Rintis 'nugget' cendawan

Rosmaizan Che Abdullah menunjukkan nugget cendawan yang diproses di rumahnya di Kampung Atas Pinggir, Pasir Mas, baru-baru ini.

PASIR MAS 15 Dis. – Suasana di tempat kerja yang tidak menggembirakan mendorong Rosmaizan Che Abdullah, 28, pulang ke kampung dan bertekad untuk berdikari. Bekas juruteknik di sebuah kilang di Selangor itu berharap dapat mengikut jejak langkah dua kakak dan seorang adiknya untuk menjadi peniaga atau usahawan biarpun masih belum pasti apa yang perlu diteroka.

Selepas tertarik dengan rasa cendawan goreng yang dijamahnya, dia mula merasakan ia boleh dijadikan perusahaan jika dilakukan secara bersungguh-sungguh.

Ini termasuk menambah keenakan dan mempelbagaikan rasanya dan juga pendekatan kreatif untuk memasarkannya.

”Saya memohon untuk menyertai kursus penanaman dan penyediaan pelbagai resipi daripada tumbuhan itu di bawah kendalian Jabatan Pertanian Negeri Kelantan di Lundang selama tiga hari pada Jun lalu,” ujarnya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Atas Pinggir, di sini, baru-baru ini.

Katanya, sebaik sahaja selesai kursus berkenaan, dia memanfaatkan pengetahuan dengan cuba memproses cendawan termasuk sebagai masakan paprik, rojak, sup, jemput-jemput dan sos cendawan sambil mengajak rakan-rakan mencuba.

”Saya mendapati cendawan bersalut lebih menjadi kegemaran ramai dan memulakannya dengan hanya bermodal RM20 untuk membeli cendawan kelabu dan tepung dengan memasarkan secara kecil-kecilan bagi mempromosikannya,” ujarnya.

Percubaan itu katanya, tidak sia-sia kerana kini cendawan itu yang banyak diusahakan oleh penduduk setempat dikatakan turut mempunyai banyak khasiat sudah mula digemari ramai.

”Melalui promosi yang dilakukan di ekspo-ekspo perdagangan di negeri ini, saya melihat ia mempunyai potensi besar, apatah lagi belum ada yang mengusahakannya setakat ini,” katanya.

Justeru katanya, sejak diperkenalkan dengan jualan hanya 20 paket tiga bulan lalu, kini meningkat kepada lebih 100 paket yang diproses dari enam kilogram cendawan setiap hari.

Cendawan itu katanya, diproses secara segar, dikukus kemudian disalut dengan adunan tepung berperisa lada sulah, lada hitam dan kari yang dijual RM3 bagi setiap peket seberat 160 gram.

Mereka yang membeli, boleh menyimpan agak lama seperti produk dingin beku lainnya dan pengguna hanya perlu menggoreng dan seterusnya mencicahnya dengan sos yang juga berperisa cendawan.

Menurutnya, dia sedang merancang untuk mengembangkannya termasuk menanam cendawan sendiri apabila sambutan daripada orang ramai meningkat sehingga 500 paket setiap hari di samping mengekarkan produknya di semua pasar raya di dalam dan luar Kelantan.

Rintis ‘nugget’ cendawan

Kuih tradisional peneram dapat permintaan tinggi

BAGAN SERAI 16 Dis. – Permintaan terhadap kuih tradisional di negara ini meningkat dari semasa ke semasa menyebabkan seorang suri rumah, Nor Hashimah Jelani, 45, meneruskan perusahaan itu.

Ini kerana kuih tradisional seperti kuih peneram dan karipap mini menjadi pilihan sebagai juadah istimewa penggemar kuih tersebut.

Kedua-dua kuih itu merupakan hidangan warisan masyarakat Melayu yang tidak dilupakan sejak turun temurun.

Pengusaha kuih Peneram Asli Enterprise yang beroperasi di No. 98, Batu 10 3/4 Jalan Taiping-Bagan Serai itu menjual lebih 19,875 kilogram kuih peneram dan karipap mini setahun.

Nor Hashimah berkata, permintaan terhadap kuih tersebut kian meningkat setiap tahun.

“Saya memulakan perniagaan membuat kuih peneram sejak 1993 setelah arwah ibu, Siti Amri, meninggal tiga tahun lalu.

“Ibu saya memulakan perniagaan ini sejak saya di sekolah rendah sebagai usaha untuk membantu menampung persekolahan anak-anaknya dengan menjual kuih peneram di sekitar Bagan Serai.

“Setelah ibu meninggal, saya mewarisi perniagaan itu kerana kuih tradisional ini masih popular dan ada permintaan dari semasa ke semasa di pasaran,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Nor Hashimah berkata, beliau terpaksa bekerja keras untuk memenuhi permintaan pelanggan yang berminat terhadap kuih itu.

“Setakat ini, kuih peneram dan karipap mini berintikan ikan bilis di pasarkan di beberapa pasar raya di negara ini,” katanya.

Beliau berkata, kuih peneram yang dihasilkan menggunakan bahan seperti tepung beras, guila merah, gula putih, air dan minyak kelapa sawit.

Katanya, karipap mini pula menggunakan bahan seperti tepung, ikan bilis, minyak masak, majerin, garam dan gula.

“Kuih peneram dan karipap mini disukai ramai kerana ia sedap di makan,” katanya yang mempunyai 10 pekerja sambilan di kalangan ibu tunggal.

Nor Hashimah yang juga ibu kepada enam anak itu berkata, kuih peneram dijual dengan harga RM10 bagi 100 biji dan karipap mini RM5 dengan berat 400 gram.

Tambah beliau, kuih paneram boleh disimpan selama setahun manakala karipap mini boleh tahan sebulan jika ia dipaketkan dengan baik.

Nor Hashimah juga mengikuti kursus anjuran Jabatan Pertanian Malaysia pada 1996.

Beliau pernah meraih tempat ketiga dalam pertandingan kuih peneram pada 1999, johan pertandingan Program Satu Daerah Satu Industri Perak, johan pertandingan hasil-hasil pertanian kategori karipap mini Perak pada 2006 dan 2007.

Sehubungan itu, beliau juga bercadang untuk membeli beberapa mesin dan membesarkan bengkelnya di belakang rumahnya untuk membolehkan pengeluaran di tingkatkan tidak lama lagi.

“Saya harap ia dapat membantu meningkatkan pendapatan saya bagi membiayai persekolahan anak-anak saya yang sedang belajar,” katanya.

Sesiapa yang berminat untuk menempah kuih tradisional peneram dan karipap mini boleh menghubunginya di telefon 05-7210362.