Ikan patin jadi pilihan di Arab Saudi

KUALA LUMPUR 19 Okt.- Ikan patin kini bukan hanya menjadi tarikan di Malaysia tetapi juga di Arab Saudi, apabila terdapat minat yang tinggi menjadikannya antara hidangan di meja makan negara itu.

Usaha untuk mengeksport ikan patin ke negara Arab itu merupakan sebahagian daripada projek dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang bertujuan untuk meningkat industri akuakultur air tawar negara.

Sebelum ini, Koperasi Permodalan Kuala Krai Berhad (KPKKB), telah memeterai Memorandum Persetujuan (MoA) dengan Aero Supplies and Consulting Pt. dari Saudi Arabia bagi mengeksport ikan patin air tawar yang akan menjana pendapatan RM80 setahun.

MoA itu telah dimeterai Pengerusi KPKKB, Datuk Seri Abu Raihan Wan Jaafar dan Pengerusi Aero Supplies and Consulting Pt., Abdul Rahman Ali Al-Khalaf, baru-baru ini bagi pembelian kontena 20-40 ikan patin sebulan.

“Projek pemeliharaan ikan patin itu telah bermula dengan kerjasama Jabatan Perikanan Kelantan dan sehingga hari ini, 140 kolam telah dikenal pasti untuk digunakan bagi projek ini,” kata Abu Raihan.

“Kami akan melabur RM15 hingga RM20 juta untuk membina sebuah kilang untuk memproses ikan patin menjadi palet tidak lewat dari akhir tahun ini,”

Menurut beliau lagi, usaha ini akan menawarkan prospek ekonomi lebih baik dan menjana pendapatan tambahan bagi penduduk Kuala Krai yang kebanyakannya penoreh getah.

“Apabila siap kelak, kilang itu akan memerlukan 400 hingga 500 pekerja bekerja di tapak tersebut.

“Kami memulakan projek ikan patin dan akan mengusahakan lebih banyak penternakan ikan tilapia hitam, udang dan ayam secara berperingkat-peringkat. Ia bertujuan untuk dieksport.

Ikan patin mendapat permintaan tinggi dan mempunyai prospek yang tinggi di pasaran antarabangsa seperti Eropah, Asia Barat dan Amerika Syarikat.

Di pasaran tempatan, ikan patin berharga RM8 sekilogram dan RM4/kg hingga RM5/kg bagi pasar borong.

Industri akuakultur air tawar negara mempunyai potensi pertumbuhan yang besar disebabkan pertumbuhan permintaan di pasaran domestik dan eksport.

Permintaan negara bagi mendapatkan makanan berasaskan ikan dijangka meningkat daripada 1.2 juta tan sekarang ini kepada 1.5 juta tan dalam 2010. Ini bermakna penggunaan per kapita ikan semasa Malaysia akan meningkat daripada 49kg kepada 56kg.

Malaysia mengeksport sejumlah 283,385 tan komoditi perikanan bernilai RM2.253 bilion dalam 2004, ke negara-negara seperti Amerika Syarikat, Thailand, Singapura, China dan Indonesia.

Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), inisiatif Zon Perindustrian Akuakultur (AIZ) ECER dijangka membangunkan dan meningkatkan industri akuakultur negara.

Selain itu, konsep AIZ turut menyasarkan peningkatan pendapatan bersih peserta akuakultur kepada sekurang-kurangnya RM3,000 (A$875) sebulan.

Industri akuakultur Malaysia bernilai RM1.4 bilion dalam 2007, dengan pengeluaran 213,780 tan ikan.

Pengeluaran akuakultur dijangka meningkat sehingga 600,000 tan menjelang 2010. Dari jumlah itu, 400,000 tan dijangka dkeluarkan melalui kultur marin (akuakultur berasaskan air dan darat) manakala 200,000 tan dari industri ikan air tawar.

Guna baja gunung berapi

MOHD. ROFENDI gembira usahanya berbaloi melalui
Ladang Suria Best di Serating, Terengganu.

KETIKA berusia empat tahun manusia masih digelar kanak-kanak, namun bagi buah pitaya atau lebih dikenali sebagai buah naga, empat tahun bererti ia sudah cukup matang untuk dahannya menghasilkan buah lebat.

Waktu berkenaan adalah tempoh yang pasti paling menggembirakan bagi salah seorang pengusaha, Mohd. Rofendi Shafie. Dia mengusahakan tanaman berkenaan bersama dua rakan kongsi yang juga sepupunya, Suhaimi Deraman dan Abdul Ashaari Mohamad, masing-masing berusia 41 tahun.

