![]() |
HELMI Azwar Rashid mengusahakan tanaman cili dan daun sup secara fertigasi dituai di Tandop, Alor Setar. – UTUSAN/ ISMAIL KAMADIN
|
Bukan mudah membuat keputusan untuk seseorang meninggalkan kerjaya dalam bidang kejuruteraan dan menceburkan diri dalam bidang pertanian. Ini berbeza sekali daripada apa yang dipelajarinya di universiti.
Namun, kerana minat mendalam dan percaya dengan potensi yang ada dalam bidang pertanian, Helmi Azwar Rashid, 32, nekad untuk bergiat aktif sebagai penanam sayur-sayuran dengan menggunakan kaedah fertigasi.
Helmi berkata, sebelum ini, dia terlibat dengan penanaman cendawan bersama rakan namun menarik diri kerana ingin berdikari dalam bidang tersebut.
”Saya mula bergerak secara serius dalam penanaman sayur-sayuran secara fertigasi sejak dua tahun lalu.
”Antara sayuran yang ditanam dengan menggunakan teknik ini ialah cili, terung, daun sup dan sebagainya,” katanya ketika ditemui di Pertubuhan Peladang Kawasan MADA, Pengkalan Kundor di sini baru-baru ini.
Helmi berkata, projek tanaman cili dan daun sup yang ditanam sejak dua bulan lalu telah mula dituai dan hasilnya begitu memberangsangkan.
”Saya menanam sebanyak 2,000 pokok cili dan 2,000 pokok daun sup kawasan lapang di sekitar kawasan MADA serta di Simpang Empat.
”Saya turut mendapat khidmat bantuan daripada pegawai Mardi, Kadir Yusuf dari segi nasihat tentang cara-cara penanaman sayur-sayuran secara fertigasi,” katanya.
Helmi menjelaskan, dia mengeluarkan modal sebanyak RM15,000 bagi merealisasikan impiannya untuk menjadi seorang petani moden.
Katanya, dia mendapati pokok cili dan daun sup sesuai ditanam secara berselang-seli dan selain itu, hasil daripada kedua-dua jenis sayur-sayuran ini dapat dituai serentak dalam tempoh dua bulan sahaja.
”Pada mulanya saya hanya ingin mencuba tetapi mendapati cili dan daun sup dapat ditanam secara serentak.
”Selain menjimatkan ruang, kaedah fertigasi dapat meminimumkan jumlah pekerja kerana proses pembajaan dan pengairan dilakukan secara automatik dengan menggunakan paip-paip yang diletakkan di bahagian akar pokok,” ujarnya.
Helmi menjelaskan, setiap pokok cili yang ditanam dengan menggunakan teknik ini akan dapat menghasilkan buah yang lebat dan setiap satu beg yang mengandungi pokok cili akan memberikan hasil kira-kira RM10.
”Saya beruntung kerana turut dibantu oleh rakan kongsi, iaitu, Mohd Hafiz Abdul Kadir, 19, yang begitu berminat dalam bidang ini.
”Tenaga dan kepakaran golongan muda amat diperlukan bagi memastikan bidang pertanian terus mendapat perhatian daripada golongan ini,” jelasnya.
Helmi memberitahu, sehingga kini, pasaran sayur-sayuran yang ditanam olehnya dijual di sekitar Alor Setar dan dia bercadang untuk memperluaskan pasaran sayur-sayurannya ke pasaraya besar seperti Giant dan Tesco.
”Saya tahu bukan mudah untuk menembusi pasaran tersebut namun saya yakin sayur-sayuran yang ditanam dengan teknik ini menepati piawaian pihak pasaraya tersebut,” katanya.
syabas bro.Tingkatkan usaha.Jangan mudah mengalah.
akum bro,
saya berminat sangat ngan cara tanaman ni.Boleh x u kongsi ngan i,mcm mane u mula2 bt.dari minat sampai berjaya.plzzzzz.
salam…saya pernah melawat tempat tuan tahun lepas…Dengan perkasa agro….now saya dah wat tanam cili 3000 pokok…tapi ada masalah kerinting laa…ada idea tak nak menangani masalah ini…perlukan bantuan nasihat tuan….daun sup kena tanam bawah RPH ker tak???hanafi 0196107420