT mendapatkannya.

    Terima Kasih !

  3. Dear Pak Din,

    Saya pelajar kt UPM, kajian pasal pegaga, ingin mendapat supply pegaga dari resource yg constant.
    Macam mana boleh berhubung dgn Pak Din?
    No saya 0172048948

    Terima Kasih

  4. assalamualaikum, pak din…saya khairuddin dr bukit mertajam ingin mendapat maklumat tentang pembekal benih pegaga.blh ka tlg sms nama dan no tel pembekal benih tersebut kt saya di talian 012-4614674..pertolongan pak din amat-amat saya harapkan.terima kasih byk2…

  5. Salam..
    Pak din, saya perlukan pegaga nyonya dengan jumlah yang banyak untuk tujuan penyelidikan..
    Boleh saya dapatkan no tel pak din atau alamat pak din?

  6. Saya nak membeli keratan benih pegaga nyonya utk tujuan tanaman. Bagaimana caranya dan harga? Sila hubungi saya Rodman 0133539013

  7. assalamualaikum, bole saya dapatkan detail tempat, minimum tempahan dan harga. bole berikan juga no untuk pihak saya hubungi bagi pegaga nyonya?
    terima kasih.

  8. Assalamualaikum Pak Din..mcm mana sy nk dptkan benih pegaga.. mohon pak din dpt hubungi sy atau tinggalkan contact no. 0137377745..terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s