Beliau yang mengambil kursus penanaman pokok keluarga kaktus tiga tahun lalu di Johor berkata, mereka perlu bersiap sedia kerana waktu untuk mereka mula menuai buah naga secara besar-besaran semakin hampir bermula.

Katanya, walaupun pokok berkenaan mampu bertahan sehingga tiga dekad atau mungkin lebih, tempoh kematangan bermula pada usia empat tahun.

“Ia sangat agresif mengeluarkan buah yang berkualiti pada waktu itu. Tetapi jika tidak dijaga, usia pokok naga mungkin tidak panjang,” kata anak muda yang berusia 24 tahun itu.


PADA waktu matang pokok buah naga boleh
mempunyai maksimum sehingga 10 biji buah sepokok.

Tambahnya, apabila mencapai tempoh berkenaan, sebatang pokok boleh mencapai maksimum sehingga 10 biji sepokok.

Rumah pokok pitaya pula perlu diperbuat daripada simen konkrit bagi membolehkan pokok berkenaan menjalar dan membiak dengan lancar.

Dalam soal penjagaan tanaman berkenaan, buah naga tidak memerlukan penjagaan rapi, cukup sekadar meletakkan beberapa jenis baja termasuk baja organik selain menjaga kadar siraman air.

Kata anak kedua daripada enam beradik ini, beliau mewajibkan baja gunung berapi menjadi santapan pokok pitayanya dua kali sebulan.

Ini kerana, baja berkenaan mampu memperbaiki struktur tanah serta menguatkan dahan tanaman tersebut daripada patah.

“Memandangkan dahan buah naga cepat patah, baja berkenaan adalah jalan terbaik digunakan selain penggunaan getah tayar basikal atau motosikal sebagai penahan untuk tumbesaran dan percambahan dahan,” katanya kepada Kosmo!.

Mohd. Rofendi memberitahu, dia bersama rakan kongsinya mengusahakan ladang buah naga di Taman Kekal Pengeluaran Makanan di Serating, di sini sejak tiga tahun lalu.

“Pada mulanya saya bekerja kilang di Shah Alam tetapi jiwa saya tetap di kampung halaman di Gong Balai, Merchang untuk menjadi peladang. Mungkin mewarisi minat arwah ayah.

“Selepas tu saya berazam mengambil alih ladang berkenaan dan bekerjasama dengan rakan kongsi arwah ayah,” katanya yang mengusahakan ladang itu setelah mengambil alih tugas arwah bapanya sejak tujuh bulan lalu.

Ujarnya, soal penjagaan tanaman itu tidak cerewet, cuma perlu menjaga bajanya sahaja, lagi pun ia akan mula berbuah setelah enam bulan ditanam.

Seterusnya, ia akan berbuah pada setiap dua minggu sehingga boleh mencecah hasil seberat tiga tan dalam tempoh sebulan, katanya yang mengusahakan buah naga seluas empat hektar di taman itu.

“Walaupun saya dibayar gaji asas hanya RM800, jika termasuk elaun saya hanya mampu memperoleh wang sebanyak RM1,500 sebulan, namun, saya puas hati.

“Sebab saya boleh berjasa pada kampung saya sendiri dan saya puas bila pokok yang ditanam membuahkan hasil. Kelihatan warna merah dari jauh, ia sangat comel,” katanya yang mempunyai enam orang pekerja.

Menceritakan cabaran mengusahakan tanaman berkenaan, menanam pokok naga langsung tidak berisiko malah, mendatangkan keuntungan kerana buah berkenaan diterima pelbagai bangsa.

“Hanya semut merah sahaja menjadi ancaman kepada pokok ini, terutama pada tempoh awal penanaman. Apa yang perlu dilakukan hanya meletakkan racun serangga. Itu sahaja.

“Kami tidak menanam pokok pitaya berwarna putih, kerana ia kurang manis dan kurang mendapat permintaan,” katanya.

Mohd. Rofendi memberitahu, ladangnya menjual buah naga mengikut gred. Untuk harga di ladang, buah naga gred AA seberat satu kilogram sebiji iaitu sebesar kepala kanak-kanak dijual pada harga RM6.

Katanya, gred A pula iaitu buah seberat 450 hingga 500 gram sebiji dijual pada harga RM5 sekilogram, gred B seberat 350 hingga 450 gram sebiji pula dijual pada harga RM4 sekilogram.

