Memanfaatkan khasiat pohon Neem (pokok semambu, Laksamana)

KEMAJUAN sains dan teknologi kini membuka ruang seluas-luasnya dalam penghasilan pelbagai produk kesihatan dan kecantikan berasaskan bahan-bahan semula jadi khususnya penggunaan herba dan ramuan tradisional yang sememangnya terkenal dengan khasiatnya yang luar biasa.

Tidak ketinggalan, jenama produk kecantikan dan kesihatan terkenal, Himalaya Herbal Healthcare turut menawarkan alternatif baru dalam rawatan penjagaan kulit dengan pelancaran semula rangkaian produk Acne Neem yang dirumus menggunakan seratus peratus Herba Aktif iaitu daripada pohon Neem.

Pohon Neem lebih dikenali dengan panggilan pokok semambu, Laksamana atau nama saintifiknya Azadirachta indica merupakan pohon yang kaya dengan unsur-unsur semula jadi yang digunakan dalam perubatan Ayurveda sejak lebih 2,000 tahun lamanya. Rupanya unik dengan tepi daunnya bergerigi jelas dan agak tajam. Di bahagian atas daun kelihatan jalinan uratnya yang lebih jelas dengan berwarna sedikit kekuningan. Ia juga mempunyai buah serta bunga yang berbau harum dan boleh ditemui di tepi-tepi jalan.

Bagaimanapun, di India pokok ajaib ini ditanam dan dikomersialkan serta dibuat penyelidikan bagi mengekalkan keasliannya. Bermula daripada akar, ranting, daun, bunga, buah dan bijinya mempunyai khasiat dan keistimewaan yang pelbagai. Ia telah digunakan secara tradisional untuk merawat keradangan, jangkitan, demam, penyakit kulit dan masalah gigi sejak dahulu lagi. Malah, daun mambu yang bersifat antiserangga juga boleh digunakan untuk mengelak serangan serangga pada tanaman.

Hasil kajian oleh Himalaya Drug Company di India membuktikan daun Neem dan elemen-elemennya memiliki unsur-unsur anti radang, anti bakteria, anti oksida dan anti karsinogenik. Unsur-unsur ini amat mujarab untuk membantu mengatasi masalah kulit seperti jerawat dan berkesan untuk menghindarkan kerosakan kulit yang disebabkan oleh radikal bebas.

Ketua Perkhidmatan Perubatan & Percubaan Klinikal, Pusat Penyelidikan & Pembangunan, The Himalaya Drug Company di India, Dr. Pralhad S Patki berkata, Neem disyorkan untuk merawat masalah kulit. Unsur-unsurnya yang antibakteria sangat berkesan untuk melawan kebanyakan masalah epidermis seterusnya memelihara kesihatan kulit.

Justeru, rangkaian produk Acne Herba Neem dari Himalaya yang terdiri daripada pembersih Neem Foaming Face dengan Neem dan Kunyit, Neem Face Pack dengan Neem dan kunyit, krim A-N-P mengandungi nimbidin, iaitu salah satu unsur aktif Azadirachta indica yang membantu melegakan keradangan.

Manakala untuk pembersihan dalam tubuh, Neem yang ditampilkan berbentuk kapsul, Neem Capsules dipercayai mempunyai unsur antibakteria, antikulat dan dapat mengurangkan toksin dalam darah sangat ideal untuk mengubati kulit yang berjerawat dan alahan. Produk berkenaan dipasarkan oleh Embun Elit Sdn. Bhd. dan boleh didapati di pasaran dengan lingkungan harga RM21.90 hingga RM39.90.

Di samping itu, jenama yang terkenal dengan produk berteraskan herba ini turut melancarkan kempen amal ‘Neem Tree For Charity’ yang bertemakan Pohon Ajaib Neem. Kempen ini akan dianjurkan di kedai-kedai Himalaya terpilih di Mid Valley, 1 Utama dan Suria KLCC. Pelanggan berpeluang untuk membawa pulang pohon Neem pada harga minimum RM10 dengan sebarang pembelian produk Neem dari Himalaya. Kempen ini akan bermula dari 13 Mac lalu hingga 13 April ini dan semua kutipan jualan akan disalurkan kepada Shelter One Charity

One thought on “Memanfaatkan khasiat pohon Neem (pokok semambu, Laksamana)

  1. Jika neem ini dibuat kapsul, bolehkah ia dimKn terus menerus selama 2minggu?.
    hal ini berikutan fakta yang mengatakan ia hanya boleh dimakan selang seminggu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s