Ramai minat ternak udang galah

wan Muhammad Aznan Abdullah (dua dari kanan) bersama peserta ACDA menuai udang galah di Kampung Mertang, Kuala Pilah, semalam.


KUALA PILAH 11 Feb. – Hasil perolehan udang galah di negeri ini dijangka meningkat sebanyak RM18 juta setahun pada tahun 2010 apabila minat terhadap penternakan itu mendapat reaksi positif golongan pengusaha.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan (JPNS), Wan Muhammad Aznan Abdullah berkata, ketika ini, hasil perolehan udang galah seluruh negeri ini mencatatkan angka RM11 juta dengan pengeluaran sebanyak 650 metrik tan.

”Harga sekilogram udang galah untuk pasaran serantau ialah RM39 dan ia kini menjadi produk eksport utama ke Singapura berikutan permintaan tinggi dalam kalangan pengusaha restoran dan kedai makan di negara itu,” kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada program menuai udang galah dalam Projek Kawasan Tumpuan Pembangunan Pertanian (ACDA) di Kampung Mertang di sini semalam.

Program itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti, Abd. Samad Ibrahim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan negeri.

Wan Muhammad yang turun ke dalam kolam untuk bersama-sama menuai udang galah berkata, udang yang sempurna dan sihat boleh dituai dalam tempoh tiga bulan.

”Pada tahun ini, fokus diberikan kepada pengusaha daripada golongan miskin untuk melonjakkan pendapatan mereka,” katanya.

Sementara itu, Yunus berkata, di Kuala Pilah sahaja, terdapat sebanyak 346 kolam yang diusahakan oleh 195 orang penternak dengan keluasan projek 87.2 hektar.

”Pengeluaran utama projek akuakultur ini merupakan udang galah dan pada tahun 2008, sebanyak 51.36 metrik tan dihasilkan dengan perolehan sebanyak RM2.05 juta,” jelas beliau.

Sehingga Januari tahun ini, beliau berkata, projek ACDA Kampung Mertang sehingga Januari lalu berjaya menuai sebanyak 780 kilogram udang galah dengan nilai perolehan sebanyak RM31,200.

”Anggaran pengeluaran udang galah untuk pusingan pertama bagi 50 buah kolam daripada projek ACDA adalah sebanyak 12,500 kilogram dengan nilaian sebanyak RM500,000,” kata beliau.

Dalam pada itu, pengusaha dan pemilik Aquaculture Enterprise, Mohd. Sukle Abd. Rahman, 34 memberitahu, beliau telah mengusahakan projek ternakan udang galah sejak setahun lalu melalui ACDA.

2 thoughts on “Ramai minat ternak udang galah

  1. Saya pesara kerajaan dan berminat untuk menteranak udang galah,lobster dalam kolam.apa kah langkah2 yang perlu dibuat? Saya ada Tanah sawah yang terbiar dan berharsat menggunakannyauntuk tujuan menteranak.

    • en. pada pandangan saya, rasanya en.boleh mulakan dengan menghadiri kursus2 yang dianjurkan oleh mana-mana pihak swasta @kerajaan. Kalau kita pergi kursus ni kita akan dapat contact person orang yang arif jadi boleh berguru dengan mereka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s