DEFINISI
Program pengeluaran dan kesihatan ternakan terancang. Gabungan aktiviti pengurusan ternakan dan aktiviti veterinar berjadual yang dijalankan untuk mengekal kesihatan ternakan ditahap optimun bagi mencapai pengeluaran optimun
OBJEKTIF
-
Mengekalkan kesihatan dan pengeluaran ternakan ditahap lebih cekap untuk mendapat pulangan ekonomi yang maksimun.
-
Mengawal, mencegah dan membasmi penyakit-penyakit merbahaya kepada ternakan dan memberi kesan ke atas ekonomi
-
Mengurangkan ketahap minimun pencemaran alam sekitar oleh sisa hasilan ternakan dan mencegah penyakit zoonatik.
-
SENARAI AKTIVITI-AKTIVITI PROGRAM KESIHATAN GEROMPOK
1. Bleeding (Pengambilan sampel darah)
2. Deworming (Pemberian ubat cacing)
3. Vaccination (vaksinasi/imunisasi) –
4. Pemberian Nombor Pengenalan
5. Dehorning (membuang tanduk)
6. Hoof-trimming (memotong kuku)
7. Footbathing
8. Deticking (nyahkutu)
9. Fecal Egg Count (FEC) – Sampel tinja
AKTIVITI-AKTIVITI PROGRAM KESIHATAN GEROMPOK
1. PENGAMBILAN SAMPEL DARAH
Tujuan :
Sampel serum – diuji untuk saringan penyakit Brucellosis, Caseous Lymphadenitis (CLA)
dan Melioidosis
Kumpulan sasaran:
Ternakan berumur 9 bulan ke atas
Kekerapan: 2 kali setahun (setiap 6 bulan)
Kaedah
-
Melalui Vena Jagular
-
Peralatan – jarum venojectä, pemegang venoject, tiub venoject plain dan perlatan- peralatan lain yang berkaitan.
Nota
-
Bagi saringan penyakit Brucellosis sampel darah diambil untuk ujian serology menggunakan ujian:
-
Rose Bengal Precepitation Test (RBPT) – (dilakukan di lapangan)
-
Complement Fixation Test (CFT) – (sampel darah dihantar ke VRI, Ipoh)
-
Ternakan yang positif terhadap ujian ini hendaklah disingkir.
2. Pemberian Ubat Cacing
Kumpulan sasaran
-
Ternakan berumur 6 – 8 minggu ke atas
Kekerapan
-
Bergantung pada bebanan cacing iaitu berdasarkan Fecal Egg Count /F.E.C(rujuk Interpretasi kiraan telur cacing pada tinja bebiri, m.s. 2) serta tanda-tanda klinikal pada ternakan yang dijangkiti. Untuk cacing pita pemberian ubat cacing hendaklah berpandukan kepada kehadiran segment cacing pada tinja.
Kaedah
-
Secara oral, suntikan atau pour-on
Nota
-
Gunakan ubat cacing yang paling berkesan
-
Selepas pemberian ubat cacing, bebiri hendaklah disimpan di dalam kandang semalaman (24 jam) untuk memastikan najis-najis yang membawa cacing dan telur tidak mencemarkan pastura (rumput ragutan).
-
Seterusnya bebiri hendaklah dilepaskan ke padok/kawasan ragutan yang bebas daripada telur/larva cacing atau sekurang-kurangnya pastura yang tidak diguna selama 6 minggu.
INTERPRETASI KIRAAN TELUR CACING PADA TINJA BEBIRI
Spesis Cacing |
Telur per gram tinja
Darjah infeksi Ringan Sederhana Berat |
Mix infestation
Mixed Haemonchus absent
Haemonchus
Ostertagia
Trichostrongylus axei
Trichostrongylus spp.
Nematodirus
Strongyloides
Gaigeria pachycelis
Chabertia Ovina
Oesophagustomum columbianum
Fasciola hepatica |
1000 2000
500 1000
100- 2500 2500-8000 8000
50-200 200-2000 2000
3000
100-500 500-2000 2000
50-100 200-800 800
1000
100-200 200-800 800
1000
100-1000 1000-3000 3000
50-200 200-500 500 |
3. VAKSINASI
a. Vaksinasi Penyakit Clostridium
Kumpulan sasaran
-
Ternakan berumur 6 bulan ke atas
-
Ibu bunting 6 hingga 2 minggu sebelum beranak*
Kekerapan
-
Dos pertama pada ternakan berumur 6 minggu
-
Dos kedua 2 minggu selepas dos pertama
-
Dos booster setiap tahun
Kaedah
-
Suntikan sub-cutenous (bawah kulit)
Nota
Untuk memberi imuniti kepada anak bebiri terhadap penyakit Lamb Dysentry yang boleh menyebabkan kematian ketika berumur 2 – 3 hari. Penyakit ini disebabkan oleh Clostridium perferinges Type B.
