Terapi ikan makin popular



PELANGGAN menjalani rawatan terapi ikan di pusat Refleksologi Xuang Xi, Ipoh.

Kaedah unik rawat kulit mati jadi tarikan baru di Ipoh

KALI pertama melihat ikan kecil yang berada dalam jumlah ratusan ekor menyerbu kaki seorang pengunjung di sebuah pusat rawatan di Bandaraya Ipoh, Perak dengan rakus menimbulkan perasaan geli tatkala ia saling bersaing dan berebut di antara satu sama lain menggigit segenap ruang kaki yang terdedah di dalam air.

Bagaimanapun, suasana bertukar menjadi riuh apabila ada di antara pengunjung yang kali pertama mencuba rawatan terbabit menjerit menahan rasa geli dan ketakutan.

Situasi seperti itu adalah fenomena biasa jika anda berkunjung ke pusat rawatan yang menggunakan ikan sebagai alternatif untuk merawat penyakit kulit, sekali gus membersihkan anggota badan secara semula jadi.

Bukan sebarangan ikan boleh digunakan untuk tujuan rawatan terbabit kerana ikan yang digunakan terdiri daripada spesies ikan air tawar yang khas digunakan untuk tujuan itu.

Kebiasaannya dua spesies ikan yang digunakan untuk terapi ini dikenali dengan nama saintifiknya ‘Garra Rufa’ dan ‘cyprinion macrostomus.’

IKAN spesies Garra Rufa akan mengutil kulit mati dan mampu merawat penyakit psoriasis.

Garra rufa yang lebih sinonim dengan beberapa nama lain seperti Dr Fish dan Nibble Fish di kalangan penduduk tempatan kerana sifatnya yang merawat dan mengutil kulit mati dan kawasan badan yang dijangkiti penyakit kulit.

Bagaimanapun, ia juga digelar Kangal Fish berikutan ikan terbabit berasal dari sebuah kawasan pedalaman di sebuah daerah di Turki bagi spesies Garra Rufa.

Spesies Cyprinion macrostomus pula yang menyamai Garra Rufa yang biasanya wujud di kawasan lembangan sungai utara dan tengah negara Asia Barat seperti Syria, Iraq dan Iran serta selatan India iaitu di Kerala.

Ikan ini juga dikenali sebagai ‘the reddish log-sucker’ kerana sifatnya yang merawat dengan menghisap dan mengutil kawasan kulit yang terdedah. Garra Rufa hidup dan membiak di kolam air panas terbuka di Turki dan diberi makan kulit pesakit yang mengalami ‘psoriasis’ iaitu sejenis penyakit kulit kronik yang menyebabkan kulit menjadi merah dan bersisik.

Bagaimanapun, ikan berkenaan hanya akan memakan dan menggigit kawasan kulit mati dan cedera serta meninggalkan kesan untuk memberi ruang kepada kulit baru untuk tumbuh semula dan kebiasaannya kawasan rawatan diadakan di kawasan luar yang terbuka untuk memberikan kesan yang lebih baik.

Pusat Refleksologi Xuang Xi di Ipoh yang memperkenalkan kaedah terapi ikan ini bersama urutan refleksologi turut menarik minat orang ramai mengguna kaedah rawatan ini.

Pengusaha pusat itu, Loh Wai Hin, 26, berkata beliau tertarik untuk membuka pusat berkenaan berikutan tiada sebarang pusat rawatan di sekitar bandar raya itu menawarkan terapi ikan.

Katanya, selain memberi kelainan kepada kaedah rawatan kulit yang biasa digunakan, ia juga kini menjadi tarikan terbaru di Ipoh.

Beliau berkata, kos yang diperlukan untuk membeli dan menjaga ikan terbabit menelan belanja agak tinggi berikutan ia perlu diimport khas dari Turki melalui pengusaha ikan tempatan.

“Harga seekor ikan mencecah RM25 dan di sini kami menyediakan 1,000 ekor ikan jenis Garra Rufa untuk tujuan rawatan kulit yang membabitkan rawatan bahagian kaki saja,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini pusat itu hanya menawarkan rawatan untuk bahagian kaki berikutan kos memelihara dan menyelenggara ikan terbabit adalah tinggi serta ruangan terhad membataskannya untuk menyediakan rawatan terapi ikan untuk seluruh badan seperti yang ada di Kuala Lumpur.

Loh berkata, selain menelan belanja yang tinggi, ikan terbabit juga tidak boleh digunakan untuk tujuan rawatan apabila ia membesar sehingga tujuh sentimeter kerana khuatir ia mendatangkan keburukan kepada pengunjung dan pesakit.

Bagi pengusaha pusat rawatan yang berminat menjalankan perniagaan itu, mereka perlu menjaga dan memberikan tumpuan teliti kepada ikan terbabit berikutan ia begitu sensitif jika kolam tidak dibersihkan dan mudah mati jika suhu air tidak bersesuaian dengannya walaupun ia mampu hidup di dalam suhu air antara 37 darjah hingga 43 darjah celsius.

INFO: Terapi ikan

  • Ikan Garra Rufa boleh membesar sehingga 19 sentimeter dan tidak boleh digunakan untuk rawatan ketika mencapai ukuran tujuh sentimeter. Ikan ini berharga RM25 setiap ekor
  • Boleh hidup dalam suhu air antara 37 sehingga 43 darjah celsius.
  • Terapi ikan ini adalah alternatif kepada rawatan sakit kulit kronik seperti ‘psoriasis’ yang menyebabkan kulit menjadi merah dan bersisik.
  • Note: Berita baik untuk pengusaha ternakan ikan hiasan..

    3 thoughts on “Terapi ikan makin popular

    1. sy nk uat assigment, nk tau bpe jumlah sbnr modal untuk perniagaan terapi ikan ini…
      sila terangkan dgn lbh ditir..
      adakah ianya memerlukan perbelanjaan yang besar..
      di kuantan cume boleh didpti di giant shj ke?

    2. Assalammualaikum….
      saya merupakan pelajar dari dari UiTM Melaka. saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi berkaitan terapi ikan ini.
      Ini kerana, saya mendapat tugasan untuk melakukan satu “Event Management”. Oleh itu, saya telah memilih Perubatan alternatif sebagai event yang ingin saya lakukan.Event yang ingin saya lakukan adalah berbentuk seminar dan pada masa yang sama memberikan penjelesan dan penerangan kepada orang ramai tentang terapi ikan ini. Selain daripada terapi ikan, saya juga ingin memperkenalkan perubatan lintah pada event yang saya ingin lakukan itu. oleh itu, saya ingin bertanyakan kepada pihak tuan mengenai semua perkara yang berkaitan dengan terapi ikan ini samada dari perkara yang paling mudah sehinggalah kepada perkara yang paling rumit dalam menjalankan perniagaaan ini. terima kasih.

    3. assalamualaikum and salam sejahtera,
      saya berminat untuk membuka perniagaan tersebut dikawasan melaka(sungai udang)berikutan disini belum wujud terapi seperti itu,oleh hal yang demikian bagaimanakah cara untuk saya membeli jenis ikan tersebut dan dimanakah di kawasan semenanjung terdapat jualan untuk ikan tersebut??tq wassalam

    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

    w

    Connecting to %s