Mahen 'tawan' lintah

BENIH lintah yang akan dijual kepada pembeli yang diusahakan Mahekhamay Agrotech Farms Jalan Kuala Pilah, Seremban.


SEREMBAN 22 Dis. – Apabila sebut lintah, ramai yang geli dan tidak kurang pula yang menutup telinga kerana tidak mahu mendengar kisah ‘si penyedut darah’ ini.

Tetapi jika kita terus bersembang dan bercerita mengenai lintah, ia akan membuatkan anda merasa terpukau, terpegun dan tidak kurang juga yang balik ke rumah memikirkan cara untuk melabur dalam sektor pertanian melalui penternakan lintah.

Inilah yang dibuktikan seorang pemuda apabila menjadikan usaha menternak lintah sebagai pendapatan lumayan selepas menyedari ia cukup berpotensi untuk pasaran domestik dan antarabangsa.

Mahekhamay Agrotech Farms (MKAF), syarikat yang membekalkan dan menjalankan perniagaan lintah, kini terus mendapat permintaan di dalam dan luar negara.

Menurut pengusahanya, M. Mahen, perniagaan berasaskan lintah ini mula diceburi sejak dua tahun lalu dan setakat ini syarikatnya memiliki 3,000 tangki lintah untuk dibekalkan kepada penternak di seluruh negara.

Tambahnya, walaupun ada sesetengah individu yang berasa geli dengan haiwan ini apatah lagi untuk menternaknya, namun di negara barat bidang ini sudah lama diterokai.

Ini kerana pengamal perubatan moden menggunakan air liur lintah yang dipanggil hirudin untuk rawatan pembedahan dan kosmetik.

”Saya rasa penglibatan saya dalam industri penternakan lintah ini amat berbaloi selain mendapat pasaran yang begitu meluas.

”Setakat ini pasaran lintah berjaya menembusi Singapura dan permintaan menggalakkan berikutan setiap bulan kira-kira 4.5 juta ekor lintah dieksport ke negara itu.

”Jadi apabila ternakan ini dibuat secara serius di negara ini, ia nyata memberi pulangan pendapatan yang baik ditambah pula faktor cuaca di negara yang sesuai,” katanya.

Mahen memberitahu, ternakan secara berskala kecil melibatkan modal sekitar RM5,230 bagi satu tangki poli bersaiz 2.5 kaki x 3.5 kaki yang menempatkan 2,000 ekor lintah.

”Biasanya proses dari pembesaran lintah sebelum ia sesuai dijual memakan masa enam bulan dan saiznya sekitar tiga hingga empat inci.

” Selepas tempoh itu, hasil pendapatan yang bakal diterima oleh penternak pula dianggarkan RM15,000,” katanya.

Mahen turut menjelaskan, lintah tidak memerlukan penjagaan khusus kerana ia hanya perlu diberi makan darah ikan keli atau belut seminggu sekali selain memastikan sistem cahaya dan pengudaraan cukup.

”Ia mudah kerana tidak perlu kerap tukar air dan ia boleh membiak dari semasa ke semasa. Kerjanya mudah kerana perlu bagi lintah makan seminggu sekali,” ujarnya.

Mahen memberitahu, pihaknya juga turut memberi taklimat dan lawatan tapak secara percuma kepada mereka yang berminat untuk menjadi penternak.

Selain dari itu, pihaknya turut menyediakan pakej kepada mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan berskala kecil dan besar.

”Untuk skala kecil, mereka boleh menggunakan satu atau dua tangki dan jaga dibelakang rumah atau laman sendiri.

”Bagi mereka yang mahu berskala besar lebih daripada 50 tangki, MKAF juga menyedia bantuan teknikal untuk tangki-tangki tersebut,” katanya.

Jelas Mahen, pengusaha juga tidak perlu bimbang mengenai bagaimana untuk memasarkan lintah apabila cukup tempoh kerana MKAF sendiri boleh membantu.