Buah yang paling kecil iaitu gred C pula dijual pada harga RM3 sekilogram yang mempunyai berat 250 hingga 350 gram sebiji.

“Kami juga menjual buah berkenaan di luar ladang di tepi jalan raya di Jalan Serating, Marang.,” katanya.

PETUA RAWATAN TRADISIONAL UNTUK TERNAKAN

MASALAH KUTU

a. GARAM ½ kg & air setengah baldi. Campurkan hingga larut. Campuran ini digunakan sebagai bahan mandi ATAU

b. DAUN BETIK. Beberapa helai daun betik yanh muda diambil dan digunakan untuk menggosok ke bahagian badan ternakan yang dijangki kutu ATAU

c. ABU. Ambil abu kayu api dan gosokkan pada badan ternakan (lembu). Nescaya kutu-kutu yang ada akan mabuk & jatuh ke tanah. Kutu-kutu ini boleh dibakar kemudian atau direndam dalam minyak tanah.

KECACINGAN

a. MINYAK MARGOSA. 150 ml (½ botol) diberi kepada anak lembu berumur 6 bulan hingga 1 tahun ATAU

b. KICAP. Sebanyak 350 ml kicap diberi minum kepada lembu/kerbau ATAU

c. BUAH PERIA. 2 biji buah peria diberi makan kepada tiap-tiap seekor lembu yang kurus kerana cacing ATAU

d. PUCUK BETIK. Pucuk betik beberapa kali digunakan bagi mengubati/menghapuskan cacing.

URI MELEKAT

BATU. Menggantungkan batu @ benda-benda yang berat dihujung bahagian uri yang telah keluar

DAUN BULUH MUDA. 300 – 600 gm daun ini ditumbuk hingga hancur kemudian dicampur dengan air diberi minum.

KULIT BUAH NENAS. 1 kati (600 gm) @ lebih kulit nenas diberi makan kepada lembu/kerbau. Perlu diberi setiap hari selama 2-3 hari.

TERMAKAN RACUN

a. ½ kg ASAM JAWA dicampurkan dengan 1 liter air selepas diramas asam jawa, buang isi dan bijinya dan tapis. Campur 250 gm garam sebelum diberi minum ATAU

b. 6 auns MINYAK MASAK @ minyak Jarak diberi minum ATAU

c. AIR KELAPA (10 biji) yang muda diberi minum. Ini diikuti dengan kerap kali memberi minum 20 biji telur (bahagian putih sahaja).

KEMBUNG

a. HALIA. Ambil ½ kg halia, buang kulit, kemudian diparut atau ditumbuk. Airnya diambil & diberi minum. Dalam keadaan biasa sekali pemberian adalah mencukupi. Jika tidak sembuh dan diberi minum.

b. ASAM JAWA. Ambil asam jawa dan campurkan dengan air, diperah dan airnya diambil & diberi minum.

c. INGU. 50gm ingu diambil & ditumbuk hingga halus, kemudian dicampurkan dengan air campuran ini diberi kepada ternakan yang terlibat ATAU

d. MINYAK KELAPA. Minyak kelapa @ sebarang minyak masak boleh digunakan untuk melawan kembong. Satu botol minyak (500 ml) diberi minum ATAU

e. OMATHANI. Air ubat India ini diberi sebanyak 6 auns dua kali sehari.

CIRIT BIRIT

a. BUAH PINANG. 5 biji buah pinang muda yang dikupas kulitnya dicampurkan dengan gambir. Kedua-dua bahan dicampurkan dan ditumbuk. Diberi makan @ minum kepada lembu yang sakit. Buat sekali sehari selama 3 hari ATAU

b. DAUN JAMBU BATU. 20 helai daun ini dipetik dari pokok ditumbuk @ digiling hinga lumat/hancur. Kemudian campur dengan 4-6 auns susu lembu yang mentah dan diberi 2 kali sehari selama 2-3 hari ATAU

c. BUAH CIKU. 5 biji buah ciku yang masih muda diambil & diparut/ ditumbuk hingga lumat/hancur. Kemudian diberi minum sekali sehari selama 2-3 hari ATAU

d. BUAH LIMAU. Perah 3 biji limau nipis & campur air limau dengan 4-6 auns susu lembu yang mentah & diberi 2 kali tiap-tiap hari ATAU

e. DADIH MASAM. 4 auns dadih masam diberi kepada anak.

