BAJA ORGANIK PIRAB JUMBO
Baja Organik Pirab Jumbo adalah baja pelbagai guna kerana ia adalah baja Membaikpulih Struktur Tanah serta mampu menambah hasil tanaman dan menjadikan hasil tanaman lebih berkualiti. Ia amat sesuai untuk akar tanaman, batang tanaman serta daun dan buah tanaman. Mengandungi N 6%, P 4%, K 2%, GA 0.2%, HA 5%, om 35%.
Produk Baja Pirab Jumbo telah melalui proses kuarantin di Jabatan Pertanian, Bahagian Perlindungan Tanaman dan Kuarantin Tumbuhan. Ianya telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pengimportan Mikro Organisma dan Bahan Organan. Produk baja Organik Pirab Jumbo mampu menembusi pasaran domestik dan juga antarabangsa kerana ianya telah terbuktikan keberkesanannya di Thailand yang lebih berpengalaman dalam bidang pertanian.
Baja Organik Pirab Jumbo telah diberi kelulusan oleh beberapa agensi kerajaan Malaysia seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Jabatan Pengaliran dan Saliran. Penggunaan baja ini tidak memberi kesan sampingan yang negatif terhadap tanah dan persekitarannya samada jangka masa yang singkat mahupun panjang. Penggunaan yang berlebihan juga tidak mendatangkan kesan negatif ke atas tanaman dan tanah persekitaran sekiranya berlaku lebihan penggunaan (over dosage).
Cara-cara Penggunaan dan Sukatan:
Sayuran:
75 kg – 150 kg / hektar
Kelapa Sawit
Permulaan tanam-masuk lubang 500 gm / pokok
Pembesaran / buah-tabur keliling 1 kg / pokok
Pokok Getah
Permulaan tanam-masuk lubang 200 gm / pokok
Pembesaran / susu-tabur keliling kanopi – 500 gm / pokok
Padi
Permulaan tanam / membajak – 150 kg / hektar
Pengeringan air – 150 kg / hektar
BAJA BIO-ORGANIK ALAM HIJAU
Baja organik sisa kelapa sawit yang dikompos (dihancurkan) dengan menggunakan tekonologi terkini dan mengandungi mikroorganisma berfaedah yang diasing dan dibiak melalui kaedah bioteknologi.
Pengertian Baja Bio-Organik
Bio – Kehidupan; menggunakan mikrob seperti kulat (fungsi) dan bakteria sebagai bahan utama.
Organik – Bahan-bahan berasal dari kehidupan, bukan dari bahan kimia dan galian.
Proses Pengeluaran
Pereputan:
Sisa kelapa sawit direputkan dengan menggunakan mikrob pengurai (lebih 1.2 spesis) bakteria, kulat dan protozoa seperti Bacillus sp., Actinomycetes sp., Trichoderma sp., Aspergillus sp., Azetobacter, Acetobacter, Psb. dan lain-lain.
Pengkayaan:
Baja organik yang dihasilkan melalui perebutan, diperkayakan dengan menggunakan mikroorganisma berfaedah seperti Mycorrhiza sp., Trichoderma sp., mineral berfaedah semulajadi dan sumber nitrogen organik.
Kebaikan
– menguntungkan, membawa hasil yang lebih tanpa bahan kimia dan sisa toksik.
– bahan organik reput dengan sempurna dengan nisbah Carbon:Nitrogen yang rendah.
– bebas kuman pembawa penyakit (E.coli dan Salmonella).
– kombinasi miktorb dan mineral berfaedah yang tinggi.
– kandungan nutrien yang tinggi.
– mengitar semula nutrien, mesra alam, membaiki kandungan tanah.
Faedah penggunaan
– meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil.
– menggalakkan perkembangan akar dan tunas.
– meninggikan kecekapan penyerapan air dan nutrien.
– memperbaiki ciri fizikal tanah.
Kaedah dan Dos Penggunaan
Kegunaan Tanaman | Kadar | Kekerapan/Tahun |
Kelapa sawit nurseri | 3 – 5 kg/lubang | 1 kali |
Penanaman ke ladang | 2 – 3 kg/lubang | 1 kali |
Kelapa sawit belum matang | 3 – 5 kg/lubang | 2- 3 kali/tahun |
Kelapa sawit matang | 3 – 5 kg/pokok | 2 – 4 kali |
Buah-buahan | 250 – 300 kg/ekar | 2 – 4 kali |
Sayur-sayuran | 300 – 500 kg/ekar | Semusim |
Padi | 300 – 500 kg/ekar | Semusim |
Tanaman Landskap: | ||
Pokok/Plam | 3 – 5 kg/pokok | 2 – 4 kali |
Renek | 11 – 2 kg.pokok | |
Penutup bumi/rumput | 300 – 500 kg/ekar | 2 kali |
Media penanaman | Ikut keperluan pokok. (Dicampur dengan tanah dan pasir) | Ikut keperluan |
Sungkupan | Bila perlu | Bila perlu |
en. yang budiman boleh tolong quotekan harga baja untuk pokok sawit tu. bagaimana dgn packingnya.
nak baja contact saya. harga boleh dirunding.
saya berminat untuk membeli baja anda. sila emailkan saya harga baja bagi setiap 25kg untuk ladang kelapa sawit saya. Terima kasih
tlg story secara detail mengenai baja pirab jumbo ni…..untuk tanaman kelapa sawit…
JUTAWAN GLOBAL JM0537919-A
SUPER BIO-1.
BAJA CECAIR ORGANIK.
KEARAH MEWARNAI PERTANIAN MALAYSIA LEBIH BERKUALITI.
– SESUAI DIGUNAKAN UNTUK SEMUA JENIS TANAMAN.
– PEMBAJAAN DILAKUKAN PADA MASA SUHU TANAH RENDAH IAITU SAMA ADA PADA WAKTU PAGI ATAU SELEPAS HUJAN.
KEBAIKAN PENGGUNAAN BAJA SUPER BIO-1
– MENGAWAL KELEMBAPAN DAN KADAR PENYERAPAN NUTRIENT.
– MEMPERBAIKI EKOLOGI DAN STURKTUR TANAH.
– MENINGKATKAN PENGUDARAAN DALAM TANAH.
– MERENCATKAN PERTUMBUHAN BAKTERIA JAHAT/ PENYAKIT / SERANGGA.
– MERAWAT BAU.
– MENGGALAKKAN PENGAKARAN,PERTUMBUHAN DAN PEMBUNGAAN.
– MENYAHTOKSIK SISA RACUN RUMPAI DAN RACUN SERANGGA DALAM TANAH.
– MESRA ALAM TANPA KESAN SAMPINGAN.
SESUAI UNTUK SEMUA JENIS TANAMAN.
HARGA UNTUK SEBOTOL 10 LITER RM170.
KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT DAN INGIN MEMBUAT TEMPAHAN SILALAH HUBUNGI KAMI DI NO YANG YERSEDIA.
SHAM 013-7889917
HAS 016-2911208
NURUL 017-2966437
HASRIN 017-3557264
alamat dimana. saya dikedah. bekalan boleh dipesan terus dan bayaran boleh dengan cek?