”Syarikat itu akan membeli semula lintah-lintah yang diternak oleh mereka,” katanya.

23 thoughts on “Mahen 'tawan' lintah

  1. Saya ingin bertanya, berapa harga sekilo lintah yang pihak syarikat beli.
    Pihak MKAF ada mengunakan makanan tambahan seperti baja lintah dan lainnya.
    Info tuan amat saya hargai.
    Saya ingin membeli lintah dalam jumlah 500 ekor induk,berapa harganya.

      • SAYA INGIN MENCARI PASARAN UTK LINTAH KERING,
        SEKIRANYA ANDA ADA PASARAN BOLEH DAPATKAN
        DARI SAYA RM270.00/KILO.

  2. ADAKAH JAMINAN YANG ANDA BERI IAITU MKAF AKAN MEMBELI BALIK LINTAH TERSEBUT SELEPAS 6 BULAN 100% BETUL?
    BAGAIMANA ANDA BOLEH MENYATAKAN 2000 LINTAH MEMBIAK SEHINGGA 70,000 DALAM MASA 6 BULAN?
    BAGAIMANA ANDA MEMBELI LINTAH TERSEBUT DENGAN KAMI, ADAKAH IANYA MENGIKUT TIMBANGAN ATAU MENGIKUT HARGA SEBATANG LINTAH?
    MENGIKUT PERNYATAAN ANDA IAITU ‘DALAM TEMPOH 14 BULAN LINTAH TERSEBUT MEMBIAK SEHINGGA 2,625,000 BAHAGI 2 = 1,312,500’ .PADA MASA TERSEBUT BAGAIMANA ANDA AKAN MEMBELI LINTAH TERSEBUT, ADAKAH IAINYA MENGIKUT TIMBANGAN ATAU HARGA PER LINTAH?

  3. berapakah harga bila lintah dijual dan agreement ataupun perjanjian diberikan untuk membeli balik lintah tersebut.

  4. ingin tahu alamat lengkap dan no tel company ini.kami berminat utk mengusahakan ternakan lintah dan inginkan maklumat lanjut tentang kursus,penjagaan dan pembelian semula ternakan oleh company encik.di harap dapat membantu

  5. ADAKAH JAMINAN YANG ANDA BERI IAITU MKAF AKAN MEMBELI BALIK LINTAH TERSEBUT SELEPAS 6 BULAN 100% BETUL?
    BAGAIMANA ANDA BOLEH MENYATAKAN 2000 LINTAH MEMBIAK SEHINGGA 70,000 DALAM MASA 6 BULAN?
    BAGAIMANA ANDA MEMBELI LINTAH TERSEBUT DENGAN KAMI, ADAKAH IANYA MENGIKUT TIMBANGAN ATAU MENGIKUT HARGA SEBATANG LINTAH?
    MENGIKUT PERNYATAAN ANDA IAITU ‘DALAM TEMPOH 14 BULAN LINTAH TERSEBUT MEMBIAK SEHINGGA 2,625,000 BAHAGI 2 = 1,312,500′ .PADA MASA TERSEBUT BAGAIMANA ANDA AKAN MEMBELI LINTAH TERSEBUT, ADAKAH IAINYA MENGIKUT TIMBANGAN ATAU HARGA PER LINTAH?

  6. berapakah harga bila lintah dijual dan agreement ataupun perjanjian diberikan untuk membeli balik lintah tersebut dan alamat lengkap dan no tel company ini.kami berminat utk berurusan ternakan lintah dan inginkan maklumat lanjut tentang pembelian semula ternakan oleh company (MKAF).di (MKAF)harap dapat membantu

  7. kepada sesiapa yang ingin menjadi usahawan lintah sila email kan atau hubungi saya. kini pihak kami ada menawarkan pakej ternak lintah secara “CONTRACT FARMING”.tak perlu jaga sendiri. pendapatan terjamin tanpa risiko dan kos makanan. tempat sedia ada. terima kasih.

Tinggalkan Jawapan kepada €alextplant Batal balasan