Teknik tingkat pengeluaran tebu
![]() |
PENYELIDIKAN terkini telah memperkenalkan teknik penanaman baru yang dapat meningkatkan pengeluaran hasil tebu.
|
SAINTIS dan ahli Perkhidmatan Kajian Pertanian (ARS) baru-baru ini memperkenalkan dua jenis penanaman tebu baru yang dijalankan khas di kawasan tanah pasir di Florida.
Penanaman baru, CP 00-1446 dan CP 00-2180 yang dibangunkan di kawasan Stesen Padang Tebu ARS di Canal Point, Florida itu merupakan sebahagian daripada usaha menggalakkan penanam tebu meningkatkan pengeluaran hasil yang ditanam di tanah pasir.
Teknik terbaru itu merupakan hasil kajian dan kerjasama yang dijalankan antara University Florida dan juga syarikat Florida Sugar Cane League, Inc.
Sepanjang proses percubaan, teknik penanaman tersebut berpotensi untuk menghasilkan kuantiti tebu dan gula yang banyak.
Dari segi pengeluaran gula, kedua-dua teknik berkenaan meningkatkan hasil sebanyak 32 peratus iaitu 15 peratus lebih tinggi dari pengeluaran komersial sebelum ini.
Penanaman tersebut juga membolehkan pengusaha tanaman tebu di Florida menjalankan penuaian hasil sebanyak tiga kali setahun di mana pengeluaran pertama akan menghasilkan tebu dengan kuantiti yang banyak, manakala bagi pengeluaran kedua dan ketiga pula hanya melibatkan pucuk.
Untuk penanaman CP 00-2180, ia akan menghasilkan kepelbagaian hasil tebu yang jarang dikomersialkan.
Sebenarnya, negeri Florida merupakan pengeluar terbesar gula di Amerika Syarikat kerana majoriti tebunya ditanam di tanah organik di sepanjang bahagian selatan dan timur Tasik Okeechobee di negara tersebut.
Secara keseluruhannya, hanya 20 peratus tanaman tebu di Florida di jalankan di atas tanah pasir.
Untuk memenuhi keperluan pengusaha tanaman itu, ramai penyelidik di Canal Point berusaha membangunkan kepelbagaian teknik penanaman yang dapat menghasilkan pelbagai jenis tebu dengan lebih banyak gula.
Sebagai agensi kajian saintifik untuk Bahagian Pertanian Amerika Syarikat, ARS turut menjalankan kajian benih tebu melalui penyelidikan di stesen berkenaan.
cara-cara penanaman tebu
saya nak buat tanaman tebu secara komersial..boleh jelaskan cara penanaman tebu??
di mana saya boleh memprolehi benih tebu dengan harga berpatutan?untuk komersial? terima kasih.
saya berminat utk menanam tebu dlm kuantiti yg banyak bagi menghasilkan gula utk memenuhi keperluan penduduk negara ini..tapi pengetahuan saya tentang tanaman ini masih kurang dan saya perlu menghadiri kursus bagi menjayakan niat saya ini..tetapi masalahnya tanaman tebu ini di bawah penyeliaan siapa? MARDI atau FAMA? Adakah tanaman ini utk petani atau peladang?