Talib bangga teruskan tradisi keluarga

JASIN 26 Dis. – Sejak kerajaan memberikan penekanan terhadap sektor pertanian yang boleh menjadi bidang perniagaan, masyarakat semakin sedar kepentingan sektor ini yang terbukti dapat memberikan pulangan yang lumayan.

Ketika ini, tanpa mengira umur dan kaum, bidang pertanian semakin mendapat sambutan sama ada yang bermula dari awal ataupun beralih arah selepas kegagalan dalam bidang diceburi sebelumnya.

Bagi Talib Yusof, 50, pekerjaannya yang tidak tetap dengan melakukan kerja-kerja kampung sebelum ini mendorongnya beralih ke bidang yang diwarisi bapanya untuk menghasilkan gula Melaka sejak lebih 50 tahun lalu.

“Selain kerana mahukan perniagaan yang lebih menjamin, tujuan saya ialah untuk meneruskan kemahiran yang dimiliki bapa dan menurunkannya pula ke generasi pelapis yang berminat.

“Lagipun, saya bangga dapat mewarisinya daripada bapa yang menjadi pengusaha gula Melaka tunggal di sini daripada berpuluh-puluh pengusaha gula Melaka yang ada di sini sebelum ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Tembakau, Umbai di sini baru-baru ini.

Bercerita lebih lanjut, Talib berkata, perusahaan produk tradisional tersebut dimulakan arwah bapanya, Yusof Abdullah sejak sekitar tahun 1950-an.

“Masa itu, di kampung saya, memang ada lebih kurang 20 buah keluarga mengusahakan gula Melaka dan ia memang terkenal di kampung ini.

“Bagaimanapun, bilangan itu semakin berkurangan sehinggalah arwah bapa yang menjadi pengusaha terakhir di kampung meninggal dunia pada 1996 pada usia 85 tahun,” katanya.

Tambahnya, dia yang ketika itu berumur 30-an kemudiannya pernah beberapa kali cuba menceburi bidang lain termasuk bekerja makan gaji, tetapi tidak dapat bertahan lama kerana kegawatan ekonomi pada 1997.

Bermula dari situ, tambahnya, dia mula terfikir untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan bapanya menghasilkan gula Melaka menggunakan pengalaman yang ada selain peralatan peninggalan arwah bapanya yang masih elok.

“Selepas kira-kira dua tahun menjalankan perniagaan ini, saya merasakan ia mempunyai peluang cerah untuk dimajukan dan menambah baik penghasilannya melalui kursus-kursus yang dihadirinya.

“Kini saya bersyukur, kerana hasil gula Melaka keluaran syarikat saya, Malaga Food Industries, bukan sahaja berjaya dipasarkan dalam negara termasuk ke Sabah dan Sarawak tetapi juga berada di Singapura,” katanya.

8 thoughts on “Talib bangga teruskan tradisi keluarga

  1. as’kum
    Saya ingin menemuramah tuan mengenai peusahaan gula melaka yang dijalankan bagi menyiapkan projek akhir saya berkaitan perusahaan IKS di Melaka.

  2. aslmkm..sy berminat utk mengkaji dan melakukan pembaharuan terhadap produk gula melaka di dalam projek schoolwide enrichment module tak lama lgi..sy ingin mengetahui lebih lanjut lgi tentang produk tradisional ini drpda tuan..

  3. wangi betul gula melaka MALAGA. masa raya tu hari buat kuih dan dodol gula melaka. Dia orang makan HUHHHHHHH MENANGIS.

  4. gula melaka malaga memang best kata isteri saya. saya cuba pergi ke kilang di bukit tembakau nak buat order…. 2 minggu baru dapat sebab terlalu banyak permintaan hingga peniaga dari berunai pun ada permintaan. TAHNIAH KEPADA PENGUSAHA GULA MELAKA MALAGA terus kan dengan lebih giat lagi…AMIN,

  5. dari mana sumber artikel ini diambil?? saya ingin membuat kajian mengenainya…. kerana artikel ini sangat menarik. 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s