DEMAM

Air kelapa muda, 300 gm halia dan air badak (1 botol) dicampurkan dan diberi minum untuk mengurangkan panas badan (demam).

PATAH TULANG

½ kg kunyit serbok dicampurkan dengan 250 gm garam & putih telur dengan secukupnya supaya menjadikan kream. Keadaan tulang berkenaan diperbetulkan jika perlu & kream disapu sekeliling kawasan tersebut dan diikat dengan buluh supaya tegak & tidak bergerak

KURAP

600 gm belerang ditumbuk halus & dicampurkan dengan 1 botol minyak tanah & ¼ botol minyak masak. Kemudian digosok kepada kulit yang terlibat pada tiap-tiap hari selama 1-2 minggu

PURU

Jangkitan tersebut dipotong & kemudian disapu dengan kapur sirih. Kadangkala, belerang & minyak tanah dicampur & disapukan kepada tempat jangkitan.

Protokol pemeriksaan klinikal untuk ternakan

Pengenalan

  • Pemeriksaan sistem-sistem badan dengan cara sistematik dan perbandingan diantara penemuan normal & tidak normal

  • Aspek Pemeriksaan:

1. Catatan Sejarah

2. Memeriksa Persekitaran

3. Memeriksa Pesakit

1. CATATAN SEJARAH

1. Kaedah – komunikasi, pendengaran, pemerhatian,

2. Diplomasi + tektikal + teknik – guna bahasa mudah & uji kenyataan pemilik

ternakan utk pengesahan

3. Maklumat yg perlu:

a. Data pesakit

b. Latar belakang penyakit

c. Sejarah pengurusan

a. DATA PESAKIT

1 pemilik      2 pengenalan      3  jenis     4  baka     5 umur      6 jantina

b. LATAR BELAKANG  PENYAKIT

1. Tanda-tanda – dahulu & semasa

2. Rawatan – dahulu & semasa

3. Kawalan / pencegahan – dahulu & semasa

4. Bil. mati / sakit – mortality / morbidity

5. Transist

6. Penyakit-penyakit terdahulu

c. SEJARAH PENGURUSAN

1. Pemakanan

2. Pengurusan am

3. Pembiakan

4. kesihatan

5. cuaca

2.  MEMERIKSA PERSEKITARAN

a. Lihat  perhubungan antara faktor persekitaran dgn kejadian penyakit

b. Sistem pemeliharaan – ekstensif, semi intensif, intensif

c. Lihat perkaitan dgn topografi, tumbuhan, teduhan, tanah, dll

d. Dalam bangunan – lihat kebersihan, pengudaraan, kesesakan, dll

a. PERSEKITARAN LUAR

1. Topografi & jenis tanah

a. Rumput, belukar à penyakit , ¯ hasil

b. Rata, tiada pokok à kepanasan, ­ angin

c. Lembah, paya à penyakit vektor serangga / tanah e.g. Leptospirosis,

Johne’s,

Liverfluke, lungworms

d. Terlalu luas, berhutan, berbukit à ¯ pembiakan

e. Jenis tanah à Kekurangan zat/mineral

2. Stocking rate (densiti populasi /kadar muatan)

Owercrowding punca merebaknya penyakit :

a. Peningkatan najis, air kencing

b. Kelembapan yg tinggi

c. Bergaduh, kanibalisma

d. Tegasan / stress

e. Sukar kesan estrus, tanda penyakit, cedera

3.   Bekalan air dan makanan

a. Overgrazing

b. Kejadian  kembung (bloat)

c. hypocalcemia, hypomagnesemia

d. Neurotoxin (alga) bila longkang kotor

4.  Pembuangan sisa dan najis

a. Najis bertakung à pembiakan lalat, patogen

b. Cara pembuangan bangkai

b.  PERSEKITARAN DALAM

a. Pelan , reka bentuk,  susun atur kandang

b. Keselesaan kandang, ventilasi, suhu, stocking rate à produktiviti &

penyakit

c. Pelan lantai, kecerunan, kualiti lantai à masalah musculoskletal

d. Kebersihan & saliran à diarea

e. Bedding

f. Kaedah kebersihan & disinfektan

3. MEMERIKSA PESAKIT

Bergantung kpd tahap, jenis & bentuk pesakit

Peringkat pemeriksaan

a. Pemerhatian (dari jauh)

b. Pemeriksaan fizikal

a.  PEMERHATIAN DARI JAUH

1. Kelakuan & keadaan secara am

· Mengasingkan diri, moyok, agressif

· Menendang-nendang bahagian tertentu  badan

· Menggigit-gigit

2.   Suara

· Kuat, perlahan, lemah, abnormal

3.   Makan

· Selera, abnormal

4.   Defekasi (berak), urinasi (kencing )

· Tenesmus ( meneran kesakitan)