b) Vaksinasi Pasteurellosis
Kumpulan sasaran
-
Ternakan berumur 6 minggu ke atas
Kekerapan
-
Dos pertama pada ternakan berumur 6 minggu
-
Dos kedua 2 minggu selepas dos pertama
-
Dos booster setiap tahun
Kaedah
-
Suntikan sub-cutenous
Nota
Vaksinasi Pasteurellosis dan penyakit Clostridium boleh dijalankan dengan satu
suntikan menggunakan vaksin HEPTAVACä
c) Vaksinasi Penyakit Buruk Kuku (Foot-rot)
Kumpulan sasaran
-
Ternakan berumur 6 minggu ke atas
Kekerapan
-
Dos pertama pada ternakan berumur 6 minggu
-
Dos kedua 6 minggu dan tidak lewat 6 bulan selepas dos pertama
-
Dos booster 2 kali setahun
Kaedah
-
Suntikan sub-cutenous
Nota
Vaksin ini boleh diguna sebagai rawatan apabila berlaku wabak dengan kekerapan suntikan seperti di atas
d) Vaksinasi Penyakit Kuku dan Mulut (FMD)
Kumpulan sasaran
-
Ternakan berumur 6 minggu ke atas
Kekerapan
-
Dos pertama pada ternakan berumur 6 minggu
-
Dos kedua 2-3 minggu selepas dos pertama
-
Dos booster setiap tahun
Kaedah
-
suntikan sub-cutenous
Nota
Hanya dijalankan di immune belt iaitu di kawasan sempadan Malaysia/Thailand dan di tempat yang diistiharkan kawasan wabak
4. MEMBERI NOMBOR PENGENALAN
Tujuan
-
Mengetahui umur
-
Baka
-
Memudahkan membuat pemilihan dan rekod seperti rawatan, kematian, pemindahan dan lain-lain yang berkaitan
Kumpulan sasaran
-
Ternakan berumur kurang 10 hari
Kaedah
-
Tagging, tattoing
5. MEMBUANG TANDUK
Tujuan
-
Mengelak kecederaan pada anggota sendiri apabila tanduk tumbuh menghala ke kepala/badan
-
Mengelak kecederaan pada ternakan lain dan pekerja yang terlibat
-
Memudahkan kerja-kerja mengetam wul
Kumpulan sasaran
-
Peringkat baru lahir (1 minggu)
-
Peringkat dewasa
Kaedah
-
Peringkat baru lahir
-
Menggunakan Dehorning Paste bagi mematikan tisu tanduk dan tanduk tidak akan tumbuh
-
Peringkat dewasa
Menggunakan embrytome wire dengan pemegang. Potong lebih kurang 2″ bagi jantan dan 1″ bagi betina untuk mengelak pendarahan dan lubang yang menggalakan jangkitan penyakit. Guna Coal Tar @ benzoit dan kapas jika ada pendarahan
6. MEMOTONG KUKU
Tujuan
-
Membolehkan bebiri bertapak dengan baik, kemas dan berjalan jauh untuk meragut.
-
Membolehkan pejantan memanjat/mengawan dengan sempurna
-
Mengelak pengumpulan kekotoran dalam kuku panjang dan tisu yang reput yang menggalakkan jangkitan kuman seperti penyakit foot-rot.
Kumpulan sasaran
-
Semua ternakan yang berkuku panjang terutama kumpulan dewasa yang dipelihara secara intensif (berkurung)
Kaedah
-
Kuku dipotong rata menggunakan alat seperti foot-rot shear dan hoof paring knife
-
Mudah dipotong sekiranya bebiri dalam posisi duduk dan jika bilangan bebiri banyak crush dan cradle elok digunakan.
7. FOOTBATH
Tujuan
-
Mengawal penyakit Foot-rot
Kumpulan sasaran
-
Semua ternakan selepas cerai susu
Kekerapan
-
2 kali seminggu
Kaedah
-
Menggunakan larutan 3% formalin
-
Untuk rawatan kepekatan larutan formalin boleh ditambah sehingga 5% dan boleh dilakukan setiap hari
8. NYAHKUTU (DETICKING)
Tujuan
-
Menghapus/mengurangkan ekto-parasit
-
Mengelak jangkitan penyakit bawaan vektor
Kumpulan sasaran
-
Semua ternakan
Kekerapan
-
Bergantung kepada bebanan kutu
Kaedah
-
Menggunakan tikisid (tickicide) yang paling berkesan.
Sama ada secara mandian (dipping, spraying), pour-on atau suntikan
9. FECAL EGG COUNT (F.E.C.) – SAMPEL TINJA
Tujuan
-
Saringan bebanan cacing dan endo-parasit lain pada bebiri/kambing
-
Memantau keperluan program pemberian ubat cacing dan parasitisid (parasiticide) lain
Kumpulan sasaran
-
10% daripada jumlah ternakan
Kekerapan
-
2 minggu sekali
Kaedah
-
Mengambil 2 gram tinja daripada rektum
-
Hantar ke makmal untuk pengiraan bilangan telur cacing (F.E.C.)