Jurutera pengusaha tanaman pisang nipah

Norazimah Abdullah terpaksa menjual kereta serta mengeluarkan wang simpanan bagi mengusahakan tanaman pisang di Kampung Gadong Lama, Labu, Negeri Sembilan.


SEREMBAN 6 Jan. – Demi menyahut seruan kerajaan supaya bidang pertanian dijadikan perniagaan, seorang jurutera di sebuah syarikat multinasional sanggup mengusahakan tanaman pisang nipah yang boleh dikomersialkan.

Norazimah Abdullah, 40, berkata, hasrat bagi menambah sumber pendapatan keluarga serta memenuhi permintaan pisang nipah tempatan telah mendorongnya dan suami, Abd. Rashid Abd. Razak, 41, untuk bergiat dalam penanaman pisang nipah secara kecil-kecilan sejak awal 2006.

Beliau mula tertarik dengan perusahaan tersebut ketika dihantar bekerja di Surabaya, Indonesia.

Menurutnya, semasa di sana, beliau mendapati tanaman pisang nipah memang mempunyai potensi untuk dikomersialkan.

Beliau terpaksa menjual kereta serta mengeluarkan wang simpanan bagi mengusahakan tanaman tersebut di Kampung Gadong Lama, Labu.

”Dengan modal RM20,000, kami membina pagar, membeli benih serta membersihkan tanah bagi memulakan perusahaan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di ladangnya baru-baru ini.

Hasilnya, kata Norazimah, dia kini mempunyai 5,000 batang pokok pisang nipah yang diusahakan di atas tanah seluas tujuh ekar milik beliau dan keluarganya.

Menurutnya, pisang nipah dijual kepada peniaga pisang goreng serta peniaga kecil-kecilan selain menjual jantung pisang kepada penjual sayur.

”Bagi satu kilogram (kg) pisang nipah, ia dijual pada harga RM1 dan 50 sen bagi setiap biji jantung pisang,” ujarnya.

Katanya, daripada segi penjagaan, tanaman pisang tidak begitu rumit.

Beliau hanya perlu memastikan pokok-pokok sentiasa dibaja dan diracun dari semasa ke semasa bagi mendapatkan hasil yang memberangsangkan.

”Racun disembur dalam masa tiga bulan sekali dan dibaja dua kali setahun,” katanya.

Tambah beliau, pelepah pisang dan jantung pisang perlu dicantas kerana ia mampu mempengaruhi faktor saiz dan hasil pisang.

”Sekiranya jantung pisang tidak dipotong, pisang yang dihasilkan pasti mempunyai saiz dan berat yang berkurangan berbanding biasa,” katanya.

Norazimah bercadang untuk membesarkan perusahaannya pada masa depan dengan harapan untuk mendapatkan tanah selain memasarkan tanaman tersebut di beberapa kawasan lain.

41 thoughts on “Jurutera pengusaha tanaman pisang nipah

  1. Syabas puan. Saya baru berhajat nak tanam pisang. Pisang apa yang ada market & tak susah nak jaga. Berapa jarak tanaman. Pakai baja apa. Perlu ke racun serangga atau perosak?

  2. jarak tanaman 8kaki..pkai baja 12:12:17:2 n NPK 15:15:15,,selalu sblm tanam benih pisang,benih harusla dirawat terlebih dahulu..

  3. Puan saya mempunyai beberapa ekar tanah yang memang telah dirancang untuk ditanam dengan pisang (rancangan saya – 3 ekar sebagai tanaman selingan dengan kelapa sawit, sementara seekar memang khusus untuk pisang). Masalah saya adalah kesukaran untuk mendapatkan benih pisang sekarang ini, terutamanya pisang nipah. Boleh saya dapatkan pandangan puan?

  4. Saya bangga dgn kesungguhan yg pasti membawa hasil. Pisang adalah tanaman lumayan yg mudah dijaga asalkan membaja. Saya menanam lebih 12 ekar. Bekalan benih pisang nipah,nangka dan tanduk ada bagi yg berminat. 019-5512265. Bagan Datoh. Perak

  5. salam…puan !boleh saya dapatkan no hp puan …untuk mendapatkan maklumat mengenai penanaman pisang!saya pun orang labu!

  6. boleh saya tahu harga anak benih pisang nipah sebatang berapa…….
    jarak tanaman pisang nipah ??????
    jenis baja yg d gunakan ?????
    saya ingin menanam pisang nipah di tanah kampung setakat ini saya telah membersihkan tanah tersebut dan mengorek kolam untuk supply air.
    saya memerlukan lebih kurang 700 benih pisang nipah bertempat di beranang selangor.
    sila hubungi saya di 019 2052006.

  7. Terima kasih saudara – usahawan berjaya
    Saya baru berniaga di SENAI JOHOR – saya mencari bekalan pisang nipah anggaran 1 tan seminggu buat permulaan.
    Berapa harga pisang nipah ?

    Boleh hubungi saya 012 7005004 – shukor

  8. Askm ,

    Boleh dapatkan no. tel Puan Norhazimah sebab saya perlukan bekalan benih pisang nipah dengan segera . TQ .
    013-7829446 ( Johor )

  9. Saya ada berniaga goreng pisang kat JB. Macam mana nak hubungi puan untuk dapatkan bekalan pisang nipah ?
    Zaleha johor.

  10. puan,

    kami berminat untk membeli jantung pisang, sila berikan alamat penuh kebun puan dan nombor telephone bagi memudahkan kami untk pergi kesana.

  11. salam puan ,
    saya amat berminat dengan tanaman pisang ni, mcm mana say anak hubungi puan untuk mendapat kan sedikit tunjuk ajar,

  12. puan saya berminat untuk menanam pokok pisang nipah dan pisang berangan. Berapa batang pisang anggaran bagi satu ekar kebun. Berapa harga anak pisang sebatang. mcmana pasaran pisang skrg.

  13. Salam puan. puan adakah menjual anak pisang nipah. brapa harga sebatang benih pisang nipah.
    drp. aziz majid 019-626 5577

  14. Saya dah email dua kali tapi tak ada jawapan dari puan. masihkan puan berurusan menjual benih pisang nipah.

  15. Salam Puan, saya berminat dengan penanaman pisang nipah dan baru memulakannya. Saya bercadang untuk meluaskan lagi tanaman hingga 10 ekar. Masalah saya mungkin dari segi pasaran dan anak benih. Boleh puan beri sedikit panduan. Saya baru2 ini ada terdengar pisang nipah dibekukan untuk dijadikan satu produk lain selain kerepek, pisang goreng dsbnya. Jika puan tahu apa lagi yang boleh dibuat dengan pisang nipah mungkin dapat membantu dari segi pasaran.

  16. Kami membekalkan anak pokok pisang kultur tisu , antaranya :-
    -pisang berangan
    -pisang mas
    -pisang abu nipah
    -pisang tanduk
    -pokok misai kucing
    -pokok cili besar

    Lokasi : Jln Kolam Air,Sungai Petani Kedah
    Harga : Boleh dirunding

    Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi : 013-630 1493 (Hisham) /019-511 2446 (Azwin)

  17. Asalamkum,boleh x dapatkan benih pisang untuk saya dan berapa harga satu benih atau boleh menalipone saya no.0192767700 khairuddin

  18. Saya berniaga di beranang selangor. Mencari pisang nipah untuk goreng. Boleh hubungi saya segera 01156302399. Nak bertanya harga. Dan size pisang nipah..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s