5.   Posture

· Berat badan tertumpu atas mana-mana kaki

· Duduk, mengiring, terlentang

6. Gait

· Lihat pergerakan kaki

7.   Perangai / tingkah laku

· alert, mania, tertekan, gelisah, takut, ganas, koma, sindrom bodoh

b.   PEMERIKSAAN FIZIKAL

(1) PEMERHATIAN BAHAGIAN BADAN

1. Kepala

· Facial expression  –  segar, muram

· Struktur tulang simentris – pembengkakan maxilla / mandibular

· Bola mata – terkeluar, ke dalam, discharge

· Hidung & mulut – discaharge, salivation, ulcer

2. Leher

3. Toraks

Lihat pernafasan dari jauh:

· Pergerakan pernafasan dipengaruhi oleh

1. Suhu persekitaran, kelembapan

2. kegemukan, tingkah laku, temperament

3. aktiviti, penyakit

· Perhatikan – rhythm, bunyi pernafasan

1. normal – inspirasi, ekspirasi, pause – sama tempoh

2. Inspirasi panjang – masalah bah. atas pernafasan

3. Ekspirasi panjang – peparu tidak mengecut/empisema

4. Tiada pause – berpenyakit

4.  Abdomen

· Status fisiologi (bunting, selepas makan) pengaruhi bentuk / saiz

· Pergerakan rumen sebelah kiri – normal

· Pengembungan gas / bendalir –  di bah. ventral -keadaan berpenyakit

5.    External  genitalia

· lihat ukuran – bengkak, tumour, perubahan

· nanah, darah yang keluar menunjukkan jangkitan

6.    Ambing susu

· Lihat saiz,  simentri

7.    Limbs /kaki

· Lihat posture/gait – kejang, tempang, cara berdiri/berjalan.

· Pembesaran tulang, sendi

8.    Kulit  / bulu bdan

· Pempiloereksi – demam / kesejukan

· Bulu kering, tidak bercahaya – penyakit kronik, teruk

· Alopecia – jangkitan setempat / sistemik, kongenital

· Pudar warna – hilang pigmen bulu

· Ketumbuhan di permukaan kulit – tumor / ketuat

· Refleks menggaru

· Warna kulit – eritma (kemerahan)

– sianosis (lebam)

– jaudis (kekuningan)

(2) KAEDAH PEMERIKSAAN FIZIKAL

· Kaedah  – Palpation,

– Percussion,

– Tactile percussion (ballotment),

– Auscultation,

– gabungan percussion dgn auscultation

1. PALPATION/PEMPALPATAN

· secara terus dgn jari @ perantara menggunakan probe

· Sentuh, tekan permukaan tubuh @ organ

· Bezakan konsistensi, saiz, suhu & kepekaan bah. berpenyakit)

Terminologi:

1. Doughy –  edema

2. Firm – konsistensi hati

3. Hard – tulang

4. Fluctuate – lembut & kenyal

5. Emphysematous – gas, puffy

2.  PERCUSSION / PEMBUNYIAN

· Guna jari @ alat flexor

· Tepuk / ketuk permukaan badan

· Organ bergegar dlm badan keluarkan bunyi

· Bentuk bunyi:

1. Resonant – organ kandung udara spt paru-paru

2. hyperosonat – empisema

3. Timpanum – spt drum –  kandung gas / kembung

4. Flat – terdapat abses

5. Dull – organ pejal / hati, jantung

3. BALLOTMENT

Dibua spt diagnosa kebuntingan untuk menentukan usia janin

4. AUSCULTATION

  • Dengar secara terus bunyi yg dihasilkan oleh pergerakan organ

  • melekapkan telinga pd permukaan badan @ guna stetoskop

  • Menilai keadaan keadaan sistem pernafasan, kardiovaskular, gastrousus

(3)   KAEDAH PEMERIKSAAN FIZIKAL

PEMERIKSAAN KLINIKAL

Melibatkan :

· Pengukuran tanda-tanda vital :

1. suhu badan

2. Nadi (denyutan / nadi)

3. Pemeriksaan bersistematik ke atas bahagian badan

PEMERIKSAAN FIZIKAL

  • TANDA-TANDA VITAL

a. secara tenang & mesra

b. Elak gangguan & tekanan kepada pesakit yang memberi kesan kpd kiraan denyutan jantung/nadi, pernafasan & suhu

1. SUHU

  • Melalui rektal

  • Pastikan jangka suhu menekan mukosa rektum selama 1 -2 min.

