![]() SHAFIK (kanan) dibantu kakitangan PPK Kuala Penor, mengambil ikan yang ditangkap. |
KUANTAN: Kawasan Zon Industri Akuakultur (ZIA) seluas 30 hektar di Kampung Kuala Penor, dekat sini akan ditawarkan kepada belia yang berminat untuk menjadi usahawan tani dalam sektor perikanan air payau.
Kawasan berkenaan milik Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuantan, yang sebelum ini dijadikan kolam ternakan udang harimau, akan dibuka sebahagiannya kepada belia daerah ini yang berminat menternak ikan.
Ia dijangka mampu disertai 40 usahawan akuakultur untuk memanfaatkan 10 kolam milik PKK Kuantan itu dengan ternakan ikan siakap yang mendapat permintaan tinggi serta pulangan lebih menguntungkan berbanding ternakan udang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Inderapura, Datuk Shafik Fauzan Sharif, berkata peluang berkenaan wajar dimanfaatkan belia kerana produk akuakultur mampu menjana keuntungan dalam masa singkat.
“Pasaran ikan siakap amat luas termasuk hingga ke negara jiran yang mana kos bagi satu kilogram ikan siakap hanya RM9 tetapi mampu dipasarkan hingga RM12 hingga RM20 sekilogram.
“Ia matang dalam tempoh enam bulan selepas anak benih terbaik yang diimport dari Singapura, dilepaskan ke kolam air payau PPK Kuantan melalui sistem pengairan nyahbau untuk mengelakkan hanyir.
“Justeru, produk ikan siakap yang dihasilkan oleh penternak di kawasan ZIA Kuala Penor ini mempunyai piawaian antarabangsa dan mampu memenuhi pasaran luar negara sama ada dalam bentuk ikan segar atau produk lain,” katanya.
Shafik menjelaskan perkara itu selepas bersama 20 peserta PPK Kuala Penor menjala ikan di kolam berkenaan pagi kelmarin seterusnya meninjau perkembangan produktiviti kolam ternakan itu.
Selain menghasilkan ikan siakap segar untuk dipasarkan, kolam berkenaan turut menjalankan proses pembenihan baka ikan siakap untuk keperluan penternak tempatan, khususnya di Pantai Timur.
Benih ikan siakap diperoleh dari Singapura dengan harga RM1,500 untuk satu juta telur dan kemudian ditetas di kolam PPK Kuala Penor sebelum dipasarkan pada harga RM1.20 seekor anak ikan berusia dua bulan.
Shafik berkata, potensi besar industri berkenaan memerlukan setiap peserta terlebih dulu diberi latihan dan pendedahan sebelum memulakan penternakan dengan pembiayaan modal yang bakal diberikan.
“Bagi satu kolam ikan siakap, modal yang dianggarkan adalah RM40,000 meliputi kos benih, makanan dan penyelenggaraan sehingga tempoh matang dan modal ini boleh dikongsi bersama empat usahawan untuk satu kolam,” katanya.
Assalam tuan. Ada tel no, lebih mudah utk saya mmudahkan sy membuat pertanyaan. Sy ada kolam utk diusahakan di johor. Adakah pihak tuan mnyediakan kursus mentenak ikan sikap dan brapakah harga kusus yg dikenakan
Benih ikan SIAKAP utk DIJUAL…
2.5 inci +- 85-90 sen
3 inci 95-RM1
3.5 inci +- RM1.10- RM1.15
Hrga tmasuk pghntrn n bdsarkn kuantiti… 019 5144239
Pusat . Kg fikri, SETIU, TGANU