Pati pokok kaduk boleh cegah gemuk

GEORGETOWN: Seorang penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menghasilkan pil mencegah kegemukan menggunakan pati pokok kaduk yang tumbuh meliar di hutan.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Farmasi USM, Prof Dr Zhari Ismail, berkata pil yang diberi nama ‘nobesiti’ itu mampu menghalang pembuluh darah merebak ke seluruh tisu badan bersama lemak makanan.

“Semua lemak yang terkumpul mampu dihalang dengan pengambilan pil ini kerana bahan aktif dalam pati kaduk, iaitu daripada daun, batang, buah dan akarnya mempunyai khasiat tersendiri,” katanya pada sidang media di USM di sini, semalam.

Beliau berkata, kajian yang dilakukan sejak 2005 mendapati pengambilan pati pokok kaduk boleh menyekat lemak dalam badan.

“Pil itu digunakan sebagai penghalang kepada pembentukan pembuluh darah baru yang menjadi punca utama obesiti,” katanya.

Prof Dr Zhari berkata, berbeza produk lain, nobesiti bertujuan menghalang punca utama kegemukan iaitu pembentukan sel lemak dalam badan.

Dengan pemakanan yang teratur, mereka yang mempunyai masalah obesiti mampu mengurangkan berat badan dengan cara semula jadi tanpa sebarang kesan sampingan.

“Berdasarkan ujian klinikal, nobesiti tidak memberi sebarang kesan sampingan kepada mana-mana bahagian badan.

“Kita akan pastikan semua bahan aktif di pati pokok kaduk dimasukkan ke dalam setiap pil yang disediakan supaya ia berkesan,” katanya.

One thought on “Pati pokok kaduk boleh cegah gemuk

  1. salam….
    saya dri mrsm pendang amat berminat dgn kajian ini jadi saya ingin emndapatkan lebih maklumat tentang kajian ini
    dan saya berahrap kesemua maklumat itu dapat di emelkan kepada asaya paling lewat 22 januari 2009
    kerjasama amat dihargai 1000%

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s