Kuda                     38°C

Lembu                   38.5°C

Babi / bebiri           39°C

Kambing                39.5°C

  • Waspada terhadap variasi fisiologi : Bunting akhir, tengahari, aktif / agressif, biang

  • Hipertermia – kejutan suhu tinggi

  • Pyrexia – demam (jangkitan penyakit)

  • Hipotermia – kejutan suhu rendah

2. KADAR NADI

  • Jari diletak di atas arteri & ditekan  perlahan

  • Kiraan diambil mengikut masa : I minit   @ 30 saat x 2 @ 15 saat x 4

  • Lokasi (arteri):

Lembu/khinzir – coccygeal

Kuda – facial

Anjing, kucing, bebiri, kambing, anak babi / lembu – femoral

Kuda                             30 – 40

Lembu                           60 – 80

Bebiri / akmbing             70 – 90

Anak lembu < 1tahun 100 – 120

Anak kuda < 1 tahun       70 – 80

  • Bradycardia – denyutan jantung perlahan e.g. heart block

  • Tachycardia – denyutan  tinggi e.b. septicemia, toxemia, sakit, terkejut, kegagalan sistem peredaran

  • Rhythm  – Tidak sama – tidak normal

· Ketegangan :

Mudah dirasa – tekanan darah normal

Keras , sukar dirasa – tekanan darah tinggi

Lembut, susah dikesan – tekanan darah rendah

  • Faktor fisiologi mempengaruhi kadar nadi:

Spesis – kecil : cepat

Saiz – besar : lambat

Umur – muda : cepat

Keadaan fizikal – aktif : cepat, rehat : lambat

Bunting : cepat

Postur -baring : lambat, berdiri : cepat

Peringkat metabolisma- sedang makan : cepat

3. PERNAFASAN

· Dikira drp gerakan nostril / tulang rusuk / rasa udara keluar hidung / auscultation toraks @ trakea

kuda 8 -10  kali/min

lembu 10 – 30

bebiri 10 – 20

babi 10 – 20

kambing 25 – 35

Dipengaruhi oleh saiz haiwan & keperluan oksigen

· Respiratory depth – kedalaman pernafasan

Tinggi – semasa exercise

Rendah – semasa rehat

· Jenis pernafasan

Normal -toraks & abdomen

Simentri dada – kedua-dua belah totaks bergerak semasa bernafas

· Nisbah toraks : abdomen

toraks = abdomen ( kuda)

toraks > abdomen (anjing, kucing)

toraks < abdomen (ruminan)

  • Abnormal:

  • Toraks  sahaja – kes peritonitis

  • Abdomen sahaja – kes pleuritis, dada kesakitan

  • Toraks terhad – paru-paru mengecut, pneumonia

  • Respiratory noise @ stridores

  • Batuk, bersin, wheezing, snoring, roaring, grunting

NOTA:

Pemeriksaan pad a bahagian badan dibuat selepas kadar pernafasan, kadar nadi & suhu badan diperolehi.


PANDUAN PROGRAM KESIHATAN GEROMPOK KAMBING/BIRI-BIRI

DEFINISI

Program pengeluaran dan kesihatan ternakan terancang. Gabungan aktiviti pengurusan ternakan dan aktiviti veterinar berjadual yang dijalankan untuk mengekal kesihatan ternakan ditahap optimun bagi mencapai pengeluaran optimun

OBJEKTIF

  • Mengekalkan kesihatan dan pengeluaran ternakan ditahap lebih cekap untuk mendapat pulangan ekonomi yang maksimun.

  • Mengawal, mencegah dan membasmi penyakit-penyakit merbahaya kepada ternakan dan memberi kesan ke atas ekonomi

  • Mengurangkan ketahap minimun pencemaran alam sekitar oleh sisa hasilan ternakan dan mencegah penyakit zoonatik.

