Kilang sadin RM200,000 akan dibuka di Tapak Gerai UPD Bukit Manik
KANGAR: Kerajaan negeri akan menaik taraf projek ternakan keli yang dicadang untuk dibangunkan di Tapak Gerai UPD Bukit Manik di sini, termasuk menambah nilai projek itu dengan membangunkan perusahaan sardin keli dalam tin.
Malah, sebuah kilang bernilai RM200,000 juga dijangka dibina di tapak berkenaan sebaik projek ternakan keli diusahakan, sekali gus meletakkan sasaran Perlis sebagai pengeluar utama sardin keli di negara ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Sabry Ahmad, berkata Projek Sardin Keli adalah satu lagi inisiatif tambahan kerajaan negeri untuk meningkatkan pendapatan penduduk Perlis, khususnya warga Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang bakal diserap sebagai peserta.
Beliau berkata, buat masa sekarang segala peralatan termasuk mesin khas bernilai RM150,000 sudah ditempah melalui sebuah syarikat di Kuala Lumpur, bagi tujuan memproses keli yang diternak untuk dijadikan sardin.
“Malah, kerajaan negeri juga sudah mengemukakan cadangan kepada Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (Upen) untuk membina kilang dengan kos kira-kira RM200,000 di Tapak Gerai UPD terbabit bagi memudahkan urusan serta pemerosesan projek terbabit, yang akan diusahakan dengan kerjasama Koperasi Bela Rakyat (Kobera).
“Kita mahu Tapak Gerai UPD di Bukit Manik menjadi pusat operasi ternakan keli dan perusahaan sardin keli Perlis. Selain itu, kita juga akan turut menjalankan projek ternakan cacing di kawasan terbabit,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.
Kerajaan negeri akan mengusahakan Projek Ternakan Keli di 100 kolam berkapasiti tinggi di Bukit Manik yang akan menggunapakai teknologi gabungan tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand serta dijangka mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 500,000 ekor keli dalam tempoh dua bulan.
Penggunaan konsep gabungan itu dengan kos RM700,000 yang akan menarik penyertaan warga PPRT, dipilih kerana bukan saja mampu mengurangkan kos ladang, tetapi turut berupaya meningkatkan hasil pengeluaran ternakan, sekali gus menambah pendapatan para petani.
Sementara itu, Sabry berkata pihaknya yakin kaedah yang digunakan melalui ternakan gabungan ini berpotensi menghasilkan ikan keli segar serta bermutu tinggi untuk dipasarkan dan dijangka mampu menghasilkan 100 metrik tan ikan keli dengan purata 5 ekor untuk sekilo.
“Kita mahu melihat ekonomi negeri berkembang dan dengan usaha begini, diharap dapat menambah pendapatan warga Perlis terutama mereka yang tergolong sebagai warga PPRT, dalam sektor pertanian dan penternakan.
“Justeru, industri ternakan keli serta projek sardin keli ini dirangka dan dijangka mendapat sambutan hangat kerana beberapa faktor terutama kualitinya yang tinggi terutama tidak hanyir, disebabkan corak ternakan keli yang diberi makanan organik tanpa dicampur lebihan makanan lain,” katanya.
saya ada mengusahakan ternakkan keli di daerah pokok sena, alor setar. macam mana saya nak menjual ternakkan keli saya kepada syarikat di perlis? ni no hs saya 0125336045. sekian, terima kasih.
Saya ada membeli ikan keli, bagaimana
saya nak jual ikan keli saya di syarikat di
perlis. tel: 019-4137254
saya adalah salah seorang penternak ikan keli dalam kanvas dan kolam tanah..bagaimanakah saya hendak menjual hasil ternakan saya ini kepada syarikat yang beroperasi di perlis. saya penternak dari pendang kedah..tel: 019-4554486