Melaka wajibkan teknologi EM Januari depan

MELAKA 7 Dis. – Berkuat kuasa Januari depan, semua pengusaha ladang ternakan di Melaka akan diwajibkan menggunakan teknologi mikro-organisme berkesan (EM) bagi mengatasi masalah pencemaran bau hasil kegiatan ternakan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian, Datuk Hidhir Abu Hassan berkata, penggunaan teknologi itu juga merupakan langkah terbaik bagi mengatasi masalah pembiakan lalat, yang biasanya dikaitkan dengan sisa najis ternakan.

Dengan langkah penguatkuasaan itu, Melaka menjadi negeri kedua mewajibkan penggunaan teknologi EM setelah kerajaan Johor yang merupakan pengeluar terbesar ayam di Malaysia (30 peratus) mewajibkannya sejak tahun 2005.

“Saya amat yakin, melalui teknologi EM ini, masalah berkaitan pencemaran bau busuk di ladang ternakan dan kawasan sekitarnya akan dapat diatasi sepenuhnya.

“Teknologi ini juga perlu diamalkan dalam semua peringkat operasi ladang ternakan seperti melalui pemberian dalam makanan dan minuman kepada haiwan, merawat air kumbahan atau mencuci kawasan kandang atau reban ternakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan anak ayam kepada penternak terpilih di Pusat Latihan Ternakan, Ayer Keroh di sini kelmarin.

Tambah beliau, dengan menggunakan teknologi EM itu, penternak boleh memperoleh baja kompos secara terus tanpa perlu najis haiwan itu melalui proses lain sebelum dijadikan baja.

“Ia secara tidak langsung memudahkan urusan penternak daripada memikirkan cara melupuskan najis tersebut, sebaliknya boleh terus diletakkan ke pokok untuk dijadikan baja,” katanya.

Tambahnya, teknologi itu juga memberi kesan yang baik dalam semua aktiviti pertanian, projek perikanan, pengendalian pelupusan sampah dan sisa pepejal serta merawat sungai yang tercemar.

Secara ringkas, teknologi EM ialah merupakan kaedah menggunakan sejenis mikro-organisma yang ‘baik’ yang bertindak menguraikan bau gas ammonia yang terhasil kepada sejenis gas yang tidak berbau.

Mengenai sekiranya terdapat segelintir penternak yang enggan menggunakan teknologi EM, Hidhir berkata, lesen perniagaan dan penternakan mereka tidak akan diperbaharui pihak berkuasa tempatan.

“Sebenarnya, kita memandang serius penggunaan baja teknologi ini sebab itu kenakan tindakan demikian kepada penternak yang enggan bekerjasama.

“Mereka perlu ingat, Melaka merupakan sebuah negeri pelancongan dan kita harus memberi contoh yang baik kepada pengunjung luar supaya Melaka selesa didiami, bebas daripada segala pencemaran terutamanya bau busuk,” katanya.

2 thoughts on “Melaka wajibkan teknologi EM Januari depan

  1. Akum Tuan,
    Saya banyak mengikuti banyak yang tuan hasilkan melalui mana2 tulisan berkaitan dengan asas ternakan yg mengunapakai kaedah em. (Sifu Malaysia)

    Soalan saya, apakah em ini mampu merawat air yang mengalir seperti parit dan sungai. Saya perlukan maklumat dan jika boleh apakah cara cara saya untuk melanggan produk tuan.

    Dan keduanya, dengan jumlah air yang mengalir apakah jumlah dan kuantiti yang saya perlu adakan.

    Terima kasih, harap saya beroleh jawapan secepat mungkin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s