SENARAI AKTIVITI-AKTIVITI PROGRAM KESIHATAN GEROMPOK

1. Bleeding (Pengambilan sampel darah)

2. Deworming  (Pemberian ubat cacing)

3. Vaccination  (vaksinasi/imunisasi)

4. Pemberian Nombor Pengenalan

5. Dehorning (membuang tanduk)

6. Hoof-trimming (memotong kuku)

7. Footbathing

8. Deticking (nyahkutu)

9. Fecal Egg Count (FEC) – Sampel tinja

AKTIVITI-AKTIVITI PROGRAM KESIHATAN GEROMPOK

1. PENGAMBILAN SAMPEL DARAH

Tujuan :

Sampel serum – diuji untuk saringan penyakit Brucellosis, Caseous Lymphadenitis (CLA)

dan Melioidosis

Kumpulan sasaran:

Ternakan berumur 9 bulan ke atas

Kekerapan: 2 kali setahun (setiap 6 bulan)

Kaedah

  • Melalui Vena Jagular

  • Peralatan – jarum venojectä, pemegang venoject, tiub venoject  plain dan perlatan- peralatan lain yang berkaitan.

Nota

  • Bagi saringan penyakit Brucellosis sampel darah diambil untuk ujian serology menggunakan ujian:

  1. Rose Bengal Precepitation Test (RBPT) – (dilakukan di lapangan)

  2. Complement Fixation Test (CFT) – (sampel darah dihantar ke VRI, Ipoh)

  3. Ternakan yang positif terhadap ujian ini hendaklah disingkir.

2. Pemberian Ubat Cacing

Kumpulan sasaran

  • Ternakan berumur 6 – 8 minggu ke atas

Kekerapan

  • Bergantung pada bebanan cacing iaitu berdasarkan Fecal Egg Count /F.E.C(rujuk Interpretasi kiraan telur cacing pada tinja bebiri, m.s. 2) serta tanda-tanda klinikal pada ternakan yang dijangkiti. Untuk cacing pita pemberian ubat cacing hendaklah berpandukan kepada kehadiran segment cacing pada tinja.

Kaedah

  • Secara oral, suntikan atau pour-on

Nota

  1. Gunakan ubat cacing yang paling berkesan

  2. Selepas pemberian ubat cacing, bebiri hendaklah disimpan di dalam kandang semalaman (24 jam) untuk memastikan najis-najis yang membawa cacing dan telur tidak mencemarkan pastura (rumput ragutan).

  3. Seterusnya bebiri hendaklah dilepaskan ke padok/kawasan ragutan yang bebas daripada telur/larva cacing atau sekurang-kurangnya pastura yang tidak diguna selama 6 minggu.

INTERPRETASI KIRAAN TELUR CACING PADA TINJA BEBIRI

Spesis Cacing

Telur per gram tinja

Darjah infeksi

Ringan              Sederhana                   Berat

Mix infestation

Mixed Haemonchus absent

Haemonchus

Ostertagia

Trichostrongylus axei

Trichostrongylus spp.

Nematodirus

Strongyloides

Gaigeria pachycelis

Chabertia Ovina

Oesophagustomum columbianum

Fasciola hepatica

1000 2000

500                     1000

100- 2500         2500-8000            8000

50-200           200-2000              2000

3000

100-500         500-2000               2000

50-100           200-800                 800

1000

100-200           200-800                800

1000

100-1000         1000-3000               3000

50-200              200-500                500

3. VAKSINASI

a. Vaksinasi Penyakit Clostridium

Kumpulan sasaran

  • Ternakan berumur 6 bulan ke atas

  • Ibu bunting 6 hingga 2 minggu sebelum beranak*

Kekerapan

  • Dos pertama pada ternakan berumur 6 minggu

  • Dos kedua 2 minggu selepas dos pertama

  • Dos booster setiap tahun

Kaedah

  • Suntikan sub-cutenous (bawah kulit)

Nota

Untuk memberi imuniti kepada anak bebiri terhadap penyakit Lamb Dysentry yang boleh menyebabkan kematian ketika berumur 2 – 3 hari. Penyakit ini disebabkan oleh Clostridium perferinges Type B.

b) Vaksinasi Pasteurellosis

Kumpulan sasaran

  • Ternakan berumur 6 minggu ke atas

Kekerapan

  • Dos pertama pada ternakan berumur 6 minggu

  • Dos kedua 2 minggu selepas dos pertama

  • Dos booster setiap tahun

Kaedah

  • Suntikan sub-cutenous

Nota

Vaksinasi  Pasteurellosis  dan  penyakit Clostridium boleh dijalankan dengan satu

suntikan menggunakan vaksin HEPTAVACä

c) Vaksinasi Penyakit Buruk Kuku (Foot-rot)

