Kursus industri asas tani!! Mohon sekarang..

Bagi melahirkan lebih ramai usahawan dalam bidang pertanian, Jabatan Pertanian telah memperkenalakn Kursus Keusahawanan Kemahiran Pemprosesan Makanan sejak tahun 2002.

Ini bertujuan melahirkan usahawan muda yang berminat menceburkan diri secara serius dalam perniagaan asas tani seperti makanan sejuk beku, bakeri, produk berasaskan kelapa dan buah-buahan.

Kursus berkenaan dijalankan secara hands-on bagi memastikan peserta mendapat pengetahuan dan mahir dari segi teknikal pengeluaran produk yang bermutu, komersial dan menepati standard GMP (Amalan Pengilangan Yang Baik).

Semasa kursus, peserta juga akan didedahkan dengan kaedah menjalankan perniagaan secara profesional meliputi aspek keusahawanan, pengurusan kewangan, pengurusan pemasaran dan penyediaan Rancangan Perniagaan.

Selepas tamat kursus peserta akan menjalani program bimbingan di premis usahawan berjaya di bawah bimbingan Jabatan Pertanian.

Pengambilan peserta dibuat setahun sekali dengan jangka masa kursus selama enam bulan bermula pada 10 Februari hingga 7 Ogos 2009.

Peserta yang terpilih perlu tinggal di tempat yang disediakan sepanjang tempoh kursus dan peserta akan diberikan elaun kursus.

Peserta yang berminat perlu memenuhi syarat yang ditetapkan seperti warganegara Malaysia, berumur antara 20 hingga 40 tahun, jantina lelaki dan perempuan.

Berkelulusan sekurang-kurangnya SPM/SPMV, tinggal di asrama sepanjang tempoh kursus, sihat tubuh badan dan berminat untuk meneruskan projek selepas tamat kursus.

Mereka yang berminat mengikuti kursus boleh mendapatkan borang permohonan melalui:

Bahagian Pengembangan, Perundingan, Pelaburan dan Industri Asas Tani

Jabatan Pertanian
Wisma Tani, Aras 8, No. 30, Persiaran Perdana
Presint 4
62624 Putrajaya.
Tel: 88703553/3544 (Aiza Hayati Md. Noh, Rafidah Ibrahim atau Zaharina Hassan).
Mereka juga boleh menghubungi Jabatan Pertanian Negeri atau Pejabat Pertanian Daerah berhampiran atau melalui laman web www.doa.gov.my.

Permohonan akan ditutup pada 30 Oktober 2008.

One thought on “Kursus industri asas tani!! Mohon sekarang..

  1. saya berminat untuk mengikuti kursus kemahiran pemprosesan makanan… tetapi saya tidak tahu bagaimana cara untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pakej kursus tersebut? dan bagaimana kadar bayarannya…harap pihak tuan dapat memberi sedikit maklumat lanjut berkaitan kursus tersebut

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s