PONTIAN: Penghasilan tempe, makanan tradisional orang Jawa yang diproses daripada kacang soya kini tidak lagi hanya dimonopoli golongan tua tetapi kini turut diceburi pengusaha muda.
Pengusaha tempe, Mohd Ali Yaman, 36, adalah pengusaha generasi muda yang berjaya meneroka bidang pembuatan tempe sejak tujuh tahun lalu.
Beliau yang menjalankan perusahaan tempe di Taman Mutiara, di sini berkata, dengan dorongan ibu bapa dan isteri, beliau berjaya memajukan perusahaannya dalam masa yang singkat dengan berupaya memasarkan kira-kira 2,000 bungkus tempe sehari di kedai dan pasar berdekatan.
“Saya bersyukur dengan berkat membuat tempe, saya mampu memperolehi pendapatan bersih kira-kira RM2,000 sebulan.
“Sambutan amat menggalakkan dan kami akan tetap memastikan mutu barangan kami sentiasa terjamin,” katanya di sini, baru-baru ini.
Mohd Ali berkata, permintaan tempenya meningkat pada sepanjang Syawal dan setiap kali musim perayaan.
Beliau berkata, selain itu, tempe keluaran syarikatnya mengekalkan keaslian rasa tempe kerana ia dihasilkan secara tradisional dengan menggunakan dapur kayu untuk merebus kacang soya.
blh saya dapatkan number talefon pengusaha tempe ini? saya pelajar UNISEL dan nak menebual beliau utk kajian mengenai tempe perusahaan beliau.