Kumpulan sasaran

  • Ternakan berumur 6 minggu ke atas

Kekerapan

  • Dos pertama pada ternakan berumur 6 minggu

  • Dos kedua 6 minggu dan tidak lewat 6 bulan selepas dos pertama

  • Dos booster 2 kali setahun

Kaedah

  • Suntikan sub-cutenous

Nota

Vaksin ini boleh diguna sebagai rawatan apabila berlaku wabak dengan  kekerapan suntikan seperti di atas

d) Vaksinasi Penyakit Kuku dan Mulut (FMD)

Kumpulan sasaran

  • Ternakan berumur 6 minggu ke atas

Kekerapan

  • Dos pertama pada ternakan berumur 6 minggu

  • Dos kedua 2-3 minggu selepas dos pertama

  • Dos booster setiap tahun

Kaedah

  • suntikan sub-cutenous

Nota

Hanya dijalankan di immune belt iaitu di kawasan sempadan Malaysia/Thailand dan di tempat yang diistiharkan kawasan wabak

4. MEMBERI NOMBOR PENGENALAN

Tujuan

  • Mengetahui umur

  • Baka

  • Memudahkan membuat pemilihan dan rekod seperti rawatan, kematian, pemindahan dan lain-lain yang berkaitan

Kumpulan sasaran

  • Ternakan berumur kurang 10 hari

Kaedah

  • Tagging, tattoing

5.  MEMBUANG TANDUK

Tujuan

  • Mengelak kecederaan pada anggota sendiri apabila tanduk tumbuh menghala ke kepala/badan

  • Mengelak kecederaan pada ternakan lain dan pekerja yang terlibat

  • Memudahkan kerja-kerja mengetam wul

Kumpulan sasaran

  • Peringkat baru lahir (1 minggu)

  • Peringkat dewasa

Kaedah

  • Peringkat baru lahir

  • Menggunakan Dehorning Paste bagi mematikan tisu tanduk dan tanduk tidak akan tumbuh

  • Peringkat dewasa

Menggunakan embrytome wire dengan pemegang. Potong lebih kurang 2″ bagi jantan dan 1″ bagi betina untuk mengelak pendarahan dan lubang yang menggalakan jangkitan penyakit. Guna Coal Tar @ benzoit dan kapas jika ada pendarahan

6. MEMOTONG KUKU

Tujuan

  • Membolehkan bebiri bertapak dengan baik, kemas dan berjalan jauh untuk meragut.

  • Membolehkan pejantan memanjat/mengawan dengan sempurna

  • Mengelak pengumpulan kekotoran dalam kuku panjang dan tisu yang reput  yang menggalakkan jangkitan kuman seperti penyakit foot-rot.

Kumpulan sasaran

  • Semua ternakan yang berkuku panjang terutama kumpulan dewasa yang dipelihara secara intensif (berkurung)

Kaedah

  • Kuku dipotong rata menggunakan alat seperti  foot-rot shear dan hoof paring knife

  • Mudah dipotong sekiranya bebiri dalam posisi duduk dan jika bilangan bebiri banyak  crush dan cradle elok digunakan.

7. FOOTBATH

Tujuan

  • Mengawal penyakit Foot-rot

Kumpulan sasaran

  • Semua ternakan selepas cerai susu

Kekerapan

  • 2 kali seminggu

Kaedah

  • Menggunakan larutan 3% formalin

  • Untuk rawatan kepekatan larutan formalin boleh ditambah sehingga 5% dan boleh dilakukan setiap hari

8. NYAHKUTU (DETICKING)

Tujuan

  • Menghapus/mengurangkan ekto-parasit

  • Mengelak jangkitan penyakit bawaan vektor

Kumpulan sasaran

  • Semua ternakan

Kekerapan

  • Bergantung kepada bebanan kutu

Kaedah

  • Menggunakan tikisid (tickicide) yang paling berkesan.

Sama ada secara mandian (dipping, spraying), pour-on atau suntikan

9. FECAL EGG COUNT (F.E.C.) – SAMPEL TINJA

Tujuan

  • Saringan bebanan cacing dan endo-parasit lain pada bebiri/kambing

  • Memantau keperluan program pemberian ubat cacing dan parasitisid (parasiticide) lain

Kumpulan sasaran

  • 10% daripada jumlah ternakan

Kekerapan

  • 2 minggu sekali

Kaedah

  • Mengambil 2 gram tinja daripada rektum

  • Hantar ke makmal untuk pengiraan bilangan telur cacing (F.E.C.)