Ikan patin jadi pilihan di Arab Saudi

KUALA LUMPUR 19 Okt.- Ikan patin kini bukan hanya menjadi tarikan di Malaysia tetapi juga di Arab Saudi, apabila terdapat minat yang tinggi menjadikannya antara hidangan di meja makan negara itu.

Usaha untuk mengeksport ikan patin ke negara Arab itu merupakan sebahagian daripada projek dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang bertujuan untuk meningkat industri akuakultur air tawar negara.

Sebelum ini, Koperasi Permodalan Kuala Krai Berhad (KPKKB), telah memeterai Memorandum Persetujuan (MoA) dengan Aero Supplies and Consulting Pt. dari Saudi Arabia bagi mengeksport ikan patin air tawar yang akan menjana pendapatan RM80 setahun.

MoA itu telah dimeterai Pengerusi KPKKB, Datuk Seri Abu Raihan Wan Jaafar dan Pengerusi Aero Supplies and Consulting Pt., Abdul Rahman Ali Al-Khalaf, baru-baru ini bagi pembelian kontena 20-40 ikan patin sebulan.

“Projek pemeliharaan ikan patin itu telah bermula dengan kerjasama Jabatan Perikanan Kelantan dan sehingga hari ini, 140 kolam telah dikenal pasti untuk digunakan bagi projek ini,” kata Abu Raihan.

“Kami akan melabur RM15 hingga RM20 juta untuk membina sebuah kilang untuk memproses ikan patin menjadi palet tidak lewat dari akhir tahun ini,”

Menurut beliau lagi, usaha ini akan menawarkan prospek ekonomi lebih baik dan menjana pendapatan tambahan bagi penduduk Kuala Krai yang kebanyakannya penoreh getah.

“Apabila siap kelak, kilang itu akan memerlukan 400 hingga 500 pekerja bekerja di tapak tersebut.

“Kami memulakan projek ikan patin dan akan mengusahakan lebih banyak penternakan ikan tilapia hitam, udang dan ayam secara berperingkat-peringkat. Ia bertujuan untuk dieksport.

Ikan patin mendapat permintaan tinggi dan mempunyai prospek yang tinggi di pasaran antarabangsa seperti Eropah, Asia Barat dan Amerika Syarikat.

Di pasaran tempatan, ikan patin berharga RM8 sekilogram dan RM4/kg hingga RM5/kg bagi pasar borong.

Industri akuakultur air tawar negara mempunyai potensi pertumbuhan yang besar disebabkan pertumbuhan permintaan di pasaran domestik dan eksport.

Permintaan negara bagi mendapatkan makanan berasaskan ikan dijangka meningkat daripada 1.2 juta tan sekarang ini kepada 1.5 juta tan dalam 2010. Ini bermakna penggunaan per kapita ikan semasa Malaysia akan meningkat daripada 49kg kepada 56kg.

Malaysia mengeksport sejumlah 283,385 tan komoditi perikanan bernilai RM2.253 bilion dalam 2004, ke negara-negara seperti Amerika Syarikat, Thailand, Singapura, China dan Indonesia.

Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), inisiatif Zon Perindustrian Akuakultur (AIZ) ECER dijangka membangunkan dan meningkatkan industri akuakultur negara.

Selain itu, konsep AIZ turut menyasarkan peningkatan pendapatan bersih peserta akuakultur kepada sekurang-kurangnya RM3,000 (A$875) sebulan.

Industri akuakultur Malaysia bernilai RM1.4 bilion dalam 2007, dengan pengeluaran 213,780 tan ikan.

Pengeluaran akuakultur dijangka meningkat sehingga 600,000 tan menjelang 2010. Dari jumlah itu, 400,000 tan dijangka dkeluarkan melalui kultur marin (akuakultur berasaskan air dan darat) manakala 200,000 tan dari industri ikan air tawar.

2 thoughts on “Ikan patin jadi pilihan di Arab Saudi

  1. ASSALAMUALAIKUM.
    SY MMG BERMINAT DALAM INDUSTRI PENTERNAKAN IKAN AIR TAWAR INI. BAGAIMANA SEKIRANYA SY INGN MENTERNAK IKAN PATIN? ADAKAH BEKALAN BAGI BEINH IKAN PATIN INI BOLEH DIPEROLHI DAN BERAPAKAH KOSNYA?>

  2. kami adalah syarikat SDN BHD ada membekalkan pelbagai jenis ikan. Saya berminat untuk mengetahui maklumat lanjut tentang Koperasi Permodalan Kuala Krai (KPKKB) seperti alamat dan no telefon untuk dihubungi.TQ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s